𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐞𝐬𝐬𝐚 | 4

38 2 1
                                    

PAGI - pagi lagi Raja Adelia Raessa sudah muncul di hadapan bangunan syarikat gah milik Adian Putra Firhad. Dia berdiri sambil memegang beg Cristian Dior miliknya dan lengkap berkaca mata hitam yang bersinar. Tidak lama kemudian, dia mula mengerling ke arah jam tangannya yang sudah menunjukkan bahawa sudah lima minit dia menunggu lelaki itu.

"Adelia!", Satu jeritan yang membuatkan Adelia lantas berpaling ke belakang melihat seorang lelaki yang lengkap bersut kerja sambil berlari anak menghampirinya.

Adelia langsung tersenyum. Dia berdiri menghadap lelaki kacak yang sedang berlari mendapatkan Cinderella nya yang sudah lama tidak bertemu.

"You..you buat apa dekat sini?", Soal Adian sebaik sahaja berdiri tegak di hadapan gadis itu dengan nafas yang sedang diatur.

"Sign contract",

"Hm?",

Adelia mengeluarkan satu kertas putih yang sudah disiapkan olehnya semalam. Kertas yang dipenuhi dengan teks peraturan sepanjang hubungan mereka berlangsung.

Lalu Adelia menyerahkan kertas tersebut kepada Adian. Adian hanya bertindak menyambut kertas itu dengan ruas dahi yang berkerut.

"Dekat situ ada beberapa peraturan yang I dah letak. Jangan sesekali langgar kontrak kita. Especially, number 1", pesan Adelia dengan nada mendatar.

Adian segera melarikan pandangannya kepada peraturan nombor satu yang sudah ditulis oleh Adelia.

1. 3 bulan. Tak lebih dan tak akan kurang.

"Biasa je", komen Adian tenang. Dia melarikan mata ke arah peraturan-peraturan pula.

Adelia tersenyum ringkas. Dia menghampiri lelaki yang sedang khusyuk membaca surat itu.

"Biasa. Tapi tak semua orang boleh buat. Kalau you langgar peraturan tu, I tak teragak-agak akan cari you sampai lubang cacing. Get it, babe?", Ujar Adelia bersama satu senyuman sinis yang penuh bermakna.

"Well, I orang yang pegang pada janji", balas Adian lalu mengambil pen yang ada di poket blazer nya dan membuka penutup pen hitam tersebut. Lalu jarinya bergerak menandatangani kontrak perjanjian tersebut.

Adelia hanya mampu tersenyum.

"I pegang kata-kata you",

"Okay now. Ada apa-apa lagi Cik Adelia?", Soal Adian setelah menyerahkan surat perjanjian itu kepada Adelia.

"I rasa. Dah tak ada apa-apa. Tapi, you dengan tunang you, macam mana?", Tanya Adelia.

"Dia tak ada dekat sini. So, don't worry. Lagipun you cakap nanti pandai-pandai you lah kan nak settle?", Bibir Adian sedikit terkoyak ke tepi menunjuk giginya.

Adelia menggulingkan matanya ke atas. Ingat pula dia fasal tu.

"Okay. That's my responsibilities if I meet her. Anything else?", Tanya Adelia sekali lagi.

"Nothing. Enough for today", jawab Adian.

Adelia mengangguk perlahan sebelum masing-masing terkejut menerima undangan nada dering telefon canggih Adelia yang sudah menjerit minta diangkat.

Lantas Adelia menyeluk tangannya ke dalam beg tangan dan mengambil harta bendanya.

"I got to go. See you soon, Mr Adian", pamit Adelia setelah melihat nama pemilik yang sedang menelefonnya di skrin. Dia berpaling arah sambil mengorak langkah ke kereta Lamborghini Veneno emas yang sedang terparkir di tempat parkir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her Obsession: Raja Adelia Raessa Where stories live. Discover now