CHAPTER 10•

24 5 0
                                    

Darling Dania| Ajib Darael
I love you Mr.Darling Hero Kampung”

            "RAISSA alang-alang dah jumpa ni boleh akak tahu siapa budak perempuan yang ada dekat dalam rumah engkau tu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

            "RAISSA alang-alang dah jumpa ni boleh akak tahu siapa budak perempuan yang ada dekat dalam rumah engkau tu. !" Kening Puan Raissa bertaut pelik .

    "Perempuan? !"

    "Iya lah perempuan tak payah berdalih lah Raissa satu kampung heboh pasal ini ada perempuan dekat rumah kau. Bukan main seksi seksa diorang mengata tahu. Akak bukan apa Raissa risau kalau jadi fitnah itu yang akak bertanya tu" Puan Raissa tersenyum gambar  " itu anak tiri saya kak ,dia baru balik dari Luar Negara " lembut sahaja ia memberitahu hal ini.

   Puan Afena mengangguk tanda faham  .

PIN!PIN

Hon kereta milik Engku Ehsan berbunyi terus Puan Raissa menoleh ke arah suaminya itu "Sayang cepat sikit!" Arah nya.

  "Baik Abang "terus Puan Raissa menghulurkan duit RM 40.00 kepada Puan Afena tukang niaga makanan runcit seperti barang-barang harian ia membeli air untuk perjalanan mereka ke rumah ibunya yang masih di hospital "untung betul jadi orang kaya duit pun macam sudah tiada nilai" kata akan Puan Afena yang sedikit iri dengan Puan Raissa yang memiliki suami yang kaya raya serta pangkat tambahan akan duduk dirumah yang serba mewah dan besar

    "Sayang kenapa murung je ada apa-apa masalah ke?" Soal akan Engku Ehsan kepada isterinya dari tadi diam tidak bercakap "Abang,Sayang sebenarnya risau akan Darling?"

   "Darling kenapa dia? Anak Abang ada buat apa- apa ke dekat sayang"Puan Raissa laju menggelengkan kepala tanda tidak ada jadi salah faham pulak "  Sepanjang Darling sampai dia tak pernah susahkan saya Abang malah saya rasa ada keluarga lengkap. Ini tentang orang kampung yang mengata bukan -bukan pasal Darling." Dia tidak suka orang sibuk hal rumah tangga dia.

    Baginya biar lah anak -anaknya mahu buat apa asalkan pandai jaga maruah dan nama keluarga sudah memadai. Kalau orang kata anak kita jahat jangan lah cepat melatah mengatakan sebegitu malah ia boleh jadi fitnah dan rasa kasih sayang keluarga tidak akan bersatu.    

"Betul lah Ajib dah kecoh satu kampung mengata yang Papa kau ada bawak balik perempuan seksi balik rumah diorang syak adik tiri kau tu bini muda Papa kau?"  Ajib Darael tepuk dahi  macam mana lah dia nak cakap eh .

     Orang kampung ini tiada kerja lain selain mengumpat,mengutuk dan tambah cerita ada ke patut perempuan itu dikatakan isteri muda Papa nya memang dia tidak terima lah ada isteri lain selain Mama nya itu "Kau sendiri pun boleh tengok lah yang adik engkau tu bukan calang-calang orang , lihat sahaja apa yang dipandu nya kereta mahal tahu mesti ramai yang fikir bukan-bukan" tambah akan Izzat kepada Ajib Darael memberitahu apa yang ia tahu dari mulut orang. Tidak mahu Ajib Darael terkena tempias.

    "Kalau cakap benda yang betul pun diorang akan pusing kan cerita juga jadi biar sahaja sampai betul-betul diam. Aku pun kena balik risau kan Ara je ni" Izzat kepada tergelak mendengarnya. Perempuan itu buatkan hidup dia huru hara patutlah ada beberapa makcik mengumpat sambil menjeling tajam ke arahnya tidak pernah ia rasa janggal begini.

    "Ara konon padahal adik tiri kau tu" Ajib Darael mengetuk kepala nya "jangan sampai gigi kau aku patah-patahkan dah berambus" mereka terus beredar pulang ke rumah .

     Hampir tiba di rumah Ajib Darael menghidu akan sesuatu yang wangi dari atas rumah "Mama sudah pulang ke ,kata nya dua hari lebih takkan secepat itu pulang"pelik Ajib Darael dia bergegas naik ke atas untuk melihat diapa yang masak dan apa yang wangi sangat tu.

     Ajib Darael turun melihat akan makanan yang terhidang di dapur "
          "Siapa masak?" Tanya akan Ajib Darael yang baru sahaja melihat akan Darling Dania keluar dari bilik mandi.

           "I masak ada masalah ke" ada sahaja nak gaduh dengan dia malam-malam begini orang cari rezeki ini budak ini tolak rezeki.

   "Kau beria sangat nak masak untuk apa,kau fikir aku akan makan apa yang engkau masak ke"Bentak akan Ajib Darael melihat makanan yang disediakan oleh seorang perempuan yang boleh dikatakan ia 'anti bertemu'

    "I masak sebab mak you yang suruh I masak kalau ikutkan jangan mimpi I nak masak kan untuk lelaki kampung macam you" bidas akan Darling Dania ,apa yang pasti dia tidak suka lelaki bernama Ajib Darael mulut longkang.

     Puan Raissa siap pesan untuk masak kan makanan untuk Ajib Darael dan Ariani Dahara jadi dia akur kan sahaja kalau dia tidak masak mati kebulur pulak anak kesayangan Engku Ehsan tu  . Seteruk dia makanan yang ia mahu makan tetap ia pelajari dalam diam 

'kampung perempuan ini panggil aku tiada adab punya perempuan '

   

"JANGAN PERASAN YANG AKU MASAK NI UNTUK KAU SAHAJA BUT ADIK KAU PUN NAK MENCEKIK"  terus Darling Dania beredar malas mahu bertengkar dengan Ajib Darael  sudah lah lembab " Tak reti bersyukur punya jantan,aku dah masak cukup baik lah . Muka macam selipar karat banyak cekadak pulak"

     
        "Abang cedap (sedap) ye akak tantik (cantik)masak!" Puji akan Ariani Dahara yang baru sahaja bangun dari tidur.

      'sedap sangat ke perempuan tu masak sampai muka Ara berubah '

     Dia menyuap ketam masak lemak itu ke dalam mulut hampir membisu dia bila makanan yang masuk ke dalam mulutnya terasa manis,masam,masin dan lemak cukup semuanya ' pandai jugak perempuan ni masak ' katanya akan Ajib Darael lalu makan jugak apa yang Darling Dania masak untuk mereka.

      THANK YOU FOR WAITING

MRS.AJIB DARAEL |29Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang