61

227 14 8
                                    

Kerana kau dari Dia

Adam raup wajahnya. Ini bukan mimpi, kan?

"Aisy, kau tak main-main, kan?" Aisy senyum nipis melihat Adam yang seperti hilang kata-kata itu.

"Kau serius, kan?" Adam menyoal lagi.

Hampir sesaat, Aisy membetulkan kedudukannya supaya menghadap Adam yang sedang menunduk bersama sebentuk cincin di hadapannya itu.

"Saya sudi, Adam. Saya sudi untuk terima segala kekurangan awak" Aisy berkata perlahan dan selepas itu, semakin lebar senyuman lelaki itu.

"Tapi awak kena janji dengan saya dulu" Aisy sengih kecil. Dia memandang wajah lelaki di hadapannya.

"Awak kena jadi suami yang terbaik buat saya. Jadi ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anak kita. Jadi suami yang baik, amanah dan jujur. Boleh?"

Ketawa Adam meletus. Wajahnya diraupkan.

"Boleh, Aisy. Aku, aku—" wajahnya diraup lagi. Aisy simpan senyum. Comelnya Adam gagap begini. Sumpah, Aisy tidak pernah melihat Adam versi yang ini sebelum-sebelum ini.

Dapat Aisy lihat Adam tarik nafasnya dalam-dalam sebelum lelaki itu menyambung kata-katanya.

"Aku janji, Aisy. Sumpah aku cakap, aku akan jaga kau dengan Aaira sebaik mungkin. Aku tak akan sia-siakan peluang yang ada ni. Aku akan cuba betulkan kesilapan aku yang dulu dan akan jadi suami dan ayah yang lebih bertanggungjawab untuk kau dan Aaira. Sumpah. Aku berani sumpah. Serius, aku janji dengan kau. Aku berani janji"

Tersenyum sendiri Aisy mendengar kata-kata Adam. Kepalanya dianggukkan. Dan bila Aisy mengangguk kepalanya, senyuman Adam tidak terkata bahagia.

Tiba-tiba lagu romantis yang dimainkan tadi kini sudah bertukar kepada bunyi piano yang lebih romantis dan memukau. Aisy yang perasan akan perubahan melodi itu, tahan ketawa.

Adam menghulurkan satu kotak berisi cincin itu kepada Aisy sebelum tangan Aisy mengambil lembut cincin tersebut lalu menyarungkan di jari manis miliknya sendiri.

Aisy memandang pada jarinya. Cantik. Cantik sangat.

"Cantik tak?" Adam menyoal. Mata lelaki itu memandang pada jari Aisy.

Laju Aisy mengangguk kepalanya.

"Cantik sangat" Aisy membalas. Melihat pada rekaannya saja sudah cukup membuatkan Aisy tahu bahawa cincin ini eksklusif dan mahal.

"Dan lebih cantik lagi bila cincin tu ada dekat tangan kau" mendengar itu, terus wajah Aisy panas.

"Eh" Tiba-tiba Aisy teringatkan sesuatu. Dia memandang Adam.

"Macam mana awak tahu saiz jari saya?" soal Aisy, musykil. Setahu Aisy memang Adam tidak tahu saiz jari Aisy. Waktu kahwin dulu pun mereka tak ada cincin kahwin. Tak akan Naura bagitahu pula kerana hanya Naura saja yang tahu saiz jari Aisy.

"Aku ikut jari Alisha"

Terangguk-angguk kepala Aisy mendengar jawapan Adam itu. Munasabah jugalah jawapan itu sebab Aisy dan Alisha memang tak jauh sangat beza.

Perbualan mereka kemudiannya terhenti apabila Aaira di kerusi tiba-tiba merengek dan menangis. Aisy dan Adam berpandangan sesama sendiri sebelum mereka hamburkan ketawa.

Laju Adam bangun dan menarik anaknya itu ke dalam dukungannya. Lelaki itu menepuk-nepuk Aaira.

"Okay tak? Tak apa lah, biar saya yang pujuk Aaira" Aisy mula bangun.

"Tak apa. Biar aku pujuk. Kau makan dulu" Adam masih menepuk-nepuk Aaira.

Bila rengekan Aaira mula berkurang, Aisy hela nafas lega. Inilah jadinya bila nak 'dating' tapi bawa anak sekali. Sweet pun dah tak jadi nak sweet!

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now