Secret•32•

74 12 1
                                    

Di pagi hari berikutnya, Haechan turun dengan memakai kemeja putihnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di pagi hari berikutnya, Haechan turun dengan memakai kemeja putihnya. dia melirik ke arah bilik kerja ayahnya untuk melihat sama ada ayahnya ada di sana atau tidak..

"ayah tak ada. semalam dia pergi memancing dengan kawan dia.. katanya tengah hari baru pulang."tegur ibunya.

"memancing? tak tahu pula ayah suka memancing."

"hobi baru katanya. oh ya, dia suruh ambik dokumen kat bilik kerja dia."ujar sang ibu sambil menyediakan sarapan ringan untuk mereka berdua.

Haechan pun berjalan ke bilik kerja ayahnya dan melihat dokumen yang dia berikan pada ayahnya kemarin terletak kemas di atas meja laptopnya. dia pun membuka helaian terakhir dokumen itu dan terus tersenyum saat melihat sebuah tandatangan milik ayahnya sudah diturunkan di sana.

Haechan pun meletakkan dokumen itu ke dalam begnya lalu bergerak ke meja makan untuk sarapan. 

"Haechan.. pasal Jieun dengan pernikahan kamu..."

Haechan terus memandang ibunya. takut sekiranya ibunya tetap memilih untuk mempertahankan pernikahan itu.

"ibu dah bincang dengan ayah semalam.. mulai hari ini kami takkan paksa kamu untuk kahwin dengan Jieun. kamu tak perlu risaukan hal pernikahan ni lagi. ayah dengan ibu yang akan berjumpa dengan keluarga Moon dan meminta maaf."

"ibu.. kalau hanya kamu berdua yang pergi berjumpa dengan diorang.. apa yang diorang akan fikir tentang Haechan nanti? Haechan tak nak diorang fikir yang anak ibu ni tak bertanggungjawab. Haechan akan ikut kamu berdua.. kita bertiga pergi sama sama."Haechan memegang tangan sang ibu lalu tersenyum.

"ibu rasa bersalah dengan kamu nak.. kamu dah banyak tanggung sakit selama ni."

"ibu.. Haechan pun nak minta maaf sebab kata kata Haechan semalam.Haechan ta-"

"sudahlah.. jangan cakap pasal tu lagi. kita dah selesaikan hal ni kan.. sekarang ibu nak kamu fokus urus syarikat. selesaikan perjanjian kamu dengan K Interior Design dulu."

"baik ibu.."

"satu lagi.."

"ya?"

"ayah kamu dah nak pencen."

"kamu berhak dapat kebebasan untuk mengelola syarikat tu sendiri mulai dari sekarang. kamu sendiri fahamkan.. kamu dengan ayah kamu takkan boleh bekerjasama kalau dua dua ada ego tinggi."Haechan mengangguk kecil.

"Haechan tahu ayah masih marah sebab Haechan tak dapat penuhi kehendak dia dalam hal percintaan."

puan Lee terkekek kecil..

"dia nak kamu jadi sempurna dengan caranya sendiri. ayah sangat menyayangi kamu.. tidak lebih dan tidak kurang dari sayangnya dia dekat adik kamu. cuma dia tak sedar yang sayang dia tu dah buat kamu tercekik selama ni.ibu harap kamu boleh bagi ayah kamu masa untuk terima yang kamu cintakan anak gadis di rumah sebelah."

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now