Bab 13

116 8 0
                                    

Sudah hampir seminggu lebih Hud outstation dan sudah hampir seminggu lebih juga Nayla menetap di rumah mentuanya.

Bubu nya di tinggalkan di hotel kucing. Apa khabar lah bulus Nayla itu.

"Kak Nayla monyok je kenapa? Rindu encik suami ke?" tanya Sabiha.

Nayla yang duduk termenung itu hanya menjatuhkan kepala. Bibir dimuncungkan sedikit.

Sejak-sejak ketiadaan Hud, Nayla sering kelihatan tidak gembira. Jiwanya terasa kosong.

Nayla rindu!

"Over lah akak ni. Lagi 4 hari je pun." Terlepas tawa Sabiha melihat keadaan majikannya itu. Nampak suram saja.

"4 hari tu dah macam 4 tahun tahu tak." kata Nayla dengan suara lemah.

Kring!

"Selamat datang ke Nayla's Cafe." Jemput Sabiha dengan mesra.

Kelihatan seorang wanita berambut panjang paras pinggang dengan pakaian maxi dress berwarna hijau emerald melangkah masuk ke dalam kafe.

Bala sudah datang ma!

Nayla menghela nafas kasar. Teringat akan pesanan Hud supaya jangan dekati Maisara.

Hud risau jika Maisara bertindak menyakiti Nayla.

"Cik nak order apa?" Sabiha melayan Maisara dengan sopan.

"I want that girl to serve me." Jarinya menunjuk tepat ke arah Nayla dengan riak yang angkuh.

Nayla mengambil bahagian Sabiha untuk melayan Maisara.

'Ya Allah pinjamkan aku sedikit kesabaran.' doanya di dalam hati.

"Ya, cik." Nayla melempar senyuman mesra. Dia perlu profesional.

"Give me hot cappuccino."

Nayla menjatuhkan kepala sambil tangan bergerak melakukan kerjanya. Selesai membuat bayaran, Maisara bergerak ke sebuah meja di kafe itu.

Beberapa minit kemudian, Nayla berjalan membawa pesanan Maisara. Cawan kecil itu diletakkan dengan cermat di atas meja.

Baru sahaja Nayla mahu melangkah ke kawasan kaunter...

"So..."

Terhenti langkah Nayla.

"... you isteri Hud Haydar, huh?"

Nayla memusing menghadap Maisara.

"Ya saya."

"You tahu I siapa dalam hidup Hud?"

Nayla diam mengangguk.

Maisara memandang Nayla dari atas ke bawah beberapa kali. Menilik penampilan Nayla yang berpakaian blaus labuh berona hitam, palazo kelabu dan tudung bawal labuh satin berona kelabu. Bibirnya menayangkan senyuman sinis.

'Eww. Pakaian macam perempuan kampung. Macam ni Hud buat isteri?' kutuk Maisara dalam hati.

Nayla hanya diam menahan sabar.

"So you knew yang I ni first love dia?"
Kedengaran sangat angkuh.

"Ya, saya tahu. And? Saya tak faham apa yang cik cuba sampaikan."

"My point is I want you to leave him. I tahu dia masih sayangkan I. Dia masih nakkan I. I kenal Hud I tu. Dia cuma ego aje." Dengan yakin Maisara berkata.

Nayla menjulingkan matanya.

Yakin betul minah ni!

Confident beli dekat Shopee ke?

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora