»•» Bab - 10 «•«

3K 150 1
                                    

"...Bidadari."

Dari kejauhan lagi iris hazelnya menangkap kelibat seorang lelaki berusia. Areesya mempercepatkan langkah. Sampai saja dihadapan lelaki tua itu Areesya menghulur tangan untuk bersalaman.

Namun hanya dipandang sepi oleh Tuan Ferhad. Ayah kandungnya. Terdiam gadis itu tatkala huluran tangannya langsung tidak disambut.

Areesya menjatuhkan tangan kesisi. Senyuman kelat diukirkan disebalik niqabnya.

Riak dingin dipamerkan oleh Tuan Ferhad.

"Babah sihat?" Soal Areesya lembut. Anak matanya menikam lembut iris hazel milik babahnya.

Hanya dia saja yang mewarisi warna anak mata Tuan Ferhad.

Lelaki berkacukan itu hanya mengangguk.

"Ada apa nak jumpa babah?" Terus saja Tuan Ferhad menyoal datar. Tangan disilangkan. Areesya menarik nafas perlahan.

Duduk dilabuhkan dikerusi hadapan babahnya tanpa menanti dipelawa.

"Saja, Adrea rindu babah. Adrea chat babah tapi babah tak balas," jawabnya jujur. Awal pagi lagi dia telah meminta izin ke Puan Naiha untuk berjumpa dengan babahnya.

Wanita berusia itu hanya membenarkan dengan rela hati.

Walaupun Puan Naiha dan bekas suaminya telah lama berpisah itu bukan bermakna Areesya serta Asyfie tidak dia benarkan untuk bersua mata dengan ayah kandung mereka.

"Hm. Babah tak boleh lama ni, ada hal." Fahamlah Areesya babahnya tidak rela bertemu dengannya. Hatta meluangkan masa walau sekejap.

"Kita makan dulu lah babah, Adrea belanja babah harini," nadanya cuba diceriakan. Namun jawaban Tuan Ferhad hanya sepi.

Terkadang lelaki berusia itu sibuk menekan-nekan skrin telefon pintarnya.

Setelah selesai memesan makanan Areeya merenung lembut wajah yang sudah agak dimamah usia itu. Namun babahnya tetap hensem dimata dia.

"Babah nak dengar tak-"

"Kejap." Baru saja gadis itu hendak bersuara tangan milik Tuan Ferhad diangkat membuat isyarat tunggu.

Telefon pintar yang nyaring berbunyi itu segera diangkat lalu ditekap ke telinga.

Areesya terdiam. Dia memasang telinga.

"Hello anak papa. Ada apa call ni?" Lembut sahaja nada Tuan Ferhad menyoal. Tahulah Areesya yang menghubungi babahnya itu adalah puteri bongsu Tuan Ferhad dari isteri keduanya.

"Alright Princess, nanti papa balik papa singgahkan beli." Panggilan di tamatkan oleh Tuan Ferhad.

Areesya menahan pedih dihati apabila melihat tiada secalit pun senyuman untuknya.

Bahagia saja riak wajah Tuan Ferhad tatkala berbicara dengan anaknya.

Areesya yang melihat semua itu cuba untuk menahan rasa. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now