Sunyi yang Menyapa

4 0 0
                                    

Sejam telah berlalu.

Terasa pedih di mata Hanna sejak panggilan tamat bersama Atok tadi. Atok dengan nama sebenar Amsyar, merupakan salah seorang rakan karibnya sejak di bangku sekolah menengah.

Begitu juga dengan Faris, merupakan rakan dari kelas yang sama juga. Sama-sama nakal, sama-sama gila. Maka kenal benar mereka sesama sendiri.

"Allah.. sejuk betul.."

Selimut yang menyelubungi tubuh Hanna ditarik lagi sehingga ke paras dagu. Hanna terkulai lemah di katil bilik dengan cahaya lampu yang terang. Musuhnya kali ini adalah kegelapan. Cukuplah sepi malam itu mencengkam dadanya.

"Hanna Amelia Rashid, my Hanna.. it's getting late. Boleh lah you tidur.. Kita sambung esok. Okay?"

Senyuman Faris yang lebar itu membuatkan matanya sepet mengecil. Garis-garis di hujung mata yang memuncul halus setiap kali senyum itu seolah ikhlas meluahkan rasa sayang kepada Hanna.

Hanna turut tersenyum. Pipi yang sememangnya timbul semakin menggebu apabila perempuan itu menzahirkan rasa suka. 

"You tidur tak nanti?"

"I will, but I nak ambik angin kejap. Maybe jalan-jalan kat taman rumah. Nanti dah habis I masuk tidur, okay?"

"Okay.. Everything's alright? Ada nak share apa-apa?"

"Nothing, my dear. Nothing. I cuma nak clear my head, it's been awhile tak rasa angin malam mcm ni, tenang."

"Ohh.. hati-hati ya ambik angin tu.. Take your time, but jangan tidur lewat sangat. Kesian dekat you kerja dah enam hari tanpa rehat,"

Faris tertawa kecil. Matanya mengecil lagi.

"Iya Hanna.. Tak lewat.. Jangan risau,"

Keprihatinan Hanna padanya itu menenangkan. Nyaman. Lebih-lebih lagi untuk seorang lelaki yang kurang kasih sayang dari ibu sejak kecil.. diambil berat seperti itu adalah sesuatu yang lama dirindukan.

Hanna dan Faris senyum sendiri. Masa seolah mencemburui mereka. Tiada apa yang terucap di saat ini, sekadar menikmati waktu yang indah sebegitu, meski hanya di atas talian dan paparan skrin.

" Tidur ya Hanna sayang. Have a good deep sleep, mimpi manis.. I love you, always."

Hanna menekan 'pause' di paparan skrin.

Pipinya basah lagi. Entah keberapa kali rakaman Facetime itu diulang hari ini. Sekadar memori dari beberapa bulan yang lalu. Perlahan-lahan detik manis itu berubah menjadi sesuatu yang memedihkan, kerana ia takkan berulang kembali.


Ahmad Emirul Faris

Tiga minggu berlalu sepi. Mesej tidak dibalas. Panggilan tidak berjawab.

Tidak peduli lagikah kau pada aku lagi...?

Aku bukan perempuan yang kau kenal sekadar dari Tinder atau laman jodoh dalam beberapa bulan kemudian bercinta. Aku perempuan yang kau kenal lama. Yang menjadi sahabat kau dulu sebelum mencintai kau. 

Aku akur, kalau kau tak peduli pada aku lagi sebagai seorang yang istimewa.

Tapi, tidak mampukah kau peduli pada aku sebagai kawan baik kau selama ini..?


Hanna menekup mukanya dengan selimut merah jambu yang sudah lembab dengan air mata. Esakan bersambung lagi dalam selimut itu. Entah berapa malam lagi jiwanya akan terobek begini, dibiarkan sepi tanpa khabar dari orang yang dulu selalu menemaninya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kalam Terima KasihWhere stories live. Discover now