Bab 1-2

127 10 0
                                    


"Jom, kita naik Genting sempena birthday kau."Tutup cerita kehidupan dia dan Iffah. 

Datang idea gila Eidlan. 

Dah lama dia dan Jawhara tak buat kerja spontan begini. Peluang yang ada ini, rugi jika dilepaskan.

Mata Jawhara terbuntang.

Walaupun nak ke puncak Genting dengan gaya pemanduan Eidlan tak sampai sejam pun bolehsampai. Sekelip mata boleh sampai pun, dia belum hilang akal lagi. 

Lagi setahun nak bertukar angka empat di hadapan masih nak berlagak seperti anak kecil terkinja-kinja bermain di taman tema.

Memang taklah! 

Yang terpenting, tak kuasa dia nak mengulang kenangan mereka di atas sana.

"Kenapa dah nak kahwin baru aku tahutempat ini wujud?"Bicara Eidlan menyentak ingatan saat mereka berlibur di atas sana.

Dialah puncanya. Gatal membawa Eidlan ke tanah tinggi itu. 

Gara-gara si bakal pengantin mahu ketenangan sebelum bertukar status keesokan hari.

"Sebelum kaki dan tangan aku diikat. Please,Rara. I need a break," rayu Eidlan ketika Jawhara mengajak pulang.

Eidlan bersungguh nak mencuba setiap permainan yang ada. 

Teruk sangat ke kahwin ni? Aku tengok adik beradik aku okey je." Jawhara merengus. Dia anggap Eidlan ni propa sahaja. 

Orang lain bukan main tak sabar nakmelangsungkan perkahwinan. Eidlan sebaliknya.

"Family kau sempoi. Kak long kau supporting." Eidlan angkat dua ibu jarinya. Betapa dia senang dengan keluarga Jawhara. Tak seperti keluarganya. Ibu dan bapanya terlajak protokol. Semuanya nak sempurna di mata orang.

"Nak masuk ke dalam dewan pun kena raptai berulang kali. Entah apa-apa." Eidlan mula tarik muncung.

"Kalau jalan masuk segak, tapi kalau masa akad tergagap-gagap sampai terpaksa berulang banyak kali tak guna juga!"

Tak semena-mena Jawhara tertawa dengan gaya Eidlan. Dia tahu Eidlan sedang bengang dengan persiapan yang dilakukan oleh kedua-dua belah keluarga. Dia kenal Eidlan. Tidak mahu berlebih lebihan. Cukup bersederhana. Tetapi untuk majlisperkahwinan dia, lain jadinya. Biar kena denganstatus keluarga Iffah. Takkan nak ala kadar sahaja.

"Jomlah! Sempat ni turun sebelum flight aku malam nanti."

Desakan Eidlan mengghaibkan kenangan mereka di Genting.

Jawhara angkat kepala apabila Eidlan sudahbangun berdiri. Dia merenung sahabatnya yang berlebihan teruja. Seperti baru sahaja mendapat pas kebebasan sementara. 

Flight malam. Benarlah telahannya.

Hari ini, Eidlan mendapat pas kebebasan sementara sebab itu terujanya lain macam.

"Tak boleh, Eid."

"Kenapa?" Bulat mata Eidlan. Jarang sekaliJawhara mengecewakan permintaannya.

"Aku datang ke mari dengan kawan."

Eidlan tercengang. Sejak tadi Jawhara duduk berseorangan. Mana datang celah kawan pula?

"Kawan?"

Bibir Jawhara menggaris senyum nipis. Dia angguk perlahan.

Kawan. 

Tergesa-gesa kawan itu bersiap apabila dia memberi masa 10 minit sahaja. Ketika melompat masuk ke dalam kereta, mengah pun belum hilanglagi. Jawhara bawa ke mari untuk menemani dia.

"Sorry, sayang. Terpaksa tunggu lama. Abang queue ambil kambing di luar sana." 

"Kenalkan ini, Hadi." Jawhara turut bangunberdiri. Berganjak merapati Hadi yang sedangmemegang pinggan.

"Abang, ini Eidlan. Suami Iffah, kawan Rara."

Kening Eidlan bertaut seketika.

Suami Iffah, kawan Rara.

Lain macam perkenalan Jawhara tentang dia pada lelaki itu. Dan, dia tak salah dengar. 

Sayang? 

Abang? 

Kawan. Tapi, Jawhara berabang sayang.

Hadi? Siapa Hadi?


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika ada yang berminat nak dptkan karya ini dan geng kombonya melalui saya boleh mesej di nombor 0126643076

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika ada yang berminat nak dptkan karya ini dan geng kombonya melalui saya boleh mesej di nombor 0126643076

p/s: save nombor ni 👆👆ya.. nombor yang sebelum ini anak dah memunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayang, Di mana DiaWhere stories live. Discover now