BAB 61

8.1K 279 38
                                    

Aiman memandang Ain yang sedang bermain dengan Aliya di tepi kolam renang. Kak Nurul juga seronok bermain bersama anak buah kesayangannya itu. Setiap kali mereka balik ke rumah Dato Syukri mesti wanita itu akan cuba 'menculik' anaknya.

Sejak beberapa minggu ini Aiman dan Ain membuat keputusan untuk menjenguk Dato Syukri dengan kerap. Selepas kes Rosalina tempoh hari, kesihatan Dato Syukri tidak berapa baik. Doktor pun memberi nasihat agar Dato Syukri sentiasa menjaga kesihatan jantungnya.

Aiman tahu ayahnya itu masih terkilan dan rasa bersalah yang menggunung dengan apa yang terjadi dengan keluarga ini. Walaupun Dato Syukri sudah sah bercerai dengan Rosalina, namun rasa malu dan segan dengan anak2nya masih ada. Terutamanya dengan Aiman dan Nurul. Sehingga sekarang ayahnya itu kurang bercakap. Lelaki itu hanya banyak berdiam diri.

Aiman tertanya-tanya apa yang difikirkan ayahnya itu.

Selepas beberapa minit melayan perasaan, Aiman bangun dari kerusi yang berada di tepi kolam renang itu. Dia menuju ke arah Ain.

"Honey, hubby masuk sekejap, eh."

Ain menoleh apabila suaminya bersuara. Dia tersenyum lalu mengangguk perlahan. "Okay. Hubby rehat la kat dalam. Nanti honey masuk."

Aiman tersenyum lalu dia mencubit pipi Aliya yang sedang tersengih memandangnya. Si kecil yang sedang terapung di atas air dengan pelampung mini itu seronok menepuk air di sekelilingnya.

Aiman mula menuju ke dalam lalu matanya melilau ke sekeliling. Sebenarnya Aiman mahu memeriksa keadaan Dato Syukri. Sejak tadi dia jarang nampak ayahnya itu. Aiman mula menaiki tangga ke tingkat 2. Sebaik saja dia tiba di situ, kelihatan ayahnya sedang berada di balkoni sambil termenung memandang ke luar.

Aiman mengeluh sedikit. Begitulah Dato Syukri sejak kebelakangan ini. Lelaki itu banyak termenung dan bersendirian. Aiman tidak tahu apa yang bermain di fikiran ayahnya. Dia risau jika ayahnya terlalu melayan perasaan yang negatif sehingga kesihatannya terjejas.

"Ayah."

Dato Syukri menoleh ke belakang apabila kedengaran Aiman menegurnya. Dia hanya tersenyum sedikit memandang anak lelakinya itu. Kemudian, dia kembali memandang ke depan, melihat pemandangan di hadapan mata.

"Ayah buat apa sorang2 kat sini? Let's join us. We're playing by the pool."

Dato Syukri hanya menggeleng mendengar ajakan Aiman. Dia mengeluh sedikit lalu duduk di kerusi yang disediakan di balkoni itu. Kemudian, Dato Syukri menepuk sedikit kerusi kosong di sebelahnya, menyuruh Aiman duduk di situ.

Aiman hanya akur dengan permintaan ayahnya lalu dia duduk di situ. Matanya memandang Dato Syukri yang masih termenung menghadap pemandangan dari atas itu.

"Ayah, ayah okay ke? Kenapa sejak kebelakangan ni Aiman tengok ayah banyak mengelamun. You're always alone. Ayah ada masalah ke? Or...is it me? Did I do something wrong?"

Dato Syukri segera menggeleng. Dia menunduk ke bawah dengan wajah sayu. "No, no. Don't say that, son. If there's someone to blame....it's me."

Aiman mengeluh perlahan. "Ayah, we told you. You don't have to feel guilty anymore. We forgave you. If you keep being like this, I'm afraid you'll get sick."

Mendengar nasihat Aiman membuatkan Dato Syukri mengangguk perlahan.

"Ayah tahu. Cuma...ayah masih rasa bersalah. It's hard to throw this feelings away. Ayah...ayah dah janji dengan arwah ibu kamu untuk jaga kamu berdua. Tapi...apa yang ayah buat...ayah hanya buat kamu berdua menderita. Kalau ibu kamu tahu...mesti dia kecewa dengan ayah. Kalau ibu kamu masih ada, mesti semua ni takkan jadi..."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now