Bab 1

124 11 0
                                    

IKUTKAN hati, majlis beginilah yang palingdia mahu elakkan. Rasa nak ambil tiket kapal terbangjam itu juga dan terbang ke hujung dunia. 

Ke bumiyang tiada siapa mengenali dirinya. 

Kenapalah banyak-banyak tempat yangboleh dia pergi, kaki dan tangan nak juga tekanminyak dan pulas stereng ke mari? 

Dah dia beritahu pada kak long awal-awallagi. Dia keluar daerah. Tak dapat hadir. Duitmenyumbang pun dah diberikan kepada kak longsebagai wakil. 

Sekarang, dia tak tahu nak buat apa. Dudukdi satu meja di hujung dewan. Dah bosan belek telefon, dia melayan mata melihat gelagat tetamudan kemesraan pengantin baharu. 

"Loyanya!" Niatnya nak cakap dalam hatisahaja, tetapi terpacul di bibir.Cepat-cepat Jawhara kebam bibir. Dengankepala tegak, mata sahaja ligat ke hujung kiri dankanan. Nak pastikan ada tak yang ambil perhatiandengan mulut lancangnya. 

Satu. 

Dua. 

Tiga. 

Tak ada apa. Barulah dia toleh kiri dankanan. Nak dapatkan kepastian. Masakan tak adayang mendengarnya. Kuat juga suaranya tadi. Taktahu nak ketawa atau menangis dengan pandanganmata yang sememangnya tidak pernah menipu.Padanlah tak ada yang respons. Diaberseorangan di meja bulat untuk sepuluh orang itu. 

"You are so pathetic, Rara." Jawhara tertawasendiri. Sadisnya hari pertama bagi tahun ke-39 nya. 

"Yes, you are!"Ada suara dari belakang membuatkan darahmula berderau ke wajah Jawhara. Sungguh, dia lupatentang belakang. Lupa nak toleh ke belakang. Dansuara itu... 

 Ah! Suara itulah yang menjadi alasan kuat diatidak mahu menghadiri majlis ini sebenarnya. Taktahu kenapa. Dia tak boleh. 

Apa yang dia mahukan di hari pertama iniadalah cepat berakhir. 

"Tak bayar bil ke sampai tak balas mesej aku.Atau jawab call."Tak lama kemudian, kerusi ditarik di sebelahJawhara. 

Jawhara sedut nafas dalam-dalam. Dia tahumanusia ini sedang marah kepadanya.Tapi, marah manusia ini tak melebihi takatdidih orang yang bersamanya. Lebih baik Jawharamengelak sebelum ada meja terbalik di majlisperkahwinan sepupunya. 

"Kau selalu mesej tak kena waktu." Jawharasekadar memandang dengan hujung mata apabilamanusia itu duduk di kerusi yang ditarik tadi. 

"Di sana matahari dah atas kepala, Rara." 

"Dan di sini ayam masih tidur, Eid." PantasJawhara meningkah. 

"Sebab ayam masih tidurlah, aku kejutkankau." Eidlan tidak mahu mengalah.Tujuan utama dia pulang ke Malaysia bukansekadar menghadiri undangan, tetapi lebih kepadabertemu mata dengan Jawhara. Sahabat karibnyayang tiba-tiba sahaja menyepi. 

"Happy birthday, Jawhara." Kotak berbalutkertas berwarna merah disua di hadapannya. 

Mata Jawhara jatuh pada kotak itu. 

Bagusnya lelaki ini, dia tak pernah lupatentang dirinya. 

Saban tahun Eidlan menjadi orang pertamamengucapkan selamat hari lahir padanya. Cumatahun ini, Eidlan terlambat. Menjadi orang yangkedua dalam deretan senarai pengirim ucapan didalam WhatsApp. 

Ikutkan masih orang pertama, tetapi Jawharamembiar sepi panggilan yang diterima oleh Eidlanawal pagi tadi. Malah mesej pun tak berbalas. 

"Kau tak tertukar dengan hadiah untukpengantin, kan?"Eidlan tertawa dan menggeleng. 

"Untuk pengantin tak sekecil itu." KeningEidlan terangkat dengan bibir menjuih pada kotak yang diraih Jawhara.

Jawhara pandang sekeliling. 

"Mana Iffah?" 

"Kau nampak dia ada ke?" 

"Tak nampak itu yang aku tanya. Selalunyatak boleh berenggang." Dah bersedia dengan ayatsarkastik apabila sesi mereka berbalas soalan. 

"Dia tak ikut balik. Ada kelas." 

Kening Jawhara terangkat denganbibir mencebik. Sejak bila pula Iffah begitu baik hatimembenarkan suami kesayangannya terbang pulangseorang diri? 

"Nak kata isteri aku queen controllah tu."Eidlan meningkah kata hati Jawhara dengan jelingan. 

Jawhara tersenyum nipis. Bukan dia seorangberkata begitu. Tapi ramai. 

Sejak Eidlan bernikah, semua aktiviti sosialketika bujang dahulu jarang sekali ada sahabat ini.Kalau ada pun Iffah akan ada sekali. Dan, belumselesai satu pusingan boling dah merengek nak balik. 

"Setakat jam 12.00 tengah hari ini, dah berapa kali dia video call?" 

Eidlan tertawa. Tak susah Jawhara nakmenebak kelakuan Iffah.

Sayang, Di mana DiaWhere stories live. Discover now