Prolog

8 0 0
                                    

"Biarkan dia dengan masa dia, Hann.."

Sebaris ayat dihela sekali nafas. Lelaki dengan nama panggilannya 'Atok' sekadar merenung skrin 'Facetime' yang menunjukkan wajah layu rakan perempuannya itu. Kusut, berterusan menyeka air mata yang mengalir.

"Pandai juga kau bercinta ya? Sampai nangis, uweek.. uweekkk.." Atok menyambung lagi. Lucu melihat rakannya Hanna kalah dengan perasaan.

Hanna tersenyum kelat. Pipinya basah. Bertakung lagi matanya meski telah banyak menangis. Cedera parah melawan emosi yang berpusu-pusu membelasah. 

"Semudah ni dia hilang rasa kat aku, tok. Kau tahu kan kitorang dah kenal lama. Lebih sepuluh tahun. Kitorang dah lalui macam-macam untuk sampai ke tahap ni,"

Air mata kembali deras di pipi Hanna. Kacau benar jiwa perempuan itu. Tidak berselindung langsung di hadapan rakan karibnya.

"Aku nak fix balik, aku tahu sebelum ni dia mencuba. Aku... mungkin aku tak cukup hargai dia..", ujar Hanna sayu teresak-esak.

Atok mengambil nafas dan hembus perlahan... Niatnya mahu bergurau lagi terhenti setakat itu. Jam dinding di ruang tamunya telah menunjukkan hari sudah lewat, 1.17 pagi. Risau si isteri mencari pula jika tidak ke kamar pada waktu ini. Ada hati yang harus dijaga.

"Hann, macam ni lah." Atok berhati-hati menyusun kata di kepalanya.

"Lelaki, kalau dah bagi banyak alasan.. Banyak minta masa, nak tenang kononnya.. kau jangan berharap lagi la, dia nak pergi dah tu,"

Hanna mendongak kali ini. Memandang tepat wajah atok yang mulai serius di skrin telefonnya. Rakannya itu tidak lagi berjenaka.

"Biar aku cerahkan keadaan. Aku tak kata Faris pun macam ni, Hann. Tapi.. pendapat aku la, sebagai lelaki. Lelaki memang boleh hilang rasa sepantas tu, dan sedetik itu. Aku lelaki. Aku tahu modus operandi lelaki yang dah tak ada hati,"

Suasana semakin sepi di antara mereka. Tiada kata balas dari Hanna. Berat dadanya menadah setiap bait jujur dari rakannya itu.

"Dengar cakap aku Hann, tak kira kau salah atau dia salah, kau dah pun putus dengan dia. Yang nak get back tu kau, bukan dia. Kalau dia terima, lama dah dia respon... Dah lah Hann. Jalan terus, jaga hati kau sendiri."

Kalam Terima KasihWhere stories live. Discover now