»•» Bab - 47 «•«

3K 102 6
                                    

"...Bidadari."

Setelah tiga hari berlalu selepas itu Zayyan bersama Areesya berangkat pulang. Sempat beberapa buah tangan di kirimkan. Areesya hanya menerima. Tidak putus-putus ucapan terima kasihnya atas layanan baik Puan Nafsah kepada mereka.

Dalam perjalanan pulang Areesya mula rasakan kepalanya berpusing. Tekaknya loya.

Dia cuba tahan kerana tidak mahu menyusahkan suaminya yang sedang memandu itu. Lama kelamaan merah wajah putih Areesya.

"Ab-abang."

"Ya sayang?"

"Reesya rasa loya. Nak muntah." Ujarnya bersusah payah. Zayyan yang mendengar itu mulai kalut.

Kereta diberhentikan di tepi jalan yang agak bersemak samun itu. Dengan pantas Zayyan membuka pintu. Dia membantu Areesya keluar.

Keluar saja Areesya bertinggung ke arah rumput agak panjang itu. Dia mula muntah tanpa henti. Berterusan dalam masa 2 minit.

Wajahnya berubah pucat. Hilang tenaga. Menggigil seluruh tubuhnya.

Zayyan dengan riak risau mengusap lembut belakang tubuh kecil isterinya.

"Flower okay? Kita pergi klinik ya." Areesya hanya diam. Dia mengusap perlahan dadanya. Perit tekak.

"Tunggu sini." Zayyan bingkas bangun sebelum air mineral yang berada dalam kereta dicapai bersama sapu tangannya.

Penutup botol dibuka lalu tangannya disiram sedikit dengan air itu sebelum tepi mulut isterinya dicuci untuk dua kali. Membersihkan sisa muntah.

"Minum air sikit." Areesya akur. Zayyan memegang botol itu, di biarkan Areesya meneguk perlahan. Setelah selesai Zayyan menyiram tempat muntah tadi dengan sisa air sebelum dia memapah isterinya ke dalam kereta.

Kerusi kenderaan mewah itu di turunkan.

"Flower baring dulu. Nanti dah sampai klinik abang kejutkan, jauh lagi ni," ujarnya lembut. Areesya hanya mampu mengangguk.

Dia tidak larat hendak bersuara. Badan dibaringkan, matanya dipejam.

Zayyan beralih kesebelah lalu meloloskan dirinya. Wajah isterinya dipandang. Jaket hitam itu dicapai dari belakang tempat penumpang sebelum dia menyelimuti isterinya.

Suhu Aircond dikurangkan. Zayyan mula memandu. Tangan isterinya dicapai sebelum digenggam lembut.

Risau sungguh hatinya. Ini pertama kali Areesya jatuh sakit setelah beberapa bulan lebih usia perkahwinan mereka.

 Ini pertama kali Areesya jatuh sakit setelah beberapa bulan lebih usia perkahwinan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐚  [ 𝒞 ]Where stories live. Discover now