CHAPTER 8

18 9 0
                                    

MEREKA yang menyaksikan pertarungan itu bersorak kuat. Di kawasan bangunan terbengkalai itu jugalah yang menjadi pilihan mereka. Budak-budak samseng daripada pelbagai jenis sekolah, menengah atas mahu pun menengah bawah berkumpul di situ.



Memang mereka betul-betul menikmati pemandangan di hadapan. Peraturannya senang sahaja. Setiap kumpulan harus membawa sekurang-kurangnya satu orang budak sekolah yang bukan daripada kumpulan masing-masing untuk bertarung dengan wakil yang dihantar oleh kumpulan lain. Yang pastinya, budak-budak lembab, penakut atau pun lembik menjadi pilihan.



"Lembiklah kau ni Wang! Tumbuk lagi!" Keramaian bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh pelajar itu. Awang, budak menengah bawah itu mulai menunjukkan tanda-tanda hendak pitam. Bukan pilihannya untuk datang ke sini. Dia dipaksa dan diugut. Walhal lawan di hadapannya dua kali ganda lebih besar daripadanya.



"Hempap kepala dia pakai kerusi tu!"



"Peraturan tak membenarkan sebarang objek dijadikan senjata!"



"Hoi! Kau orang nak budak kami mati ke?!"



"Pengecutlah!"



Tumbukan terakhir tepat mengena pada batang hidung Awang. Bibirnya merekah mengalirkan cecair merah masin. Saat dia menekup hidungnya yang pedi itu jugalah lawannya mengambil peluang. Kaki galah itu menendang kuat pada bahagian perut dan Awang jatuh tersembam pada tanah. Sorakan bertambah kuat.



"Aku minta maaf Wang.. aku terpaksa." Daus mengesat peluh di wajahnya. Seperti Awang, dia juga menjadi mangsa keadaan. Seluruh urat sarafnya sakit-sakit. Isi perut terasa ingin dimuntahkan kerana loya.



"Kau janganlah nak tunjuk pondan sini, Daus! Alah.. dia ni!"



"Daus menang! Siapa lagi nak lawan?!"



"Aku nak bagi budak kami!" Salah seorang bersuara lantang. Menepuk-nepuk bahu pelajar lelaki tingkatan empat di sebelahnya. Umurnya sahaja 16 tahun tetapi tubuhnya kecil seperti kurang zat. Ada antara yang melihat terbahak-bahak mengetawakan pelajar itu.



"Tak mencabar langsunglah! Hantar Nir! Nir ganas!"



"Nir mana satu? Yang kenit atau yang tinggi?!"



"Nir tinggi!"



"Mati Daus nanti! Tak payah!"



Mereka hambur tawa lagi. Daus yang dikenal sebagai lelaki lembut itu ditolak-tolak bahunya. Sejujurnya, Daus cukup bersyukur bila Nir tidak dijadikan lawan beradu tenaganya. Khabar angin tentang Nir sahaja sudah cukup membuatkan jantungnya hampir tercabut dari tangkai.



"Siapa sebut nama aku?" Nir yang baru sahaja sampai ke tapak pertarungan menyoal sombong. Tingginya 185 sentimeter dan berkulit kuning langsat. Ada parut pada leher kirinya. Dia bukanlah ketua pada mana-mana kumpulan tetapi namanya sahaja cukup digeruni. Orang gelar dia Nir padahal nama penuhnya ialah Nirzam Hayyan.



"Siapa yang mulakan pertarungan ni?"



Bergema sahaja suara garau itu, masing-masing terus terdiam selajur memanjangkan leher ingin melihat. Ketua pengawas sekolah daripada sekolah Daus itu mencampakkan sebuah beg sandang ke tanah. Isinya berterabur keluar. Rokok dan minuman keras ditayangkan.



"Siapa yang seludup beg ni masuk kawasan sekolah?" Pandangan matanya memanah pada sesiapa sahaja yang memandang. Anehnya, tiada satu orang pun yang berani bersuara. Soalan pertama dan kedua dibiarkan bergantungan tidak berjawab.

BLACK LISTحيث تعيش القصص. اكتشف الآن