CHAPTER 3

31 11 0
                                    

SEJAK tadi Aira tiada hati mahu keluar dari bilik tidurnya. Dia duduk bersandar pada pintu. Sekilas gaun satin di tubuh dikerling. Warna putih dan mengikut lekuk badan. Ada belahan di tengah yang akan mendedahkan betisnya bila dia melangkah. Bahu putihnya juga begitu mencolok mata ketika ini. Rambutnya yang sudah panjang didandan kemas.



"Cik.. Tuan nak cik keluar sekarang."



Aira memeluk lutut dan menyembamkan wajahnya ke situ. Untuk sekian kalinya pintu bilik diketuk. Tubuhnya menggigil sedikit. Terkenang semula kehidupannya sepuluh tahun yang lalu. Riaya Safaira, gadis yang dibesarkan oleh nenek dan ayahnya yang tidak berhati perut. Memang sejak azali lagi dia jenis yang suka meminggirkan diri daripada orang ramai walaupun hakikatnya dia pelajar berpotensi tinggi.



"Cik.."



"Saya tak nak keluar." Aira menekan keras suaranya.



Dibiarkan detik berlalu sehinggalah pembantu rumah itu mengeluh dan berlalu pergi. Masih banyak lagi kerja yang perlu dia lunaskan. Tetamu Tuan Mikha kali ni memang ramai daripada biasa. Semuanya ialah orang-orang berada yang berpengaruh. Untuk apa? Dia tidak mahu masuk campur. Peraturan orang rumah, jangan banyak tanya.



"Aku tak suka baju ni. Rian.." Aira meraup rambutnya yang terjuntai ke belakang kepala. Dia masih lagi statik pada posisinya. Sudah tiga hari Rian tidak munculkan diri. Katanya ada urusan yang Tuan Mikha nak dia langsaikan. Tiada mesej mahu pun panggilan daripada Rian untuknya. Aira jadi risau. Tuan Mikha bukan orang yang calang-calang. Lagi satu, kalau dia buat kerja, dia tidak suka kotorkan tangan sendiri. Lelaki tua tu lebih suka mengupah orang bawahannya yang selesaikan.



"Mana anak perempuan saya?"



"Dia tak nak keluar, tuan. Rasanya Cik Aira tak sihat."



Aira memasang telinga. Entah kenapa kalau bab-bab Tuan Mikha, sarafnya akan terasa kejung. Bencinya pada lelaki itu sampaikan kalau diarahkan berbuat sesuatu, dia akan akur. Akurnya dengan hati yang kosong.



"Aira, keluar sekarang. Dah setengah jam majlis berlalu. Sekejap lagi ayah nak bagi ucapan sepatah dua kata." Tuan Mikha mengetuk perlahan pintu bilik Aira. Roman wajahnya tenang sahaja. Bahkan tiada secebis api amarah pun yang disimpan saat ini. Baginya sekarang, dia nak Warith bertemu dengan satu-satunya 'anaknya' itu.



"Aira..."



Gadis itu akur. Tubuhnya menggigil ketika dia berdiri untuk membuka kunci pintu. Tika ini, Tuan Mikha dan pembantu rumah tadi, Ana berdiri di hadapannya. Kedua belah bahunya disentuh perlahan sebelum tangan tua itu naik menekup pipi Aira lembut. Mata tua itu memandang wajah 'anaknya' penuh kasih. Aira hanya statik bagai patung manikin.



"You look gorgeous, darling." Tangan Aira dicapai sebelum tangan tua itu mendarat di pinggang Aira. Tidak dihiraukan wajah Aira yang tampak jelas kelatnya. Belum beberapa tapak mereka melangkah, Ana di belakang sudah pun ditarik oleh dua orang bawahan Tuan Mikha. Aira jadi cuak bila melihat mulut Ana ditekup.



"Mereka nak bawa Ana ke mana?" Langkah Aira terbejat. Buntang matanya melihat tubuh kecil itu diangkat masuk ke tingkat atas. Jeritannya semakin kelam. Hanya tuhan sahaja tahu betapa berdebarnya jantung Aira tika ini.



"Tak payah ambil tahu. Dia cuma tak sempurnakan satu tugas dengan baik. It's just a gift from me." Tuan Mikha menjawab tenang. Mata tuanya mengerling sekilas ke tingkat atas. Sudah tidak ada lagi suara pekikan daripada gadis muda itu. Aira bungkam.



"Ni semua salah Aira. Aira yang.."



"Ini bukan salah sesiapa melainkan Ana. Kalau dia berjaya buat Aira keluar dari bilik tu tadi, semua ni tak akan jadi." Tuan Mikha tersenyum nipis. Aira tidak membalas. Tuan Mikha, dari dulu sampai sekarang memang gila! Lelaki itu tidak pernah memukulnya tetapi akan melepaskan amarah pada orang lain, manusia yang tidak bersalah!

BLACK LISTWhere stories live. Discover now