CHAP 9•

22 6 0
                                    

Darling Dania | Ajib Darael
“I love you Mr.Darling Hero Kampung ”


              "AJIB tolong Papa jagakan Darling dengan Ariani sementara ye . Sebab Papa nak hantar Mama ke hospital sebab Nek Tok tengah sakit" ujar akan Engku Ehsan kepada anak sulungnya itu. Dia tiada pilihan lain selain meminta tolong akan Ajib Darael untuk jagakan anak gadisnya itu.

    Ajib Darael yang dengar mendengus lemah ' jaga Ara pun penat ini jaga budak tak cukup kain tu'
  
   "Boleh ke Ajib tolong Papa" Tanya akan Engku Ehsan lagi dia mahu tahu adakah Ajib Darael boleh diharapkan,sebagai seorang Abang perlu bersikap berjaga-jaga tambahan pulak memiliki adik yang masih kecil serta yang masih dara. "Boleh Papa"

    ' boleh blah ingat aku ada masa nak jaga budak yang tak cukup kain tu ieww baik aku jaga si Ara lah daripada jaga budak tu. Dah besar kan jaga lah sendiri menyusahkan betul ' bisik hati Ajib Darael dia tersenyum bila Engku Ehsan memandang nya dan menepuk bahunya itu "macam itu lah anak Papa" bibirnya tetap kekal dengan senyuman terpaksa.

      Kereta milik Darling Dania berhenti di hadapan rumah ibu tirinya dia membuka lock pintu untuk Ariani Dahara risau kalau sewaktu perjalanan dibukanya pintu jadi dia lock kan sahaja. Ajib Darael terdengar bunyi kereta dari luar "itu macam kereta si Darling dah balik lah tu" muka Ajib Darael pelik

  "Kereta ?bukan kereta Papa dekat bawah ke!" Tanya akan Ajib Darael yang ingin kepastian sewaktu ia pulang tidak ia nampak akan kereta Engku Ehsan bergerak pun tetap kekal di mana pertama kali datang ke sini . "Darling beli kereta hari ini kan birthday dia."

    'gempak tok birthday sendiri beli hadiah sendiri bukan bashe -bashe dapat orang macam ni. Biasa orang lain bagi ini diri sendiri #hargai diri sendiri ' 
Ajib Darael terus ke depan untuk melihat akan kereta tersebut "Akak tantik(cantik) nanti esok kita jalan -jalan auu(tahu)"membulat mata Ajib Darael melihat kereta Ferrari super canggih berada dihadapan rumahnya

   ' mak aish kaya betul tapi apahal eh baju tak mampu nak beli ' geleng kepala Ajib Darael dibuatnya. Dia melihat senyuman Ariani Dahara ceria saja dengan mulut comot dilap menggunakan tudung kecil yang ia beli dengan hasil kerja mengutip buah kelapa, tangkap ikan dan jual,menjual akan serai yang ia tanam itu banyak pekerjaan kampung yang ia lakukan untuk menambung kehidupan harian mereka walaupun tidak seberapa ia bersyukur dapat merasa rezeki Allah berikan kepadanya.

    Darling Dania melihat tubuh sasa Ajib Darael berdiri di hadapan pintu ia masuk ke dalam rumah tanpa bercakap dengan sesiapa diam sahaja . "Da-" belum sempat Engku Ehsan mahu menegur anaknya terus Darling Dania masuk ke dalam bilik berkurung lagi sekali.

   Keluhan berat ia lepaskan!

  Macam mana lah dia ingin pujul Darling Dania sudah lah 100% salah dia kerana lupa yang hari ini hari jadi Darling Dania  "Abang pergi lah mandi kejab lagi dah nak azan kita solat ye " lembut sahaja Puan Raissa panggil akan suaminya.

    "Mana-mana tadi kan akak tantik (cantik) belanja ais-krim banyak auu (tahu) ni alam (dalam) plastik?" Puan Raissa mengambil plastik tersebut bermacam-macam jenis perisa ais-krim ia tengok semuanya ais-krim yang mahal yang ia perasan. Walaupun perwatakan Darling Dania sebegitu rupa tidak pernah ia lihat yang Darling Dania marah ataupun berkasar dengan Ariani Dahara.

    "Ada cakap terima kasih tak dekat kakak!" Ariani Dahara mengangguk tanda ada.

   "Bagus anak mama ni ,dah jom pergi mandi tengok tu mulut comot betul!" Ia lap pipi anaknya yang masih ada kesan ais-krim yang kering itu dimulut.

    Darling Dania yang berada di dalam bilik hanya terdiam seketika macam mana lah dia ingin rapat dengan Ajib Darael kalau dirinya masih tidak mampu lelaki itu hanya budak kampung sahaja tiada yang istimewa langsung.  "Woi ,engkau dah boleh solat ke belum!" Terkejut beruk Darling Dania apabila pintu biliknya diketuk dan suara garau menyergah dirinya.

   "Kurang ajar,tak ada adab selamba kaki nenek dia je main sergah -sergah" katanya perlahan.

   "You nak solat ?  pergi je lah solat"  halau akan Darling Dania.

   Muka Ajib Darael geram " Engkau tahu dah masuk azan ? Telinga tak korek ke apa kau ni" Darling Dania mengetap bibir.

    ' menyibuk betul lah budak kampung ni aku bagi kaki kang.? Solat fucking seriously nonsense!'

    Banyak kawan dia yang solat tetap sahaj buat maksiat jadi kalau rasa nak jadi jahat pergi sahaja tiada yang halang pun. "Lantak kau lah " fed up Ajib Darael ajak solat pun susah ini kalau ajak kahwin mau kena reject .

    ' eh apahal aku cakap macam tu buang-buang kahwin? Satu perkataan yang agak tak logik untuk aku lagi!'

     Selesai sahaja solat dan makan malam Engku Ehsan memberitahu akan anam gadisnya itu tentang apa yang ia katakan kepada Ajib Darael "for few days ok don't worry Ajib with you ,he can ta-"

  "He not my babysitter or my guardian angel so I don't need him to my life. Tch!" Kata akan Darling Dania yang tidak mahu dianggap lemah dia bukan budak-budak lagi. "Yes I know "

   "Daddy please! I'm still mad you so becareful!"Engku Ehsan menelan air liur silap dia yang susah untuk dimaafkan. Puan Raissa meletakkan telur rebus yang separuh masak dihadapan Darling Dania "  cukup ke dua atau Darling nak tambah lagi!" Darling Dania menggelengkan kepala tanda tidak perlu .

   Ajib Darael hanya melihat dari pertama kali ia tengok Darling Dania ,anak gadis Engku Ehsan hanya menjamah roti sahaja padahal makanan yang mama nya masak itu semuanya sedap sahaja. Apa yang kurang dekat tekak si Darling Dania sehingga tidak sudi untuk makan apa yang Mama nya masak untuk mereka semua.

     "Akak tantik (cantik)malam ni adik tidur dengan akak boleh tak?" Membulat mata Puan Raissa.

     "Eh Ara tak boleh lah,kan Ara ada bilik sendiri besok kan Ara dah mula sekolah. Ajib Darael jangan lupa hantar Ara pergi ke sekolah!" Ajib Darael mengangguk tanda faham setiap pagi dia akan hantar Ariani Dahara pergi ke sekolah dan balik sekolah dia jugak yang ambil.

   "Tak apa esok I hantar Ara ke sekolah!" Celah nya

   "Darling tak apa Ajib ada e..."

    "I tak akan ulang apa yang I cakap ! rasanya belum deaf lagi kot " dalam diam Engku Ehsan melihat sikap Darling Dania yang menyindir dalam bahasa English. Darling Dania mengupas telur separuh masak itu tidak lupa dengan blackpaper di tabur ke dalam mangkuk lalu ia gaul dan ia cicah dengan sekeping roti yang hanya boleh bertahan 5 hari sahaja.

  "Yeah..yeah esok kita naik kereta esar (besar)" comel sahaja gelagat akan Ariani Dahara budak katakan apa yang baharu itu yang menjadi kegemaran semakin lama akan rasa macam biasa jugak.

THANK YOU FOR READING
  
     

              

MRS.AJIB DARAEL |29Where stories live. Discover now