Secret•20•

77 10 0
                                    

Nara yang kepenatan lepas membantu ibu dan ayahnya di bawah memutuskan untuk naik dan berehat memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nara yang kepenatan lepas membantu ibu dan ayahnya di bawah memutuskan untuk naik dan berehat memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Buka sahaja pintu biliknya, gadis itu terkejut melihat sosok seorang lelaki yang selalu datang tanpa diundang.

Nara terus menutup pintu biliknya dan menguncinya dari dalam.

"Lee Haechan.."dia membuka selimut yang sedang dipakai Haechan yang masih tidur dengan nyenyak.

"Hmm.."lelaki itu hanya bergumam sahaja tanpa ada tanda tanda ingin bangun dari tidurnya.

"Bangun..bangunlah.."

Tangan Haechan ditarik agar dia terduduk.

"Kenapa lama sangat kau kat bawah?"tanyanya sambil menggosok gosok matanya.

"Kau ni kenapa tiba tiba tidur sini? Kau dah gila ke?"

"Aku rindu"Haechan terus menarik dan memeluk pinggang Nara yang sedang berdiri di hadapan katil.

Nara perasan yang ada lima botol tin bir tepi katil Nara.. dahinya terus berkerut kerana selama ini dia tidak pernah meminum alkohol di dalam biliknya kerana tidak ingin mencemarkan bau biliknya.gadis itu terus mengangkat wajah Haechan yang merah.

"Kau mabuk? kat bilik aku?? Lee haechan ka-"Haechan menarik Nara duduk di atas katil..

"Maafkan aku.."bisiknya

"Kau kenapa ni?Haechan.."

Nara cuba menolak Haechan yang memaksanya baring di katil dan naik ke atas gadis itu tetapi Haechan tidak pernah kenal erti mengalah..dia tidak mempedulikan Nara yang meminta untuk dilepaskan.

Kedua dua tangan Nara diangkat ke atas dan dikuncinya dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya mengusap pipi Nara yang lembut dan halus. Mata mereka berdua bertembung. Pandangan mata Haechan yang seakan akan merayu berjaya membuatkan Nara tunduk dengan kemahuan lelaki itu.

Haechan mendekatkan wajahnya dengan Nara sambil menutup mata.mereka berdua boleh merasa hembusan nafas masing masing saat wajah mereka semakin dekat. Keningnya terangkat selepas dapat merasakan bibir lembut Nara lagi setelah sekian lama.. tangan kirinya yang tadi menahan tangan Nara pun dilepaskan. Haechan memasukkan kedua belah tangannya di belakang kepala Nara dan mengusap pipi gadis itu..

Ciuman itu tidak berlangsung lama.. Nara yang merasa tangan nakal Haechan seakan akan ingin turun dari kepalanya terus menggigit bibir bawah Haechan dan membuatkan lelaki itu mengerang kecil. ciuman pun dilepaskan dan Nara terus menolak tubuh Haechan ke tepi.

"Nara sakitlah.."lelaki itu memegang bibir bawahnya menjadi mangsa gigitan gadis itu.

"Siapa suruh?"Nara duduk dan memandang Haechan dengan pandangan amarahnya.

Haechan menghela nafas kecil. dia baring sahaja sambil memandang siling bilik.

"Kau tau tak kaulah lelaki pertama yang minum benda ni dalam bilik aku..even aku sendiri pun tak pernah minum kat sini tau."bebel Nara sambil mengambil satu persatu tin bir itu.

Secret [LeeHaechan]Where stories live. Discover now