Prolog

397 15 5
                                    

JAWHARA membisikkan sebaris ayat yangpernah ditulisnya dalam buku catatanlama.

 "Tuhanku, janganlah Engkau biarkan akuhidup seorang diri dan Engkaulah Dzat Maha WarisPaling Baik." 

Hari ini hari ulang tahun kelahirannya yangke-39. Dia masih bersendirian.Sekejap lagi akan ada panggilan dan mesejyang akan menerjah masuk dalam telefon.Menitipkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.Disertakan pula ucapan tambahan iaitu semogapanjang umur, murah rezeki dan cepat ketemujodoh. 

Jodoh! 

Doa yang saban tahun dia terima.Panjang umur. Murah rezeki.Syukur. 

Doa itu dimakbulkan. Menjangkauusia ini, dia hampir bebas hutang.Apa yang dia mahu, dia mampu beli tanpaperlu mencatu duitnya. 

Cuma satu sahaja doa yang belumdimakbulkan. Jodoh. 

Dia penat menjadi penjaga jodoh orang.Jodoh sendiri belum ketahuan di mana.Jari telunjuk Jawhara mengusap baris ayatyang diulang baca. 

Adakah dia tersalah doa selama ini? 

Sepanjang 39 tahun, dia tidak keseorangan.Masih punya ibu, ayah, kakak dan adik-adik. Adakawan yang sentiasa memeriahkan harinya. 

Cuma, tatkala pulang ke rumah, diabersendirian. Tak ada siapa yang dia nak bualkan.Tak ada keriuhan rakan-rakan sepejabat yangmenggamat suasana. 

Yang ada pun hanyalah televisyen. Dia dahmuak dengan drama kehidupan yang dilayarkan.Terang-terang menyindir kehidupan dia yang sadisini.

Saat dia tidur, seluruh sendinya melonggar.Kesejukan. Tukarlah katil dan tilam yang mahalberibu-ribu sekalipun. Tiada siapa yang hendakberkongsi kehangatan malam dengannya. 

"Aku sunyi!" 

Dah berjuta kalinya dia menjerit itu. Untukkali ini, dia tidak menjerit hanya berbisik perlahan.Cukup pada dirinya sendiri. 

Tak guna menjerit sampai keluar anak tekak.Sekadar ada dinding dan perabot yang pegun. 

"Tuhanku, aku mahu suami." 

Bolehkah dia berdoa begitu? Berterus terangsahaja dengan Tuhan apa yang dia mahukan. 


..................................................................

Sempena PBAKL2023 saya tampilkan karya terbaharu, Sayang, Di mana Dia...

Orang ketiga, itu heroin saya. 

Dia jahat. Dia perampas. Dia perosak rumah tangga. Berilah segala gelaran kepadanya. Dia naif dengan cinta. 

Di sebalik cemuhan orang sekeliling, dia terus melangkah tanpa berpaling lagi. 

You'll hate her, but surely love her at the same time 🥰😍❤️

Jika ada yang berminat nak dptkan karya ini dan geng kombonya melalui saya boleh wassap di nombor 0126643076

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika ada yang berminat nak dptkan karya ini dan geng kombonya melalui saya boleh wassap di nombor 0126643076

p/s: save nombor ni 👆👆ya.. nombor yang sebelum ini anak dah memunya.

Sayang, Di mana DiaWhere stories live. Discover now