𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀| 19

205 31 0
                                    

SEDARI tadi Qaisara asyik ke hulur dan ke hilir. Tak duduk walaupun seminit. Hatinya kian resah apabila bayangan Daniel masih tiada dalam rumah. Biasanya jejaka itu menjadi orang pertama yang muncul di depan muka pintu rumah, namun posisinya diambil oleh Ian.

Tu pun tak lama. Selepas dua minit berlalu, Ian terus angkat kaki bersama abangnya, Arash Quzair. Pergi ke mana pun dia tak tahu. Yang pastinya abangnya ada pesan supaya jaga diri. Mulanya dia agak pelik dengan pesanan abangnya namun dia turutkan juga. Mungkin ada sebab di sebalik pesanan ganjil itu.

Hmm entahlah. Dia cuma perlu bersangka baik sahaja. Yelah kut ada orang jahat nak serbu rumah agam yang mewah ni kan?

Harap tak adalah sebab dia bukan anak tuan rumah ni. Dia dan Arash hanya menumpang kejap je sementara menunggu ibu bapa mereka pulang dari luar negeri. Hari tu, tunggu ibu bapa balik dari mengerjakan umrah, sekarang tunggu mereka lagi?Mohonlah kali ni ialah kali terakhir. Dia dah serik duduk sini selepas pemergiaan Dylan seminggu yang lalu.

Tak lupa juga, Ian turut meninggalkannya bersama dengan sebuah permintaan kecil. Permintaan Ian ni juga buatkan dia dilanda kehairanan. Ada pula Ian suruh katakan pada Mikael bahawa jejaka itu tidak dapat menyertai kesemuanya. Kalau Mikael tanya asbab, katakan pula sebab kurang sihat. Adehlah, kelentong kuat si Ian ni.

Sedangkan sihat walafiat je. Siap boleh keliling rumah yang luas ini. Bukan main ek...

Tergeleng perlahan kepala gadis itu. Tawa kecilnya meletus menghiasi suanana rumah agam yang suram.

Apabila tawa kecilnya berkurang, iPhone kesayangan dicapai untuk mendail nombor Daniel. Sebelum itu, sempat jarinya mengetik button unblock pada chat nya bersama Daniel di Whatsapp.

Banyak kali juga dia menghubungi Daniel, namun hampa. Hanya bunyi suara operator yang kedengaran pada panggilan tersebut.

Qaisara mendecit kasar. Suara operator yang menyakitkan telinganya sekali gus hatinya buatkan dia membaling iPhone tersebut di dinding bilik tetamu yang dikhaskan untuk tetamu wanita. Bengang.

"Ergh serabut," gumam Qaisara perlahan. Kepalanya disebamkan pada bantal putih yang selalu menjadi alas kepalanya ketika tidur.

"Abang, Qai perlukan bantuan abang !" Jeritnya pada bantal tersebut. Ditumbuk berkali- kali sebelum dicampakkan pada pintu bilik. Tertekan mindanya memikirkan keberadaan Daniel.

Sesekali iris cantiknya mengerling tingkap bilik yang sudah dilindungi oleh langsir.

Malam semakin larut namun sayangnya Daniel masih belum muncul.

"Fikir Qaisara fikir," ujarnya pada diri sendiri. iPhone yang dilempar pada dinding dicapai. Dia menghembuskan nafas lega melihat kondisi telefon pintarnya masih elok untuk digunakan. Cuma kelihatan retak sedikit pada skrinnya.

"Hmm Mikael..." Tiba- tiba nama adik kembar Haziq Daniel muncul di bibirnya buatkan dia tersenyum nipis. Iya, dia perlu hubungi Aryyan Mikael. Mungkin saja Mikael dapat membantunya mencari Daniel.

Tanpa membuang masa, jarinya terus menekan nama Mikael yang berada dalam senarai contact. Telefon dilekapkan pada telinga tatkala melihat ringing di permukaan skrin.

"Ya, helo blossom. Kenapa call aku ni?" Soal Mikael dengan suaranya tenggelam timbul. Mungkin kebisingan yang terhasil di belah pihak jejaka tersebut.

"Awak kat mana ni Mika?" Tanpa bertegur terlebih dahulu, mulutnya laju menayakan soalan.

"Hmm, kenapa kau tanya? Aku masih ada kat pejabat," balas Mikael datar.

"Mika..." Seru Qaisara perlahan. Lagi kuat cengkaman tangannya pada telefon pintar kesayangan.

"What? Anything you want from me? Just say it, Qaisara. Don't waste my time. Aku tengah sibuk," soal Mikael sekali lagi. Kali ni dengan nada sedikit kasar. Seakan mendesak Qaisara untuk berbicara dengan sempurna.

𝐎𝐆| His Beautiful RingoWhere stories live. Discover now