Bab 56

452 32 25
                                    

"Tolonglah cikgu. Sekali ni je. Just between us je. Please..." aku mula merayu.

Honestly aku tak tahu kenapa aku merayu. For me, aku dengan cikgu Syafiza baru je berbaik semula, so aku tak nak dia ada bad impression lagi dekat aku. Knowing that aku sanggup skip prep sebab Yura and teman dia dekat sini for the whole evening, aku yakin dia marah. Even aku boleh explain the truth, tapi aku tak nak gaduh dah.

Tiba-tiba Yura muncul di depan pintu.

"Ha kau pergi mana?" laju aku menyoal.

"Pergi solat jap. Sorry lama. Tak boleh jalan laju." jawabnya.

"Ohh solat" aku memberi respon. Tak jadi aku nak marah. Aku pun belum solat lagi sebenarnya.

"Kenapa kaki? Nak pergi klinik ke?" giliran cikgu Wani pula menyoal Yura.

Soalan tersebut membawa kepada penceritaan cerita sebenar. Aku dengan Yura silih berganti bercerita mengenai apa yang berlaku. Dari macam mana Husna tiba-tiba assign denda ni sampailah cikgu Wani ada dekat sini.

"Kenapa tak terus maklum awal? Trip pergi klinik pukul 3 tadi. Saya ingat tak ada student sakit hari ni." kata cikgu Wani pula.

"Habistu kenapa cikgu datang sini?" aku pula menyoal.

Sickbay sekolah aku sebenarnya jauh daripada asrama, apatah lagi dari bangunan akademik. Jadi aku tertanya-tanya lah, macam mana cikgu Wani boleh tergerak hati nak datang sini sedangkan dia kata dia ingat tak ada student sakit.

"Saya cari awak. Aida bagitahu biasa petang-petang awak ada aktiviti house yang Husna suruh buat. Then saya pun tanya Husna, rupanya korang dua kena bersihkan kolam. Itu saya saja datang, kot-kot boleh tambah bersihkan tempat lain. Sekali tak ada pula. Tapi saya nampak ada barang-barang kat sana, itu yang saya cari je kawasan asrama. Sekali jumpa." panjang lebar cikgu Wani bercerita. Nampaklah dia jalankan tugas warden tu sebaiknya.

"Kenapa cikgu cari saya?" aku menyoal lagi. Sebab nampak determination dia lain macam.

"Nak suruh awak isi borang. Pengetua dah keluarkan arahan untuk awak pergi kem pemantapan sahsiah hujung minggu ni." jawab cikgu Wani.

"Hujung minggu niii???" aku terkejut. Out of sudden, tiba-tiba aku kena pergi kem pula?

"Ya." respon cikgu Wani.

"Pemantapan sahsiah? Teruk sangat ke saya? Bagi lah budak-budak form 2 ke form 3. Form 5 kan dah busy study." aku mempersoalkan.

"Awak study ke?" soalnya pula.

Aku terdiam. Dia perli aku ni. Aku tahulah biologi aku teruk, tapi subjek lain aku score je okay. Even tak berapa nak study.

"Siapa lagi?" aku pula menyoal.

"Ada lagi beberapa. Saya nak kamu jadi leader. Tolong kumpulkan yang lain, nanti saya buat perjumpaan." kata cikgu Wani lagi.

Aku dah terlopong. Leader? Kelaut anak buah aku nanti.

"Cikgu serius ke main-main ni?" aku cuba menguji. Cikgu Wani punya loyar buruk ni kadang boleh tahan juga. Bayangkan pernah sekali dalam kelas biologi, dia scam kitorang kata nak pergi buat field trip, rupanya kena pergi tolong dia cabut kemuncup dekat padang. Betul mempergunakan students.

"Serius la..." jawabnya. Nadanya memang serius. 

"Takkan saya kot leader? Agak-agak la. Bagilah yang bertauliah sikit." kata aku. Aku masih pelik, dalam ramai-ramai kenapa aku?

"Saya tak ajar yang lain. Lagipun, kamu capable je saya rasa untuk lead. Anything happen, saya roger cikgu Syafiza je. Biar dia settle." katanya pula.

"Cikguuuuu!! Jangan lah." aku merungut. 

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now