H.S | BAB 11

695 67 0
                                    

"She's mine and only mine."

"Kau serius, Ariq?" Zariel menatap Ariq dengan tajam. Maklumat yang disampaikan oleh Ariq itu agak mengejutkannya.

"Aku serius, Yadh." Ariq menjawab. Mukanya juga serius.

"Maklumat yang aku dapat ni, seratus peratus mengatakan yang Nasuha tu anak angkat Dato' Ariff." Sambung Ariq. Pandangannya dijatuhkan ke komputer ribanya.

"Ibu bapa kandung Nasuha kejam dho, Yadh. Dia buang Nasuha dekat rumah anak yatim.. time tu umur dia 6 tahun." Sambung Ariq.

"How cruel they are." Matanya memandang tajam kearah komputer riba milik Ariq itu. Di skrinnya terpapar jelas gambar ibubapa Nasuha.

"Aku kenal bapak dia. Dato' Nazman bin Nawi. Pemilik syarikat Naz Frozen Food Enterprise. Salah satu syarikat frozen food yang terbesar di Malaysia." Jelas Zariel pula.

"Betul," Ariq mengangguk.

"Aku pelik.. kenapa dia suka lebihkan abang Nasuha?" Zariel bertanya.

"Sebaik sahaja melahirkan Nasuha, syarikat Dato' Nazman kerugian teruk. Jadi, diaorang menganggap Nasuha tu pembawa nasib malang."

"Sebab tu lah, diaorang lebihkan Arrel Nash. Iaitu abang kandung Nasuha." Ariq menjelaskan.

"Stupid." Zariel tersenyum senget.

"Dalam sekelip mata, aku boleh hancurkan syarikat orang tua tu. Berlagak betul. Dia tak tahu ke, anak tu salah satu rezeki? Boleh pula dia percaya benda karut macam tu? Heh, crazy old man." Zariel menyilangkan tangannya di dada. Mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak berpuas hati dengan ayah kandung Nasuha.

"Kau jangan bertindak melulu, Yadh. Aku risau betul dengan kau ni." Ariq menoleh sekilas.

"Don't worry. Aku boleh handle sendiri benda ni." Zariel tersenyum sinis sekali lagi.

"Aku perlukan kau untuk cari maklumat lebih pasal orang tua tu aje. Can?"

"Sure,"

••••

"Suha.. bangun! Tak pergi office ke harini? Sedap nampak tidur." Datin Raihana menarik comforter yang menutupi badan anaknya itu.

Nasuha menggeliat kecil sebelum dia membuka matanya.

"Kereta Suha duduk dekat bengkel la, my."

"Pula.. ambil aje la kereta daddy kamu tu. Kereta dia bukan satu, berlambak nah." Balas Datin Raihana sambil melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Malaslah.." Nasuha menarik comforter menutupi seluruh badannya itu.

"Haih, suka hati Suha lah." Lantas datin Raihana bangkit dari duduknya lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

Sebaik sahaja dia turun ke bawah, jelas kelihatan anak lelakinya itu segak dan kemas menandakan dia hendak ke tempat kerjanya.

"Ray.." Datin Raihana menyentuh bahu anaknya itu.

HIS SWEETHEART | [SU]Where stories live. Discover now