𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠 | 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐞𝐬𝐬𝐚

161 9 0
                                    

PRANG!

Terhinjut kedua-dua bahu Raja Pangeran Ahmadi yang sedang bersantai di ruang tamu. Apabila koklea telinganya menangkap bunyi yang nyaring itu. Beliau bergegas bangun dari duduknya dan menuju ke lif. Butang ke aras tiga ditekan olehnya. Jantungnya berdegup kencang seiring dengan pergerakan laju lif rumah agam tersebut.

Ting!

Seraya pintu lif itu terbuka luas, beliau membuka langkah menuju ke bilik yang berada di hujung aras itu.

Tok! Tok!

"Raess? Raess ada dekat dalam?", Soal Raja Pangeran Ahmadi.

"Tuan!",

Raja Pangeran Ahmadi berpaling ke belakang melihat tiga orang pembantu rumahnya dan juga dua orang pengawal keselamatan yang baru tiba disitu.

"Saya terdengar bunyi botol kaca pecah dari atas. Jadi saya terus panggilkan Encik Hafizi dan Encik Fahmi sekali untuk datang tengok kalau ada apa-apa buruk yang berlaku", terang Puan Halimah dengan riak wajah yang risau.

Raja Pangeran Ahmadi hanya mengangguk faham.

"Baiklah. Kalau begitu, kamu berdua tolong bukakan pintu ni. Saya takut jika ada sesuatu buruk yang berlaku pada Raess. Dari tadi saya panggil dia tapi langsung tidak menyahut. Risau juga saya", arah Raja Pangeran Ahmadi. Dadanya diusap beberapa kali.

Encik Hafizi dan Encik Fahmi tidak membantah. Mereka mara langkah ke hadapan dan mengetuk pintu bilik itu beberapa kali. Kemudian mereka cuba memulas tombol pintu bilik tersebut namun masih belum ada sebarang balasan dari gerangan yang berada di dalam.

"Izinkan saya pecahkan pintu ni, Tuan", Encik Fahmi meminta izin Raja Pangeran Ahmadi untuk memecah pintu bilik anak gadisnya.

Raja Pangeran Ahmadi hanya mengangguk sekali. Dia sudah tidak kisah jika pintu bilik itu hancur dikerjakan oleh pengawalnya. Keselamatan anak gadisnya lebih penting ketika ini.

Bum!

Dengan sekali tendangan yang diberikan oleh Encik Fahmi, pintu bilik itu terbuka luas.

Masing-masing menjenguk ke dalam ruangan bilik gelap itu.

"Raess?", Raja Pangeran Ahmadi memberanikan diri menghala langkah untuk masuk ke dalam.

"Tuan hati-hati! Ada kaca di lantai!", Pesan Encik Hafizi.

Raja Pangeran Ahmadi menunduk melihat lantai. Benar apa yang dikatakan oleh pengawal keselamatan nya. Ada banyak serpihan kaca yang berciciran di atas lantai. Kaca yang jernih dan berlainan saiz. Tidak dapat dibayangkan jika tertusuk daripada salah satu serpihan kaca-kaca tersebut.

"Raess..",

Raja Pangeran Ahmadi mengangkat semula kepalanya. Dilihatnya ada seorang gadis yang sedang memegang serpihan kaca di tangannya. Dia menghadap ke arah tingkap yang membuatkan cahaya bulan pada malam itu tertusuk padanya. Bilik yang gelap gelita itu menambahkan lagi aura kegelapan seorang gadis iaitu dia, Raja Adelia Raessa.

"Raess.. Ayahanda datang ni..", Raja Pangeran Ahmadi melembutkan intonasi suaranya. Dia cuba mendekatkan dirinya dengan anak perempuannya yang masih berdiam diri di hadapan tingkap yang bercahaya itu.

Encik Hafizi dan Encik Fahmi turut mengatur langkah masuk ke dalam untuk berjaga-jaga dengan tindakan gadis itu pada ayahandanya. Tiga orang bibik lain masih setia menunggu dari luar sambil memegang senduk.

"Kenapa..kenapa hidup Raess ditakdirkan macam ni..kenapa Ayahanda..", ujar Raja Adelia Raessa dengan nada sebak. Air matanya mengalir jatuh ke pipinya. Dia masih kaku disitu melihat bulan yang cerah menghiasi malam yang gelap.

Raja Pangeran Ahmadi menghela nafas perlahan.

"Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, Raess. Raess tak boleh macam ni. Raess kena terima-",

"Terima kenyataan yang bonda dah tak ada dekat dunia ni?!!", Raja Adelia Raessa menoleh ke arah Raja Pangeran Ahmadi dengan wajah yang sugul dan serabut.

Raja Pangeran Ahmadi menelan liur melihat keadaan anaknya ketika ini. Rambut yang kusut masai, baju yang penuh dengan darah, mata yang bengkak.

Sesungguhnya itu bukanlah Raja Adelia Raessa, putrinya. Ini sudah seperti orang lain! Mana Raja Adelia Raessa yang suka akan kekemasan, kesucian dan yang paling penting sekali kehormatan.

Dia sentiasa taat dan hormat pada ayahandanya. Namun kali ini berbeza. Dia sudah berani menaikkan oktaf suaranya kepada ayahandanya yang semakin meningkat usia itu.

"Raess, kita pergi klinik dulu. Tangan Raess luka. Banyak darah..", pujuk Ayahanda. Tangan cuba menggapai lengan anaknya untuk menarik keluar gadis itu dari bilik yang penuh dengan kecelakaan.

Namun, Raja Adelia Raessa merentap dan melarikan tangannya dari disentuh pelosok tangan ayahandanya.

"Ayahanda kejam. Ayahanda terlalu kejam. Bonda dah tak ada dekat sini ni, tapi.. ayahanda masih seronok cari pengganti bonda. Ayahanda dah tak sayangkan bonda ke? Ayahanda dah memang tak nak jumpa bonda dekat syurga ke itu sebab ayahanda sanggup cari pengganti bonda?!!", Raja Adelia Raessa menaikkan suaranya dengan tinggi sekali sehinggakan bibik-bibik yang ada diluar biliknya takut untuk menjenguk.

"Raess..fasal tu kita masih boleh bincang..",

"Nak bincang apa lagi kalau ayahanda dah pergi merisik perempuan tak guna tu!",

Prang!

Sekali lagi bunyi kaca bergema kuat di bilik itu. Terhinjut bahu masing-masing akibat terkejut tak terhingga apabila Raja Adelia Raessa melemparkan kaca yang ada di genggamannya tadi ke frame gambar keluarga.

Hampir luruh jantung Raja Pangeran Ahmadi melihat angkara anak gadisnya.

Gambar keluarga yang pernah membuatkan dirinya dan isterinya bahagia dengan kehadiran seorang bayi perempuan. Raja Adelia Raessa yang masih berada di dalam dukungan ayahandanya sedangkan bondanya sedang tersenyum gembira sambil memeluk lengan suaminya.

"Puas?!! Puas hati ayahanda bila tengok keadaan Raess sekarang?!!", Tanya Raja Adelia Raessa dengan wajah yang sembab dengan air mata yang masih berciciran hebat.

"Raess-",

"Raess benci ayahanda! Raess benci semua oranggg!!!", Raja Adelia Raessa menggenggam rambutnya dengan kuat sebelum berlari keluar dari bilik itu.

Raja Pangeran Ahmadi hanya berdiri kaku disitu. Dia masih tenung gambar yang sudah pecah dek panahan kaca yang dipanah oleh anak gadisnya.

Her Obsession: Raja Adelia Raessa Where stories live. Discover now