𝓜𝓲𝓭𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽 𝓡𝓪𝓲𝓷 | 14

6.6K 473 21
                                    

6 TAHUN KEMUDIAN.

Kelihatan ramai orang yang menghadiri pelancaran pameran lukisan terbaru daripada Hawa di Art Gallery, ramai wartawan serta orang-orang ternama menghadiri majlis itu.

"Okay ladies and gentlemen, we now present to you the new art from the famous artist which is you know who..."

"Hawa Davina."serentak itu tepukan tangan yang gemuruh mula kedengaran bersama cahaya lens kamera bila mereka melihat Hawa mula menaiki pentas mendekati lukisan yang masih ditutup dengan tirai.

"Sila berikan sepatah dua kata, miss Hawa."pinta emcee sambil menyerahkan satu mikrofon kepada Hawa.

Hawa senyum. Mikrofon itu bertukar tangan.

"Assalamualaikum and hai to everyone, I'm glad that many people is here for my latest art of painting and I appreciate it. So, my latest art is based on something that happened in my past and I use it as my inspiration."terang Hawa dengan senyuman manis masih terukir di wajahnya.

"Miss Hawa."salah seorang wartawan memanggil.

"Yes?"

"Adakah lukisan yang bakal kami lihat ini merupakan sesuatu yang unik? I mean we all know that all of your arts is unique in its own way, so boleh kami tahu pasal lukisan yang miss akan reveal sekejap lagi?"

"Well, saya tak pasti sama ada ia unik atau tidak kerana ia terserah pada pendapat masing-masing because not everyone love or hate it. It depends on ourselves."jawab Hawa tenang.

Wartawan itu mengangguk faham.

"So, are you guys ready for the reveal?"soal Hawa mendapat persetujuan dari semua tetamu yang hadir ke galeri seni itu.

Hawa mencapai satu tali kemudian dia terus menarik. Akhirnya, kain yang menutupi lukisan itu terlepas dan terpampang satu seni pada kanvas yang bersaiz sederhana besar.

Kedengaran tepukan gemuruh dari mereka semua, jurukamera pula sudah mula mengambil gambar apabila melihat seni yang berada di hadapan mereka.

Ia merupakan potret separuh wajah wanita yang matanya diwarnakan dengan pelbagai jenis warna seakan memberitahu yang terdapat banyak perkara yang terjadi dalam hidup wanita di dalam potret tersebut dan di wajah itu bersulam dengan cahaya seperti matahari, dalam masa yang sama juga ada kelihatan seperti kegelapan bersama hujan yang turun.

"Okay, you may take pictures and enjoy the rest of the arts in this gallery. Enjoy. Also, boleh makan dan minum di tempat yang disediakan serta jaga kebersihan galeri ini."emcee menyuraikan majlis dan memberi ruang untuk para tetamu bergerak melihat seni dan menikmati juadah yang disediakan.

Hawa turun dari pentas kemudian dia terpandang satu sosok tubuh kecil berpakaian tuxedo sedang berlari anak ke arahnya.

"Mama!"

"Niall!"Hawa melutut kemudian memeluk anak lelakinya yang berusia lima tahun itu. Itulah penguat Hawa hingga sekarang selain ibu dan daddynya, Daniall Zander.

"Handsome nya anak mama ni."pipi Daniall dikucup untuk beberapa kali, geram dengan anak dia ni.

"Mestilah, anak mama kan?"seloroh Daniall mengundang tawa Hawa.

"Congratulations anak daddy and ibu."Hawa mendongak dan memandang Tuan Davin yang sudah berdiri di hadapan dia bersama Puan Sri Nerizza.

"Umi bangga dengan anak ibu ni."Puan Sri Nerizza melepaskan rangkulan pada lengan suaminya lalu dia memeluk Hawa.

"Thank you, umi. Daddy."Hawa membalas pelukan ibunya kemudian dia memeluk Tuan Davin pula.

"Hello, are you forgetting me?"celah Daniall sambil berpeluk tubuh mengundang tawa mereka bertiga melihat si kecil tuxedo itu sudah muncung.

"Ala cucu tokdy ni, mana boleh lupa."

"Betul tu, mana boleh tokmi lupa cucu tokmi yang hensem ni."Daniall didukung oleh Puan Sri Nerizza.

"Nasib baik kata hensem, kalau tak Niall merajuk dua minit."semua ketawa sambil menggelengkan kepala, ada sahaja keletah yang si kecil itu.

"Miss Hawa?"

Hawa menoleh apabila ada orang memanggil.

"Yes?"

"Ada orang nak jumpa."

"Oh sure."Hawa memandang semula ke arah anak, ibu dan daddynya.

"Hawa pergi jumpa tetamu sekejap. Ibu dengan daddy pergi makan dulu, nak jalan-jalan kat galeri ni pun boleh."

"Okay."

"And you, hero mama. Jangan nakal sangat, okay? Duduk dengan tokdy and tokmi."pesan Hawa. Risau dia dengan Daniall kerana si kecil itu boleh tahan nakal juga kadang-kadang, suka menghilang dan buat orang risau.

"Yes mama, Niall turuti perintah my."kata Daniall, Hawa geleng kepala lalu mencium pipi anaknya itu sebelum dia berjalan untuk berjumpa dengan tetamu.

HAWA memandang ke arah satu sosok tubuh yang berdiri di hadapan dia dengan sejambak bunga.

"Congratulations for your new arts, sweetie."katanya sambil menghulurkan bunga itu pada Hawa.

Hawa kelihatan teragak-agak untuk menerima tapi dia ambil juga, orang dah bagi terima sajalah sebagai tanda menghormati pemberian.

"Thank you, Zade."ucap Hawa acuh tak acuh.

Zade Ilyas, salah seorang tokoh korporat termuda yang terkenal dalam dunia perniagaan. Mempunyai rupa paras yang kacak yang mampu mendapatkan wanita dengan sekali petik jari cuma lelaki ini...

"You dah fikir pasal lamaran I?"soal Zade.

"I rasa I dah bagi jawapan pada you since tahun lepas lagi, I tak boleh terima lamaran untuk jadi isteri you. Cari perempuan lain, Zade."kata Hawa dengan nada tegas untuk memberi lelaki ini peringatan.

Sudah setahun Zade melamar dirinya namun dia menolak untuk beberapa kali. Bukan Zade tidak baik cuma dia tidak terbuka untuk menerima lelaki. Tambahan pula, dia masih lagi diselubungi ketakutan dengan memori yang pernah menjadi mimpi ngeri kepadanya 6 tahun yang lalu.

"But please, Hawa. Bagi I peluang untuk bahagiakan you dengan Niall. Please terima lamaran I?"Zade masih lagi tidak putus ada untuk mengharapkan lamaran dia diterima oleh wanita itu.

"I'm sorry, Zade. I masih dengan jawapan I untuk menolak lamaran you but I appreciate kedatangan you ke galeri I ni sebagai tetamu."tegas Hawa, dia tidak mahu memberi Zade harapan.

"Lagipun, I hanya perlukan anak I dan family I untuk bahagia. I tak perlukan you sebab I'm already happy with them especially my son."sambung Hawa.

"I akan tunggu you sampai you kata yes, Hawa. I takkan pernah stop untuk jadikan you sebagai isteri I yang sah."Zade masih tidak mengalah, dia tetap dengan pendirian dia untuk menjadikan Hawa suri hidupnya.

Hawa menghela nafas sebaik sahaja Zade beredar dari situ, kenapalah aku dipertemukan dengan lelaki yang seakan memaksa aku untuk buat benda yang aku taknak?

Malas mahu berfikir, Hawa bergerak untuk melayan tetamu lain. Bunga yang Zade beri tadi dia letak di reception.

MIDNIGHT RAIN: JEBATWhere stories live. Discover now