15

503 32 2
                                    

"EDDY," tegur Sam sejurus anak terunanya melepasi pintu utama banglo.

Langkah kaki Eddy terhenti. Terjongket keningnya memandang Sam. Jarang sekali bapanya duduk di ruang tamu sendirian.

"Mana Natalia?" soal Sam ketika Eddy melangkah ke arahnya.

"Jumpa Awish. Akak kata nanti dia balik naik Grab," jawab Eddy. Lantas itu, tangan Sam dikucup.

"So, how? Boy or girl?" soal Sam lagi. Jelas keterujaan di wajahnya. Ternyata, dia tertunggu-tunggu keputusan imbasan kandungan Natalia.

Eddy mengangkat bahu dan menjawab, "Entah la. Akak tak nak bagitahu Eddy. Dia nak Awish jadi orang pertama yang tahu."

Sam mengeluh hampa.

"Okey la pa. Eddy nak naik bilik dulu," ujar Eddy sambil membuka langkah menuju ke arah tangga.

"Eh, kejap boy! Duduk sini, papa nak cakap sikit," suruh Sam sambil menepuk ruang sofa di sebelahnya.

Tanpa sepatah kata, Eddy berpatah balik dan menuruti suruhan bapanya.

Sejurus punggung Eddy menyentuh permukaan sofa, Sam menyoal, "Eddy nak nikah?"

Terbelalak mata Eddy dibuatnya. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba disoal begitu. Si teruna itu terkebil-kebil seketika lalu menjawab, "Erm.. Kenapa ni papa? Kenapa tiba-tiba tanya macam ni?"

Sam tergelak kecil melihat ekspresi anak terunanya.

"Tadi Uncle Roy datang sini. Dia cakap, papa tak perlu bayar apa-apa untuk kes Darwish kalau Eddy nikah dengan Hanie," jelas Sam.

Kening Eddy merapat. Sendat tampangnya.

"Ish! Mana boleh macam tu pa!" rungut Eddy mula cemas.

Wajah Sam dikerutkan.

"Eh! Apa hal pula tak boleh? Kalau Eddy nikah dengan Hanie boleh selamatkan duit papa tau!" balas Sam.

Ah, sesak nafas!

Semerta, Eddy bangun dari duduk dan melutut di hadapan Sam seperti sesi bersalaman pada hari raya.

"Tolong la papa. Jangan la buat Eddy macam ni. Macam mana rumah tangga Eddy nak bahagia kalau Eddy langsung tak ada hati pada Hanie," rayu Eddy. Mahu menangis rasanya. Tak terbayang kacau-bilau hidupnya andai beristerikan Hanie.

Wajah Sam semakin mengetat.

"Papaaa.. Papa tak sayang Eddy ke?" rengek Eddy lantas mendaratkan dahi pada paha bapanya.

Sam tidak mampu menyekat tawa. Geli sungguh hatinya memandang gelagat Eddy. Takut amat hendak dijodohkan dengan Hanie. Padahal, tiada paksaan langsung. Sam sengaja mengusik.

"Bangun boy, bangun," suruh Sam sambil memaut celah ketiak Eddy.

Eddy mengeraskan badan daripada bangun. Memuncung mulutnya tatkala menyedari dirinya telah terjerat dalam usikkan Sam. Namun, pada masa yang sama lega hatinya.

"Papa, hal-hal nikah jangan buat gurau macam ni. Boleh gugur jantung Eddy," sungut Eddy seraya menepuk dada kirinya.

Sam membelai rambut Eddy lalu berkata, "Papa tak ada masalah langsung. Cuma kesian pada Roy je. Hanie boleh naik gila kalau tak dapat apa yang dia nak."

Kepala Eddy mendongak memandang bapanya. "Naik gila?" soalnya tidak memahami apa yang Sam maksudkan.

Sam mengangguk dan menjawab, "Dulu Hanie pernah cuba bunuh diri."

Dengan serta-merta, tubuh Eddy terdorong ke belakang. Bimbang. Tidak pasal-pasal pula dia menjadi punca Hanie bunuh diri nanti.

"Dah tu macam mana ni?" soal Eddy.

DIA ANAK POLIS, GUA ANAK MAFIA [C]Where stories live. Discover now