H.S | BAB 6

822 53 4
                                    

"She's mine and only mine."

Nasuha sedang termenung di beranda biliknya itu. Matanya naik menatap keindahan bulan pada malam ini. Betapa indahnya ciptaan tuhan.

Kegelapan malam ini dihiasi bulan dan bintang. Memang cantik!

Macam hidupnya dahulu. Gelap, tetapi dihiasi dengan bintang. Iaitu abang kandungnya. Arrel Nash.

Flashback

"Abang Nash.. kenapa bulan sentiasa bersinar?" Nasuha duduk disebelah abangnya itu. Mereka berada di luar rumah sekarang. Ambil angin la orang kata.

"Bulan sentiasa bersinar sebab dia ada peneman yang sentiasa menemaninya. Adik nak tahu siapa?" Nash tersenyum.

"Siapa?"

"Bintang. Tanpa bintang, bulan juga tak cantik." Nash hanya tersenyum sambil menatap langit pada malam itu.

"Lepastu adik tak bersinar lah ya? Sebab adik tak ada peneman.." Nasuha mencebik.

"Siapa kata adik tak ada peneman? Abang Nash kan ada." Nash mengusap rambut adiknya itu.

"Tapi.. kalau abang tinggalkan adik nanti macam mana?" Nasuha menatap abangnya itu.

"Mana ada abang tinggalkan adik. Kalau ya pun, abang nak pergi mana?" Nash tertawa kecil.

"Promise tau!" Nasuha menyuakan jari kelingkingnya. Tanda berjanji.

"Promise!" Nash tersenyum manis sambil membuat pinky promise.

End Flashback

Air matanya tiba-tiba menitis. Ya, dia rindukan abang kandungnya itu.

"Kalau bukan sebab Suha, mesti abang Nash masih hidup kan?" Nasuha bermonolog sendirian. Sungguh, dia berasa bersalah. Namun, dia tahu ajal maut itu milik Allah SWT.

Pandangannya turun ke bawah apabila terdengar bunyi riuh rendah.

Kelihatan Zariel yang baru sahaja ingin pulang. Diikuti dengan Datin Raihana dan Dato' Ariff dibelakang.

Nasuha lantas mengelap pipinya yang basah itu. Dia membuka telinga sikit untuk mendengar apa yang dibualkan itu.

"Riel dah cop tu aunty, uncle. Ingat tau." Zariel tertawa kecil. Dia tersenyum manis.

"Ya.. semoga Riel berjaya lah ya. Apa-apa pun, aunty dan uncle sentiasa support Riel." Jawab Datin Raihana sambil tersenyum.

"Riel ibarat anak kami." Sambung Dato' Ariff pula. Dia mengusap bahu Zariel sambil tersenyum.

"Thank you for trust me. Riel pun dah anggap aunty dan uncle macam ibubapa Riel sendiri." Jawab Zariel sambil tersenyum.

Dato' Ariff tersenyum sambil mengangguk. Datin Raihana juga turut tersenyum.

"Okeylah.. dah nak pukul 8 ni, nanti mama tercari-cari pula. Riel balik dulu ya." Zariel menatap sekilas jam ditangannya itu. Dia dah menunaikan solat maghrib tadi, di rumah Dato' Ariff.

Dia lantas menyalami tangan Dato' Ariff lalu meminta izin untuk balik.

Nasuha yang dari atas hanya tersenyum segaris. Kalau ibubapanya memberi kepercayaan kepada Zariel, kenapa dia tak boleh? Dan kenapa dia merasakan yang dia dah lama mengenali jejaka itu?

Nasuha mengeluh. Dia hanya melihat kereta lelaki itu meluncur keluar dari mansion milik ibubapanya itu.

••••

HIS SWEETHEART | [SU]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin