𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀| 27

135 29 2
                                    

HIS BEAUTIFUL RINGO

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

.....

SEJURUS menunaikan solat subuh, Qaisara turun ke dapur. Hanya dia seorang. Dia sudah ajak Daniel agak turun bersamanya. Namun jejaka itu memintanya untuk turun dahulu. Ada urusan yang patut diselesaikan katanya.

Sampai saja di ruang tamu, mata Qaisara meliar sekeliling. Keningnya bercantum pelik. Masakan tidak dia hairan kerana pagi- pagi lagi wajah sempurna Mikael menghiasi pandangan. Jarang sekali dia nampak Mikael bangun di awal pagi melainkan kalau kembarnya kejutkan. Tu pun masih liat nak bangun.

Mikael yang perasan kehadiran isteri abang kembarnya terus melangut kepala. Segala kerjanya diletakkan di tepi. Skrin telefon terpadam saat dia menutup alat peranti elektronik tersebut.

"Awalnya pengantin baru bangun," tegur Mikael seraya ketawa kecil. Dia menghadiahkan Qaisara segaris senyuman nipis.

Qaisara sengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Kekok pula dirinya apabila disapa oleh Mikael sedangkan sebelum ni elok je. Mungkin dia masih dalam mood cuba sesuaikan diri yang dia kekal mutlak menjadi hak Haziq Daniel.

Kepala Qaisara menoleh ke tepi. Dia menjeling dapur yang diterangi lampu sebelum mengalihkan pandangan ke arah Mikael. Tetapi sekejap saja. Matanya tercari sesuatu namun dia tidak pasti apakah yang dicari.

"Cari saya ke blossom?" tanya Mikael apabila perasaan Qaisara tercarikan sesuatu. Isteri abangnya itu asyik memandang ke kanan dan ke kiri. Naik hairan pula dia melihatnya.

Qaisara berfikir sejenak sambil mengetuk dagu sendiri. Direnung wajah Mikael yang sudah berkerut dahi memandangnya.

"Mama ada kat dapur?" tanyanya. Haah, mama yang dia sedang cari sekarang.

"Ada. Kenapa?"

"Tak adalah. Saya nak tolong mama. Itu saja," jelas Qaisara. Jari jemarinya saling memaut lalu kedua- dua tangannya tercantum.

Bulat mulut Mikael membentuk huruf 'O'. Kepalanya dijatuhkan beberapa kali tanda faham dengan alasan Qaisara.

"Ouh tapi tak perlu lah, blossom. Mama dah pesan dekat aku supaya kau tak perlu masuk dapur hari ni. Kau kan masih dalam fasa pengantin baru lagi," terang jejaka itu seraya menarik semula beberapa helaian kertas yang ditindih dengan novelnya. Mata Mikael kembali tertancap pada isi kertas tersebut.

Lekas Qaisara menggelengkan kepala mendengar kata- kata Mikael. Membulat matanya tika ini. Tak perlu masuk dapur? Biar kebenaran? Ke Mikael ni reka- reka ayat je?

"Ish! Awak ni biar betul?" aju Qaisara dengan hati yang masih belum puas. Dia bercekak pinggang sambil matanya tak lepas dari menatap wajah adik kembar suaminya. Kecik besar kecik besar je si Mikael ni. Bengang rasa hati ini.

𝐎𝐆| His Beautiful RingoDove le storie prendono vita. Scoprilo ora