Secret•02•

122 15 1
                                    

Nara dan Hyunjin duduk di cafe utama yang berada di tengah tengah bangunan SNU untuk mengisi perut mereka memandangkan kelas mereka hari selasa itu hanya disebelah pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nara dan Hyunjin duduk di cafe utama yang berada di tengah tengah bangunan SNU untuk mengisi perut mereka memandangkan kelas mereka hari selasa itu hanya disebelah pagi.

Sudah lama rasanya mereka berdua tidak makan di cafe utama itu memandangkan cafe itu selalu penuh kerana menjadi tempat para mahasiswa dan mahasiswi dari semua fakulti berkumpul untuk makan.Entah kenapa hari ini Nara tiba tiba ingin makan di sini. Mungkin kerana rindu dengan suasana riuh seperti itu. cafe di bangunan fakulti mereka juga riuh tapi tidak setanding riuhnya di sini.

"Nara.. nak isi ayam ni tak?"

"Tiber je kau ni nak bagi aku makanan kau."

"Nahh.. mulut aku sakit lagilah. Tak boleh nak suap makanan keras."

"Ada untung jugak eh aku kalau kau gaduh.. dapat makanan free." Hyunjin terkekek lalu mengerang kecil kerana luka di bibirnya terasa pedih.

"Oke tak ni?ke kau nak makan bubur?"

"tak nak."

"Sini aku tengok.."Nara mendekatkan wajahnya pada Hyunjin untuk melihat luka di bibir lelaki itu. Hyunjin pula hanya kaku sahaja..

"Sikit masa je lagi sihat lah tu."

"Harap macam tu lah.."

Saat sedang mengunyah nasi sambil melilau melihat sekeliling, Nara menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang sangat dia kenali. Siapa lagi kalau bukan Lee Haechan, si gila yang memegang jawatan presiden bagi faculty Accountancy. Si gila itu jugalah yang tidak tahu malu semalam meminta Nara tolong untuk merawat luka di wajahnya.

Haechan dan dua lagi kawannya, Renjun dan Jeno jalan ke arah meja mereka sambil membawa dulang berisi makanan.

"Eh.. jumpa kat sini pulak."tegur Haechan.

Riak wajah Hyunjin berubah bengis.. Nara yang duduk di hadapannya terus menendang perlahan kakinya agar menyedarkannya bahawa mereka saat itu berada di hadapan mahasiswa dan mahasiswi fakulti lain. mungkin juga ada lecturer di cafe itu.jadi berdiam diri adalah lebih baik daripada melayan si gila itu.

"Dating ke? Cik Nara??"tanya Haechan.

Nara menjeling sahaja tanpa menjawab pertanyaan Haechan.

Memang gila.. di mana mana sahaja lelaki itu akan mencari pasal. Seolah olah dia tidak sayangkan nyawanya sendiri.

"Marah nampak.. lek lah. Aku tegur je.. bertegur sapa tu kan boleh eratkan silaturrahim."

"Silaturrahim bapak kau."jawab Hyunjin geram sambil menggenggam gelas plastik di tangannya.

"Hyunjin.."tegur Nara.

"Bapak aku nama dia bukan silaturrahim."

"Korang datang sini nak makan kan? Pegilah cari meja kosong then makan dengan tenang kat sana. Tak perlulah nak cari pasal kat meja orang lain."ujar Nara sambil menunjukkan riak wajah tidak suka.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now