𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀| 28

159 29 3
                                    

HIS BEAUTIFUL RINGO

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISAA

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISAA

.....

MATA Daniel menyepet ke arah jejaka yang umurnya dalam lingkungan 20 tahun. Nafas kegeraman jelas menyapa wap udara. Jari jemarinya naik memicit puncak hidung mancungnya.

Pagi ini dia dikejutkan dengan khabar berita yang buruk iaitu ada gerangan hamba Allah yang tak boleh hidup lama gamaknya mengintai Qaisara. Mujurlah Qaisara tak perasan sedikit pun, kalau tak memang kecoh rumah besarnya dengan jeritan Qaisara. Mujur jugak gerangan yang mengintai isterinya itu tidak bertindak di luar kawalan. Dan mujur juga, isterinya menutup aurat dari kepala hingga jari kaki.

Marah apabila isterinya diperhatikan oleh lelaki lain? Memang marah. Ikutkan hatinya, memang dia nak potong kecil- kecil bebola mata jejaka itu. Miang betul ushar bini orang. Namun setelah menyiasat latar belakang insan tersebut, dia memutuskan untuk melepaskan jejaka itu. Lepas bukan bermakna boleh pergi dari rumahnya. Lepas bermakna dia tak belasah jejaka ini.

"Kau ni..." Daniel menekan kata. Pelipisnya diurut perlahan. Matanya terpejam rapat. Hatinya beberapa kali mintak disabarkan agar wajah pucat jejaka tersebut tak berdarah pagi ni. Kalau dia dah geram sangat, memang hidung jejaka itu dipenyet- penyet. Buat lauk malam ini terus. Dah lah tengah lapar sekarang. Biasalah, perut Qaisara tiba- tiba meragam tadi. Tu yang dia tak sempat nak makan. Kalut panggil doktor peribadi dan menjaga Qaisara.

Keith yang berdiri tegak di sebelah Daniel menggelengkan kepala perlahan. Bingung dia melihat pengintip yang diikat pada kerusi sekadar mengigit bibir. Muka jejaka itu memang dah tayang riak pucat. Tapi riak itu cuba dikawalkan dengan riak beku.

Hal ini menyebabkan hati Keith sedikit terusik sedikit. Dah kenapa pamerkan wajah beku ni? Nak jadi Ian Uqael 0.2 ke apa? Sudahlah tunjuk raut yang tak berapa nak ikhlas tu. Muak sudah dia dengan riak itu. Riak untuk orang yang kurang berperasaan, mungkin. Ataupun lebih kepada tiada perasaan.

"Boleh bagi maklumat pasal diri kau?" tanya Keith spontan. Mengecil matanya memandang mata jejaka itu. Mata jejaka itu sangat bersinar. Lawa. Terpegun kejap dia melihat. Sebelah warna hijau, sebelah lagi warna coklat. Rasa nak tukar biji mata pula.

"Lepaskan tangan aku boleh tak?" pinta jejaka tersebut. Pergelangan tangannya agak gatal sekarang.

Keith mengerling Daniel yang berpeluk tubuh. Suami kepada Amrah Qaisara itu sekadar mengangguk. Mungkin jejaka itu tahu bahawa lelaki ini tidak akan lari ke mana- mana kerana kawasan bilik bawah tanahnya dikepung oleh anak buah terlatih Daniel.

Ikatan kemas pada lengan jejaka itu dilepaskan. Keith membuka dengan berhati- hati. Tali itu dicampak ke tepi sebaik saja telah membebaskan jejaka itu.

Jejaka tersebut menghela nafas lega. Lengannya yang terasa gatal digaru perlahan. Pulih kejap lengannya ini. Sangat gatalnya bila diikat seperti ini.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: 4 days ago ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

𝐎𝐆| His Beautiful RingoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora