PROLOG

105 0 0
                                    

Aku mengarahkan pandanganku ke arah rumput hijau yang berada di sepanjang lorong sekolahku.Aku merenung sehingga kisah lalu terpaut di mindaku.

THROWBACK

"Kau xyah ikut main ah..kau tu orang bandar"ucap seorang budak lelaki yang sedang bermain dengan 2 orang rakannya.

"Tapi saya ada banyak mainan.."balasku cuba merayu

"Kitorang xminat..Jom la kita main kat tempat lain"ujar seorang budak perempuan yang memakai baju kuning pula sambil mengajak rakan² nya berpindah tempat untuk bermain

"Saya nak ikut main"balasku lagi sambil mencuba melangkah mendekati sekumpulan budak itu

"Jangan dekat lah"balas seorang budak perempuan yang rambutnya paras bahu itu lalu mencuba menolak badanku ke arah belakang.

Namun nasib tidak menyebelahiku apabila aku terjatuh ke dalam kolam.

"Tolong!"jeritku dengan kuat mencuba untuk meminta pertolongan dari mereka apabila merasakan kakiku tidak mencecah tanah.

Dengan paniknya,tiga orang budak tersebut melarikan diri dan tidak menghiraukan jeritanku.Tanganku terkapai-kapai apabila badanku terasa ingin tenggelam ke dalam kolam yang berada di belakang rumah mak tok.

Badanku semakin lemah dan tidak berdaya lagi namun begitu,aku sempat melihat ada sosok samar² yang berlari ke arah kolam untuk menyelamatkanku sebelum aku mulai kehilangan kesedaranku.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Aku membuka mataku setelah merasakan ada tangan yang menggenggam erat tanganku.Aku menoleh ke arah kananku dan melihat sosok ibuku.Aku melihat sekeliling dan ya,aku sekarang berada di sebuah hospital.

Aku tidak tau bagaimana aku boleh sampai ke sini.Mungkin orang terakhir yang aku nampaklah orang yang telah menyelamatkanku.Tiba² aku mendengar ibuku menjerit.

"Banggg..anak kita bangg...anak kita dh bangun"jerit ibuku memanggil abahku apabila melihat aku telah sedarkan diri.

Dengan pantas abahku memasuki bilik tersebut dengan diiringi Pak cik Mustafa,Makcik Fizah dan dua orang kanak² perempuan kembar seumuranku.Pemakaian mereka turut sama namun,style rambut mereka berlainan.Seorang mengenakan rambut style pony dan seorang lagi tidak mengikat rambutnya yang separas bahu mungkin kerana basah.

Tiba² aku teringat dengan gadis yang menolakku ke dalam kolam lalu mula menjerit kepada ibuku

"Ibu..budak tu lah yang tolak Iqbal jatuh kolam"ucapku dengan kuat serta menundingkan jari telunjuk ke arah gadis yang rambutnya separas bahu itu

"Iqbal..dia yang selamatkan kamu tadi..dia terjun dalam kolam tu" terang ibu apabila melihatku tiba² marah

"Iqbal ingat lagi bu..dia yang tolak Iqbal..dia xbagi Iqbal main sama"balasku lagi

"Fika dah kata ngan abi dan umi yang Fina tolak Iqbal masuk kolam tadi...Ekal dan Hana yang bagitau"sampuk budak berambut pony tersebut,Afika

"Betul ke Fina buat semua tu?"soal Mak Cik Fizah lembut sambil memandang tepat ke arah anak perempuan nya satu lagi,Afina

"Fina xbuat umi"jawab gadis bernama Afina itu untuk menyangkal tuduhan yang dilemparkan.Aku melihat matanya mula mengalirkan air mata.Cehh pandai berlakon.

"Ahhh kau tipu..aku ingat lagi muka kau..kau yang tolak aku tadi"jawabku marah sehingga aku menukarkan panggilan 'aku kau'

"Dah la tu Iqbal..dia dah selamatkan kamu..mungkin dia xsengaja"pujuk ibuku tidak senang melihat aku marah

"Xpelaa Mus,kau balik la dulu dengan anak bini kau..nanti aku settle  kan anak aku ni"ucap abah pula kepada Pakcik Mustafa,abi Afina dan Afika

"Yelaa Mal..aku minta maaf dengan apa yang anak aku dah buat"ucap Abi Afina memohon maaf atas kesalahan anaknya dengan rasa bersalah

"Ye..xpelaa..budak² biasa la Mus..bukan dia sengaja..dia xada niat tu..jangan kau marah dia pulak"ucap abahku lagi tidak ingin memperbesarkan keadaan

"Yelaa Mal..Iqbal..Pakcik minta maaf dengan apa yang anak pakcik dah buat..Pakcik harap Iqbal boleh maafkan anak pakcik"ujar Pakcik Mustafa kepadaku

"Fina sini,cepat minta maaf dengan Iqbal"ujar Pakcik Mustafa lagi

"Tapi Fina xbu-"belum sempat Afina mengucapkan kata² nya.Abinya terus menyampuk

"Finaaa"ucap Pakcik Mustafa tegas sambil mata nya memberi isyarat mata supaya Afina meminta maaf kepadaku

"Fina nak minta maaf walaupun sebenarnya Fina xbuat..Fina minta sangat Iqbal maafkan Fina"ucap Afina sambil menunduk memandang ke lantai

Aku tidak membalas, juga tidak memandang ke arahnya tanda aku belum sedia memaafkannya.Aku terdengar pintu bilik 12 itu dibuka..menandakan mereka telah meninggalkan bilik tersebut untuk balik.

Aku berasa kesian dengan budak bernama Afina itu,namun apa yang dia buat dengan aku sangat mengesan hatiku.Aku berjanji suatu hari nanti aku akan membalas apa yang dia dah buat dekat aku.

END THROWBACK

Thanks kepada yang sudi baca🙆🏻‍♀️Mohon support  saya..makasyehhh🙊

Will You Love Me ?Where stories live. Discover now