BoBoiBoy bersedia untuk berperang dengan Crossheart Alliance kerana mereka telah melampaui batas dengan menculik Kishi,Fay,Frey dan Rosa.
Semua orang di R.O.U.B.E.R Kingdom berlatih dengan gigih sebelum mereka mara ke medan perang.
Barto,Roger,Shin,Zen,Haru dan Hana berlatih bersama dengan kuasa Spirit Beast mereka. BoBoiBoy berada di pejabatnya bersama bola kristal di hadapannya. Dia menghubungi R.Crom dan raja Kepulauan Gergasi untuk minta mereka bersedia.
R.Crom: Bersedia? Bersedia untuk apa?
BoBoiBoy: Peperangan.
K.Haikal: BoBoiBoy,saya tahu kamu sedang marah. Tapi jangan biarkan kemarahan kamu mengaburi mata kamu.
BoBoiBoy: Tak. Saya dah nampak dengan jelas dan terang. Dan saya rasa saya tak perlu berdolak-dalik dengan kamu tentang situasi ni.
R.Crom: Apa yang kamu cakap ni...??
BoBoiBoy: *inhale* Manusia.... memang tak patut dimaafkan.
R.Crom: *shudder*
BoBoiBoy: Tapi saya bercakap tentang manusia yang anggap kami musuh walaupun kami belum buat apa-apa lagi.
K.Haikal: Apa kamu nak buat sekarang ni? Nak isytiharkan perang kepada Crossheart Alliance?
BoBoiBoy: Tidak. Saya akan isytiharkan perang ke seluruh dunia. Saya nak tengok mereka tunjukkan belang mereka.
R.Crom: Tindakan kamu akan menyebabkan kerajaan kamu ditakuti oleh seluruh dunia.
BoBoiBoy: Kalau itu boleh bantu anak-anak saya balik,saya tak kisah.
BoBoiBoy menamatkan panggilan dan pergi ke pelabuhan. Dia memandang keadaan laut yang tenang dengan pandangan kosong.
BoBoiBoy: Apa perkembangan kamu semua?
Flor Azul dan Tatsumaki muncul di belakang BoBoiBoy.
Azul: Semuanya dah bersedia tuan. Cuma tunggu masa saja nak bertindak.
Tatsumaki: Tuan akan ikut berperang sekali?
BoBoiBoy: Tak. Saya nak kamu semua pergi ke sana dan tunjukkan pada mereka siapa kita. Saya akan perhatikan dari jauh.
Tatsumaki: Baiklah. Kami faham.
Mereka berdua menghilang dari situ. BoBoiBoy mengeluh perlahan, memikirkan nasib anak-anaknya yang ditangkap pihak musuh.
BoBoiBoy: Aku tak rasa aku masih boleh bersabar.
SKIP TIME
Tiga hari kemudian,di banjaran gunung,ahli Knight Of Dark Crown berkumpul untuk bercakap tentang rancangan mereka.
Weinz: Apa kita nak buat sekarang?
Radell: Apa kata kita bawa Atlas keluar berjalan-jalan? Kita perlu saksikan sendiri kehebatannya sebelum kita serang kerajaan raksasa.
Irra: Budak-budak tu macam mana?
Fraga: Mereka masih di dalam bilik yang disediakan bersama Pott. Mereka takkan dapat lari dari sini.
Justin: Bala tentera kita?
Fraga: Sudah bersedia. Kerajaan yang bersekutu dengan kita juga bersedia untuk bantu kita.
Lisa: *chuckle* Baguslah kalau macam tu. Rancangan kita akan dilaksanakan tak lama lagi.
Tiba-tiba....
KA-BOOM! KA-BOOM! KA-BOOM!
Letupan yang luas terhasil dan seluruh kubu bergegar.
Weinz: Apa jadi ni...?!

ANDA SEDANG MEMBACA
BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)
FanfictionSelepas beberapa tahun peperangan,BoBoiBoy menikmati kehidupan tenang bersama keluarganya dan kawan-kawannya di kerajaannya. Tetapi semua tak bertahan lama. Sebaik saja dapat tahu tentang kebangkitan Hakuma,dia bersama sekutunya bersama berganding b...