Bab 28

25 6 0
                                    

Aku pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu. Aku menekan loceng rumah. Mataku terasa mahu tertutup. Aku dengar suara Hanna.

" Hai , seronok ke dating ? " Aku nampak Hanna buka pintu. Tiba tiba dunia terasa gelap. Hanya suara Hanna menjerit memanggil namaku sahaja yang aku dengari sebelum menutup mata.

Aku membuka mata , rasa berpinar je mata ni. Sedar sedar banyak lampu yang menerangi permandanganku. Aku nampak Hanna dan Adam berada didepanku. Aku yakin sekarangni , aku berada di hospital.

" Babe , Alhamdulillah kau dah sedar. Kau nak air tak ? " Hanna menghulurkan air kepadaku. Aku minum sedikit sebelum aku menggeleng tanda tidak mahu lagi.

" Kenapa aku dekat sini ? " Tanyaku kepada mereka.

" Kau pengsan masa sampai depan rumah tadi "Kata Adam.

                          " Ye , aku tengok kau letih , pucat sangat kenapa ? apa yang jadi sebenarnya? kau keluar dengan Aaden kan ? " Soalan Hanna buat aku rasa nak nangis. Aku tidak menjawab malah terus memeluk Hanna dan menangis teresak esak.

" Aaden ... Aaden. Aku benci dia. Lelaki tak guna !!! Aku benci dia !! . AKU BENCI KAU AADEN !!!!! " Aku mengamuk seperti orang gila. Aku memukul mukul katil dan membaling bantal. Aku menarik narik rambut sendiri seperti sudah tidak waras.

" Bie , kenapa dengan Ayla ni ? " Hanna sudah takut. Kenapa kawannya ni.

" Tak apa , dia serabut la tu. Kejap saya pergi panggil doktor. " Adam terus berlari keluar mencari doktor.

Doktor masuk bersama nurse dan mereka menyuntik Ayla dengan picagari. Ayla kembali lesu dan keletihan. Dia perlu ditenangkan.

" Awak , keluarga pesakit ke ? " Tanya doktor yang bertag nama DIANA.

" Iya doktor , saya kawan Ayla. " Terang Hanna.

" Kawan awak pernah ada depresi ke ? " Tanya doktor Diana itu. Depression? setahu Hanna , Ayla ni takpernah nak ada sakit sakit macamtu. Hanna hanya menggeleng perlahan.

" Berdasarkan apa yang saya lihat Ayla ni berkemungkinan mengalamani kemurungan. Mungkin akan ada depresi ? atau traumatised yang teruk . Tapi tak apa kami cuma melihat akan ada tanda tanda awal untuk dia mengalami kemurungan yang berpanjangan. Apa pun kita sebagai orang yang terdekat. Kita kena sentiasa support dia. Bagi dia motivasi. Boleh encik ? " Allah. Ayla ...

" Punca dia masih belum dikenal pasti , tapi yang saya lihat dia seperti trauma dan terlalu fikir sesuatu dengan berlebihan had. Harini dia dah boleh discharge pada pukul 3 petang. Saya sarankan encik tolong tengok tengokkan dia. Jangan bagi dia stress nanti dia akan serabut dan mula meracau. " Hanna hanya mengangguk " Baik , terima kasih doktor. "

" Awak , kenapa dengan Ayla ? apa yang Aaden dah buat ? " Hanna tanya Adam. Adam hanya merenungnya.

" Bie , kalau saya cerita. Awak janganlah marah saya. Dan tolong rahsiakan perkara ni dari Ayla. Saya taknak dia lagi serabut. Janji ? " . Kenapa Adam cakap macam ni ? Adam pun berahsia dengan Hanna ke ? Hanna mengangguk perlahan.

" Haz , dia sebenarnya nak balas dendam pada Ayla.Dia nak mainkan hati Ayla sampai Ayla betul betul jatuh cinta pada dia lepastu dia bla. Dia marahkan ibu Ayla sebab kahwin dengan daddy dia. Dia kata punca mummy dia meninggal disebabkan ibu Ayla. Awak , janganlah marah saya. Saya pun tak percayalah semuani. Manusia yang baik macam Ayla tu takkan lah ada ibu yang macamtu.Takkan lahirla seorang anak yang baik kalau tanpa didikan ibu dia. Saya pun takfaham awak , kenapa Haz perlu balas dendam pada Ayla sedangkan bukan salah Ayla pun. Saya minta maaf sebab rahsiakan benda ni dari awak. Dan kalau awak nak tahu ,  punca dia datang Uni ni hanya untuk jalankan rancangan dia bukannya dia nak sambung belajar pun awak. Itu semua hanya alasan untuk dia semakin dekat dengan Ayla. " Perlahan sahaja suara Adam semasa bercerita. Adam mungkin sebersalah atas apa yang jadi.

                            " Tergamaknya Haz buat macamni. Haz , aku tak percaya kau kejam sampai macamni sekali. Apa salah Ayla awak ? semuani bukan salah Ayla. Dia tak minta pun untuk jadi macamni. Kenapa nak salahkan Ayla. Kematian Aunty Tiara bukan disebab Aunty Maria. Semua tu dah tertulis. Ya Allah , Haz. Apa nak jadi dengan kau ni ? " Marah Hanna.

                               " Saya pun salah awak , kalau saya tahu nak jadi macamni. Kalau saya tahu effects dia macamni sekali pada Ayla. Saya akan halang Ayla untuk dekat dengan dia dari awal lagi. Saya dah penat nasihat dia , takjalan awak. Awak tahukan macam mana perangai sepupu awaktu. Dia dah pesan pada saya jangan kacau apa yang dia nak buat. Dia tu mana ada belas ihsan. Entah entah dengan saya dia kerjakan. Saya minta maaf " Adam begitu sebersalah.

                                 " Tak apa lah Bie , benda dah jadi. Tapi saya yakin , Haz tu akan menyesal punya. " Kata Hanna jelas. " Menyesal ? " Tanya Adam pula.

                                  " Awak , dia sebenarnya cintakan je Ayla tu. Saya nampak. Takkanlah semua benda dia buat selamani semuanya pura pura. Dia cuma nak puaskan hati dia je. Saya yakin , dia sayang Ayla sebenarnya. Dia cuma tak nak kalah dengan dendam dia. Dia hanya nak lindung perasaan dia dengan dendamtu. " Hanna senyum kepada Adam. Adam membalas senyuman. " Hmm , ada betulnya. " balas Adam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now