10

618 33 2
                                    

LAIN bengkak, lain bernanah. Yang seharusnya dihukum ialah Darwish. Mengapa pula bayi dan si ibu perlu menjadi mangsa?

"Aku takkan biarkan sesiapa pun bunuh perempuan tu!" tempik Eddy cuba untuk menyelamatkan Natalia.

Sam mendekati Eddy dan berkata, "Perempuan tu ancam keluarga kita. Takkan kita nak biarkan?" Tinggi nada suaranya. Namun, Eddy tidak terkesan langsung. Malah makin membuak-buak amarahnya.

"Eddy tahu pa! Tapi bunuh bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang kita ada! Darwish yang buat hal, kenapa perempuan tu dengan anak dia pula yang kena hukum?" tengking Eddy menekan anak tekaknya sekuat hati di hadapan Sam.

Sam terkelu. Buat julung kalinya Eddy membentaknya sebegitu.

Bukanlah niat si teruna itu hendak biadab. Emosinya goyah. Tindakannya berada di luar kawalan.

Nafas yang panjang dihela untuk menenangkan diri. Kemudian, Eddy berkata, "Baby yang perempuan tu kandung cucu papa." Suaranya direndahkan. Tidak mahu hilang adab di hadapan Sam lagi.

"Kalau papa bunuh perempuan tu, sama je macam papa bunuh Eddy dengan Awish. Mungkin papa tergamak untuk bunuh Eddy sebab Eddy bukan darah daging papa. Tapi Eddy yakin papa takkan-"

Sam memegang kedua-dua belah tulang rahang Eddy menyebabkan kata-kata si teruna itu terhenti sebelum bertemu noktah.

"Papa tak suka Eddy cakap macam tu. Eddy anak papa. Memang kita bukan sedarah sedaging, tapi Eddy orang yang paling berharga dalam hidup papa. Tak kira apa jadi, papa takkan sanggup bunuh Eddy. I love you so much boy," bebel Sam sambil menatap ke dalam mata Eddy. Ucapan itu bukanlah sekadar kata-kata kosong. Bahang keikhlasannya terasa hangat.

Lesung pipit timbul di pipi Eddy. "Thanks pa. Those words will stay with me eternally," balasnya.

Kemudian, Eddy merayu, "Tapi papa, jangan la bunuh perempuan tu. Kalau papa tak kesian pada dia, tolong fikir tentang cucu papa. Baby tu tak buat salah pun."

Tangan Sam jatuh. Pandangannya dikalih tepat ke wajah Darwish. Otaknya bercelaru. Hatinya gusar. Bimbang tembelangnya dipecahkan.

"Tapi Eddy, kalau perempuan tu buka mulut kita akan-"

"Kalau dia memang nak buka mulut, sekarang ni kita bertiga tengah termenung dekat dalam lokap. Tapi dekat mana kita sekarang? Bebas lagikan?" pintas Eddy.

Ya.. Sedikit sebanyak kata-kata Eddy berjaya mempengaruhi Sam. Tetapi tidak Darwish. Otaknya hanya berfikir untuk lari daripada kemelut itu secepat mungkin.

"Eddy yakin, perempuan tu ugut sebab dia nak Awish buat apa yang sepatutnya Awish buat sebagai bapak," simpul Eddy masih berusaha untuk mengubah pemikiran Sam.

Darwish bangun. Entah mengapa tiba-tiba mendapat keberanian untuk membantah kata-kata Eddy. Mungkin kerana dia menjangkakan amarah Eddy sudah reda.

"Aku dah bagi dia duit suruh gugurkan budak tu. Tapi dia-"

Ganas dada Darwish ditolak oleh Eddy.

"Aku cakap kau kena buat apa yang kau patut buat sebagai bapak. Faham tak mangkuk? Jadi sebagai bapak kau kena gugurkan anak sendiri ke? Babi pun sayang anak, kau pula nak gugurkan anak sendiri? Siapa lagi binatang kalau macam tu?" bebel Eddy menjela-jela.

Darwish tersentak dan terkedu. Tidak pernah lagi seumur hidupnya dibanding-bandingkan dengan khinzir.

Sam terangguk-angguk dan mencelah, "Okey, Awish nikah."

Pandangan Eddy dan Darwish terus teralih ke arah Sam.

Satu hembusan nafas lega dilepaskan oleh Eddy. Darwish pula menggeleng tanda tidak setuju dengan keputusan Sam.

DIA ANAK POLIS, GUA ANAK MAFIA [C]Where stories live. Discover now