𝓜𝓲𝓭𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽 𝓡𝓪𝓲𝓷 | 18

6.6K 474 14
                                    

"MAMA, Niall nak makan mcd boleh?"soal Daniall sambil menarik hujung blouse Hawa.

Hawa menunduk sambil tersenyum.

"Boleh, sayang mama. Jom."Hawa pimpin tangan anak lelakinya itu sambil mereka berjalan menuju ke McDonald's, ada beberapa orang yang meminati karya seni Hawa menegur wanita itu dan dia hanya membalas dengan senyuman.

Masuk sahaja ke dalam McDonald's, Hawa mendukung Daniall lalu diletak atas kerusi. Wanita itu melutut memandang ke arah anak lelakinya itu.

"Niall tunggu sini, mama pergi order makan. Okay?"

"Okay, boss."Daniall tabik hormat pada mamanya.

"Good boy."kepala Daniall dikucup sebelum Hawa bangun menuju ke mesin memesan makanan.

Daniall duduk sambil memandang sekeliling, kakinya dihayun ke depan dan ke belakang sementara menunggu Hawa membuat pesanan. Maklumlah budak kecil yang pendek lagi.

"Miss Hawa Davina, kan?"sapa satu suara membuatkan Hawa menoleh, ada beberapa orang lelaki dan perempuan yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Ya saya? Kenapa?"

"Wow, kami ingat salah orang tadi. Rupanya memang miss Hawa, kami ni peminat karya-karya cik and kami ada buat lawatan dekat galeri cik Hawa last week."ujar salah seorang dari mereka.

Hawa terus cuba memerah otak untuk ingat balik.

"Oh, you all ni yang dari UKM kan?"soal Hawa mendapat anggukan dari mereka.

"Boleh kami ambil gambar dengan miss? Kalau miss tak keberatanlah."salah seorang dari pelajar itu meminta izin.

"Boleh."terus siswa dan siswi itu berdiri bersama Hawa, mereka meminta bantuan salah seorang staff McDonald's untuk mengambil gambar. Ada beberapa gambar dipetik sebelum mereka mengucap terima kasih dan beredar dari situ.

Hawa pusing tubuh kemudian dia melihat Daniall yang sudah peluk tubuh memandang dia dengan bibir yang muncung, senyuman lucu Hawa ukir kerana dia tahu anak dia merajuk sebab lambat order makan.

"Ni kenapa ni mulut muncung itik dengan mama ni?"usik Hawa sambil mencuit lembut pipi anak lelakinya itu.

"Mama ni...kalau dah jumpa fans terus lupa Niall."rajuk Daniall.

"Mana ada lupa, Niall ni mama selalu ingat tau sampai mama tak boleh kalau Niall takde dengan mama."pujuk Hawa sambil mengusap sumber semangat dan inspirasi dia itu.

Daniall ukir senyum lebar, okay tak jadi nak merajuk.

Hawa duduk di sebelah anak lelakinya itu.

"Mama..."

"Ya saya?"

"Niall nak tanya something boleh?"

"Boleh, tanya apa tu sayang?"tangan Hawa mengusap rambut Daniall sambil menanti soalan dari si kecil itu.

"Niall ada papa tak, mama?"terhenti usapan Hawa bila Daniall bertanya begitu.

Terkedip-kedip mata wanita itu memandang wajah polos anak lelakinya.

"Kenapa Niall tanya?"soalnya perlahan.

"Sebab kat tadika selalu orang tanya kenapa mama je yang hantar Niall, Niall ni takde papa ke?"rasa macam dihempap batu besar bila Daniall berkata begitu.

'Macam mana aku nak jawab soalan ni?'hati Hawa berbisik. Budak itu terlalu muda untuk tahu siapa dirinya dan status dia sebagai seorang anak.

"Mama? Niall tanya ni."Daniall mencucuk lengan mamanya dengan jari telunjuk.

Hawa menarik dan menghembus nafas perlahan.

"Mama kan ada."

"Tapi-"belum sempat Daniall menghabiskan ayat, ada satu suara yang menyampuk membuatkan dua beranak itu menoleh memandang ke arah satu sosok tubuh yang sangat dikenali.

"Hai, Hawa. Hai, Niall."Zade duduk di hadapan Hawa.

"Zade? Apa yang you buat kat sini?"soal Hawa terkejut, Daniall pula diam memandang lelaki itu.

Zade ukir senyum.

"Takdelah, I kebetulan jumpa client kat One Utama ni. So, habis I jalan-jalan and ternampak you dengan Niall kat sini. Tak salah kan kalau I nak tegur?"

Hawa angguk kepala, dalam hati sudah menjerit kenapa dia jumpa lelaki ini lagi? Cukuplah semalam jumpa semasa pelancaran di galeri, takkan kat sini pun kena terjumpa?

Daniall dipandang di sebelah Hawa.

"Niall sihat? Lama uncle tak jumpa Niall."

"Sihat."jawab Daniall sepatah.

"Nak toys tak? Uncle boleh beli kalau Niall nak."Zade cuba mengambil hati Daniall, mana tahu ia boleh jadi kunci untuk dia mendapatkan Hawa.

Daniall geleng kepala.

"Mama boleh beli toys banyak untuk Niall."seloroh Daniall sambil memeluk lengan Hawa, dia rasa tak selesa dengan Zade.

"Ala...baru ingat nak belanja."Zade tayang muka sedih, hatinya pula sudah menyumpah bila budak itu tidak menerima apa yang Zade mahu buat untuknya.

"No need, Zade. I dengan keluarga I masih mampu nak belikan mainan untuk anak I. Tak perlu bazirkan duit you."datar sahaja nada yang Hawa gunakan, dia tahu ini sekadar taktik untuk dia menerima lelaki itu.

Zade marah tapi riak wajah cuba dikawal.

"Mama, lapar."Daniall mula mengusap perutnya.

"Sekejap lagi orang tu hantar, okay?"Daniall angguk kepala sebagai faham.

"You lunch kat sini?"Zade ubah topik.

"Yup."

"Kalau macam tu, I join sekali boleh?"pinta Zade.

Kalau ikut hati Hawa, mahu sahaja dia pergi tapi mengenangkan Daniall yang sudah lapar terpaksa juga dia memberi Zade keizinan untuk makan bersama mereka.

"Fine."Zade senyum lebar.

"Tunggu kejap, I pergi order makan. Jangan pergi mana-mana tau."pesan Zade tegas membuatkan Hawa rasa sebal, dia ingat dia suami aku ke nak arah aku suka-suka?

Seusai mereka makan, Hawa meminta izin untuk ke tandas sekejap. Dia pesan pada Zade untuk tengokkan Daniall sementara dia ke tandas, lelaki itu tersenyum dan menurut.

"Niall tunggu sini kejap, mama pergi toilet."Daniall akur dengan arahan syurga dia.

Zade memerhati sahaja Hawa yang berjalan ke tandas awam kemudian tumpuan dia kembali pada Daniall yang sedang ralit bermain telefon mamanya.

"Niall."Daniall mendongak.

"Ya, uncle?"

"Daniall taknak ke ada papa?"soal Zade.

"Nak."Zade senyum lebar.

"Niall nak tak kalau uncle Zade jadi papa Niall? Hari-hari uncle boleh ambil Niall kat sekolah and beli Niall banyak toys."Zade cuba memancing perhatian Daniall mengharapkan budak itu menerima tapi sebaliknya budak kecil itu menggelengkan kepala tidak mahu.

"Kenapa Niall taknak uncle jadi papa Niall?"

"Niall tak suka uncle."jujur Daniall buat Zade ketap rahang, terus dia rampas telefon dari tangan Daniall membuat budak itu terkejut.

"Apa ni uncle rampas telefon mama?"

"Kau ni sama macam mak kau, apa susah sangat untuk korang terima aku jadi sebahagian dalam hidup korang? Aku boleh bagi semua benda yang kau nak."bentak Zade tidak puas hati.

Daniall yang sudah ketakutan itu terus turun dari kerusi dan berlari keluar dari McDonald's tersebut.

"Niall!"Zade sudah panik bila budak itu lari, apa yang aku nak jawab dengan Hawa kalau dia tanya ni?

'Bodoh kau, Zade! Kau tak patut takutkan budak tu!'kutuk hati Zade.

"Mana anak I?"

MIDNIGHT RAIN: JEBATWhere stories live. Discover now