Bab 49

481 36 6
                                    

"Saya tak nak balik rumah." kataku.

Kunyahan dia terhenti.

"Kenapa?" dia bertanya.

"Malas" aku jujur je.

Sepatutnya dia kena hantar aku hari ni. Either petang atau malam. Tapi sekarang je dah pukul 3 petang. Aku belum puas spend time lagi. So aku decide untuk tak balik je. Balik pun bukan ada apa. Esok pula nak kena balik semula.

"Okay." balasnya. Tak banyak soal. Adakah ini petanda baik?

"Sedap tak?" soalku pula. Tukar topik cepat-cepat sebelum dia tukar fikiran.

"Sedap" jawabnya.

"Dumpling tak sampai lagi ni. Tu lagi sedap." kata aku pula dengan teruja. Aku pernah je makan kedai ni sebenarnya, tapi cawangan lain. Memang sedap. Sebab tu aku beria ajak dia. Benda sedap kena share.

Tak lama lepas aku cakap tu, dumpling pun sampai. Macam tahu-tahu je. Aku pun tuang chilli oil dekat dalam satu bekas kecil yang disediakan. Senang buat cicah-cicah. Aku lihat cikgu Syafiza sedang asyik makan mee tariknya sambil menahan pedas.

Aku ambil satu dumpling dan cicah sedikit chilli oil. Kemudian aku halakan ke arah mulutnya. 

'Tolonglah nganga' hati aku berkata dengan penuh pengharapan.

"Rasa." kata aku.

Agak lama dia tenung dumpling tersebut sebelum berjaya masuk ke dalam mulutnya. Aku lihat dia kunyah beberapa saat sebelum senyum.

"Sedap. Udang eh?" soalnya.

Aku cuma mengangguk. Aku lantas ambil tisu dan mulutnya. 

"Makan beria sangat. Kan dah comot." bebelku pula.

Dia cuma tersengih. 

Kami meneruskan makan sehingga habis semuanya. Sempat juga tambah order beef skewer dan air mineral lagi. Pedas tapi sedap. Habis sahaja makan dan  bayar, aku bawa dia jalan menuju ke arah deretan kedai yang berhampiran.

Step 3 : Gift

"Take one. Or maybe a two. Tapi janganlah the whole kedai eh? Saya belum kaya lagi." kata aku sewaktu melangkah masuk ke kedai bunga.

Banyak betul bunga-bunga segar. Ada bunga rose, baby breath, bunga matahari pun ada mat. Tinggal nak pilih je. Sejujurnya aku bukan penggemar bunga. Kalau aku tahu selok-belok bunga, aku dah lama surprise dia dengan bunga paling cantik dekat dunia. Sebab tu aku mampu bawa dia sahaja ke sini. Biar dia yang pilih sendiri. Kan lebih menepati cita rasa?

"But why?" soalnya. Punyalah terkejut sampai berkerut-kerut dahinya.

"No reason. Tak pernah lagi bagi bunga before ni, so why not kan?" jawabku pula. Berlagak gentleman. Eh, gentlewoman. Ada ke term ni?

"You did a lot today. Tak payah lah. Lagipun, I'm not a fan of bunga pun." katanya pula.

"No sayang... Baby memang dah niat nak bagi. Please, let me treat you. Takpe, bukan nak suruh sayang makan pun bunga tu. Nanti boleh letak dekat bilik." pujuk aku pula. Aku tahu dia susah nak terima kalau aku treat dia macam-macam. Before ni pun dia yang banyak keluar duit, memang tak bagi langsung aku bayar. 

Sebab tu aku tak bagitahu awal-awal nak pergi sini, nanti dia buat perangai tak nak ikut. So biar benda dah depan mata baru aku cakap.

"Okay. Last one okay." balasnya pula.

Aku cuma mengangguk dan tersenyum.

Cikgu Syafiza jalan-jalan keliling kedai. Aku nampak dia ralit memilih bunga. Sesekali dia bau bunga-bunga itu. Comel je. Not a fan of bunga konon. Bagitahu jelah suka bunga. Jual mahal tak kena tempat. Sambil-sambil tu aku pun ambil kesempatan untuk cuci mata di dalam kedai itu. Aku turut tiru gaya dia yang curi-curi bau bunga-bunga tersebut. Biar nampak real perempuan sikit. Tapi tak berbau apa-apa pun bunga ni? Ke hidung aku yang problem?

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now