07

8 1 0
                                    

           Aifa menongkat dagu sambil mata memerhati sekeliling. Hari ini Fathiyya mengajaknya makan di kedai makan depan sekolah lagi pada hari ini. Cuma hari ini hanya mereka berdua sahaja. Sofia dan Adra awal-awal lagi sudah pulang ke rumah.

Aifa mengalihkan pandangan ke arah Fathiyya yang sedang membeli mi sup. Tiba-tiba kerusi dihadapannya di tarik seseorang. Terus tegak badan Aifa apabila matanya bertentang dengan Izyan yang tiba-tiba mengambil tempat di hadapannya. Aifa mula menjadi kekok. Dalam banyak-banyak tempat kenapa dekat sini juga dia nak duduk ?

Aifa tidak selesa. Mata Izyan tidak habis-habis merenungnya daripada tadi. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulutnya. Begitu juga dengan Aifa.

" Jadi kau lah orang tu ? " Tanya Izyan setelah beberapa minit juga dia mendiamkan diri. Terjungkit kening Aifa mendengar soalan tersebut. Apa maksud Izyan ?

" Maksud abang ? " Tanya Aifa dengan wajah blurnya. Izyan tersenyum sinis. Pandai perempuan ni buat-buat tak tahu. Aifa semakin gelisah. Izyan langsung tidak menjawab soalannya, malah merenungnya macam nak telan.

" Kau yang tulis surat untuk aku kan ? " Tanya Izyan dengan yakinnya. Aifa menggeleng kepala menafikan tuduhan Izyan. Walaupun dia tidak tahu surat apa yang dimaksudkan Izyan, tetapi memang dia tiada memberi apa-apa surat pun kepada sesiapa.

" Jangan tipu ! "

" Saya tak tipu. Lagipun surat apa yang abang maksudkan ? " Tanya Aifa. Izyan diam. Matanya terkedip-kedip seperti memikirkan sesuatu.

" Habistu apa kau buat sorang-sorang kat sini ? Kau tunggu siapa ? " Tanya Izyan lagi dan lagi, cuba untuk memastikan yang Aifa memang tidak tahu. Dia mula berasa malu. Tiba-tiba sahaja otaknya berfikir bagaimana jika sebenarnya kawan-kawannya yang menulis surat itu dan ingin mengusiknya ?

" Saya tunggu .. "

" Eh ! Abang Izyan dekat sini ?! " Sampuk Fathiyya yang sedang memegang semangkuk mi sup. Mangkuk tersebut diletakkan di atas meja dan dia melabuhkan punggung di sebelah Aifa.

" Hai, Fathiyya. Haah. Cari orang " Sapa Izyan pula. Wajahnya yang tadi tidak beriak dan tegang sahaja kini dihiasi dengan senyuman. Cepat betul moodnya berubah apabila memandang Fathiyya.

Fathiyya tersentak. Jantungnya berdegup laju.

" Er , ca-cari siapa ? " Tergagap-gagap Fathiyya bertanya.

" Cari orang yang nak jumpa aku " Jawab Izyan perlahan namun masih lagi dapat didengari oleh dua orang gadis itu. Matanya memandang Aifa seakan menghantar isyarat. Tetapi Aifa tidak faham. Adakah Izyan maksudkan dirinya ? Bila masa pula dia nak jumpa Izyan ?

Fathiyya sudah menggigit bibir.

" Er, abang. Boleh kita cakap berdua ? " Tanya Fathiyya gelisah. Izyan memandang Fathiyya dan lambat-lambat dia mengangguk. Dia bangun dan duduk di meja kosong yang lain bersama Fathiyya.

" Kenapa ? " Tanya Izyan.

" Se-sebenarnya Thiyya lah orang yang nak jumpa abang tu. Thi-thiyya yang tulis surat untuk abang "

Terkejut bukan kepalang Izyan mendengar pengakuan Fathiyya. Sumpah dia tidak pernah terfikir yang Fathiyya akan menulis surat itu. Izyan menelan air liur. Wajahnya terus memerah tatkala teringatkan bagaimana dia tiba-tiba duduk di hadapan Aifa dan menuduh gadis itu yang bukan-bukan.

" Ouh " Begitu sahaja reaksi Izyan.

" Petang semalam kenapa abang tak datang ? Lama Thiyya tunggu " Tanya Fathiyya dengan nada berbaur kecewa.

" Sebab aku tak pasti. Lagipun aku tak nampak pun kau kat kedai semalam " Jawab Izyan. Dia curi-curi memandang Aifa yang juga curi-curi memandang mereka. Saat mata mereka bertentangan , cepat-cepat Aifa melarikan pandangan.

She Before YouWhere stories live. Discover now