Bab 65

441 40 5
                                    

"Selain lighter, ada apa lagi?" cikgu Syafiza terus bertanya kepada Suhaina. Suaranya tinggi. Tapi nasib baik dia bawa kami berdua jauh dari yang lain. Tak adalah tercalar maruah sangat walaupun tadi macam kecoh juga bila cikgu jumpa lighter tu.

"Mana ada cikgu." laju Suhaina menjawab.

"Kenapa bawa lighter?"

"Saya memang akan bawa everytime ada camping. Kan biasa ada slot camp fire macam tu. So standby jelah."

Cikgu Syafiza diam sekejap.

"Saya bau something tau. Sama macam bau dekat Damia semalam. So I guess you guys did something illegal. Like... smoking?"

Bingo. Bau rokok semalam. Bau dekat sweater.

"You guess?" aku memberanikan diri untuk confront.

"Ya I guess, but my instinct always right. Kan?" dia psiko aku.

Aku mengeluh sambil tersenyum sinis. Dua emosi dalam satu masa. Apa yang dia cakap tu betul. Dia always dapat baca gerak-geri aku. Tapi itu bukan tiket untuk buat aku mengaku kali ni. It was my first and last time try rokok, so kalau aku rahsiakan benda ni, no one will know.

"Saya nak kamu berdua mengaku. Merokok kan?" dia menyoal lagi. Kali ni dia sudah bercekak pinggang. Lighter tadi dia dah simpan dalam poket seluarnya. Laju buat kerja.

"Mana ada cikgu. Lighter tu saya memang bawa untuk camping." Suhaina menjawab dengan bersungguh.

"Damia?" giliran aku pula disoal.

"Apa pula saya? Saya lagi tak tahu apa-apa." aku turut mempertahankan diri.

"Saya bau rokok Damia, rokok. Tolonglah, kamu berdua form 5 dah. Nak SPM. Benda-benda macam ni tak sepatutnya berlaku. Kalau nak sangat merokok, tunggu habis sekolah. Tak lama dah."

"Habistu? Benda memang tak buat. Takkan nak mengaku? Saya dah kata, asap tu can be dari random place. Kalau betul saya buat, awal-awal saya dah sembur minyak wangi. Saya tak bodoh la nak biar bau tu melekat."

"Okay fine. Suhaina? Dekat sekolah cikgu Wan jumpa rokok tau dekat Syahbandar aras 2. Kalau awak mengaku, kita settle sini je. Saya takkan bawa naik ke cikgu Wan." cikgu Syafiza masih cuba untuk psiko.

Suhaina diam lama. Macam berfikir.

"Tak mengaku. Saya tak buat apa-apa. Kecuali pasal lighter tu." jawab Suhaina setelah lama membisu.

Aku dalam diam melepaskan nafas lega. Tengok raut wajah dia yang cuak tadi sebenarnya sedikit sebanyak menakutkan aku juga. Buatnya dia mengaku pasal rokok tu, memang dengan aku-aku sekali kena tindakan walaupun bukti dah hapus.Mujur Suhaina tetap pendirian. Dia nampaknya benar-benar ikut arahan aku tadi.

"Apa pun jadi, jangan mengaku. Tolonglah. Dorang memang akan gertak kita, tapi kena ingat, dorang tak ada bukti. Kalau kau mengaku, silap haribulan kita kena buang sekolah. Dah la nak SPM ni. Kau buat muka tembok je nanti." aku sempat memesan sewaktu kami membontoti cikgu Syafiza ke tepi dewan tadi.

Selepas pengakuan tidak bersalah kami berdua, cikgu Syafiza hanya mengangguk-angguk sahaja. Tapi aku rasa dia masih tak puas hati sebab belum tahu kebenaran.

"Okay tak apa. Boleh kembali ke dewan." kata cikgu Syafiza.

"Ini memang ada dalam agenda ke?" aku menyoal sebelum bergerak mengikut arahan.

"Agenda apa?" cikgu Syafiza menyoal semula.

"Agenda kem. Apa benda orang nak have fun tiba-tiba ada spotcheck?" kata aku lagi.

Kalini Suhaina dah pandang aku semacam. Orang yang tak tahu pasal kami confirm akan cakap aku rude, but we are different.

"Please." katanya sepatah. Nadanya aku tak pasti apa dia, tapi pandangan dia mengatakan segala-galanya.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now