EP 11 👑

36 9 0
                                    

KING

Ep 11

Jeonghan mengunci pintu biliknya dengan laju dan mengeluarkan suatu peta yang dia terjumpa di dalam gudang pada misi petang tadi.kelihatan kertas itu sudah kotor terkena darah yang sudah kering.ada beberapa kawasan yang dibulatkan dengan marker merah.apa maksud disebalik bulatan ini?

Jeonghan:jangan jangan..

Dia mula duduk di meja kerja dan menaip sesuatu di laptop kecil.Tiga bulatan merah itu menunjukkan tiga lokasi di Bandar Queen.keningnya dikerutkan sambil belakangnya disandarkan di kerusi berpusing itu.

Jeonghan:permainan apa yang ayah nak main sekarang?tak mungkin mereka saja saja nak jatuhkan peta ni.aku bukan terlalu naif

Kemudian dia mengerutkan muka dan melihat luka di perutnya yang semakin sakit.ergh tak guna!baru sahaja dia ingin menyapu ubat,kedengaran bunyi ketukan dari luar pintu bilik.dia mengeluh sambil menahan pintu itu dari terbuka.

Hoshi:jeonghan?kau dah tidur ke?aku cuma nak cakap..aku nak mintak maaf kalau aku ada buat kau terasa sebelum ni.aku ada buat salah ke sampai kau tak nak bercakap dengan aku?jeonghan?

Jeonghan kekal mendiamkan diri dan semakin lama suara hoshi semakin menghilang.mungkin sudah beredar ataupun sudah masuk tidur.

Jeonghan:(dalam hati:aku kena bagitau mereka pasal hal ni sebelum muncul lagi kes pembunuhan dekat bandar Queen)

________________•________________

Hoshi masih tidak dapat melelapkan mata dan membuat keputusan untuk membakar rokok di luar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hoshi masih tidak dapat melelapkan mata dan membuat keputusan untuk membakar rokok di luar rumah.entah kenapa..kata kata jeonghan tempoh hari membuatkan dia rasa tertanya tanya

"Dendam?"

Kemudian kepalanya ditoleh kebelakang apabila merasa bahunya dicuit oleh seseorang.ji hyo?dia mengukirkan senyuman melihat gadis itu yang mula duduk di sebelahnya

Ji hyo:kau tak tidur lagi?esok pagi kan kena bangun awal.nanti tak memasal tak cukup tidur.lepastu bahu aku jugak yang jadi bantal kau.

Hoshi:kau ni..saja nak hiburkan aku malam malam buta macam ni.maaf tapi kalini aku tak terhibur

Ji hyo:aku tau.jadi,ada benda yang kau nak kongsi dengan aku?selalunya kalau kau ada masalah,mesti kau akan duduk luar sorang sorang tengah malam.

Hoshi:aku tak tau samada aku sorang je yang rasa benda ni.tapi harini,jeonghan betul betul berkelakuan pelik.maksud aku,'seakan akan' dia tengah rahsiakan sesuatu dari kita

Ji hyo mengerutkan kening dan kekal memandang rakannya itu,

Hoshi:ji hyo,apa yang aku nak cakap..jangan sesekali cuba nak cari pasal dengan manusia yang..kita nampak je dia ceria dan suka bergelak tawa,tapi mungkin satu side lagi kita tak tau

Ji hyo sukar untuk menghadam kata kata rakannya itu.beberapa saat,dia mula teringat tentang leher jeonghan yang penuh dengan luka yang seakan akan seperti ditoreh dengan pisau.

"Guys!"

Mereka terkejut apabila jeonghan tiba tiba muncul dan berdiri di belakang mereka.wajah lelaki itu agak serius dan membuatkan mereka tertanya tanya

Jeonghan:maaf menganggu.tapi ada benda penting yang aku nak bagitau.

Setelah semua sudah berkumpul di ruang tamu,jeonghan mula meletakkan suatu peta di atas meja.bau darah kering yang melekat di kertas itu membuatkan kai hampir termuntah.hoshi mengerutkan muka sambil melihat peta itu yang agak lusuh dan konyok.

Ji hyo:dekat mana kau jumpa peta ni?

Dia terus memegang peta itu dan matanya fokus meneliti setiap bulatan merah yang ditanda.nampaknya ada tiga tempat yang 'di highlightkan'.Balai Polis Lama,Kelab Malam,dan Hotel Queen.

Ji hyo:tapi apa kaitan dengan balai polis lama?

Bersambung

KINGWhere stories live. Discover now