Ma

31 0 0
                                    


"Ma..." panggil Aku dari jauh. Wanita awal 30-an itu pantas memandang ke arah aku.Aku berserta kakak dan kembar aku berlari mendekati wanita itu. Sekeping kertas diberikan pada Ma. Ma memandang sekilas sebelum dia tersenyum dan mengajak kami masuk ke dalam rumah.

"Betul ke ni" soal Ma.Kakak aku Tina mengangguk laju.Ma tersenyum lalu dia keluar dari rumah untuk menemui seseorang.Kertas nipis itu dibawa sekali. Tidak lama kemudian Ma muncul bersama seorang lelaki yang kelihatan separuh abad itu.

Kami gelarkan dirinya Paksu. Paksu ini sepupu Ma.Sangat akrab dengan Ma.Dialah yang menjaga kami setelah kematian abah kami. Tidak ternilai segala usahanya kepada kami.

"Mana Tina?" tanya Paksu sambil matanya melilau mencari kakak sulung kami. Tina mendekati Paksu dengan senyuman lebar.Keputusan PMR-nya sangat bagus.Hampir semua matapelajaran dia mendapat A.

"Siti, siapkan mereka.Malam ni aku belanja kamu semua makan dekat luar" ucap Paksu pada Ma yang tersenyum seronok. Kami bersorak lalu segera bersiap sehingga kami berempat berebut bilik air untuk mandi. Suasana sangat harmoni sekali.

Ketika sedang menunggu Paksu datang menjemput kami ke gerai berdekatan untuk makan malam. Mata aku sempat melihat kelibat ibu saudara aku yang sedang menyapu halaman rumahnya di waktu senja.Aku menyapa ibu saudara aku.Sekadar beramah mesra dan cuba mendekatkan hubungan silaturrahim kami bersama.

"Buat apa tu? Tengah sapu daun kering ke?" soal aku bersahaja. Walhal aku memang mengetahui jelas akan aktivitinya itu di kala itu. Ibu saudara aku memandang aku dengan muka kelat.Tidak seperti kebiasaannya yang murah dengan senyuman.

" Seronok lah tu ada anak yang pandai. Kakak yang pandai. Semua dapat A.Bukan macam anak kita.Tak guna dapat keputusan PMR macam orang tak sekolah" sembur ibu saudara aku yang aku gelar Ma Yana. Terkedu aku seketika. Aku yang masih binggung dek hamburan amarahnya tadi terus berlari mendapatkan Ma yang sedang memakai selipar jepun yang sudah lusuh.

"Ma, kenapa Ma Yana cakap macam tu dekat Niza?" soal Aku pendek. Berkerut dahi Ma seketika mendengar pertanyaan aku. Pandangannya dikalih kearah rumah batu yang terletak bersebelahan dengan rumah kami yang berdindingkan zink.

"Ma Yana cakap apa?" soal Ma balik pada Aku. Aku pula buat muka pelik sambil menceritakan semuanya pada Ma tanpa tertinggal satu pun.

"Yana kan sebaya dengan Tina. Tentulah mereka dapat keputusan PMR sama-sama cuma keputusan Yana tidak baik macam Tina.Lain kali jangan tanya soalan sensitif macam ni dekat Ma Yana tau" ucap Ma sambil berpesan. Aku mengangguk laju. Nida yang tadi diam menggigit kuku terus mencelah.

"Tapi Niza tak tanya pun pasal keputusan PMR Yana. Niza pergi tegur Ma Yana. Tanya Ma Yana tengah buat apa. Orang nampaklah Ma" ucap Nida tidak puas hati melihat Ma seolah-olah menyebelahi Ma Yana.

"Biarlah. Dia tengah marah tu.Nak tahu dekat siapa nak luah rasa kecewa. Rezeki Niza kena marah dengan Ma Yana. Lain kali jangan tegur dah.Buat tak tahu.Kalau Ma Yana tegur barulah kamu semua bercakap balik tau" .

Kami bertiga mengangguk laju mendengar pesanan Ma. Kami sudah masak sangat dengan perangai orang sekeliling kami. Ma kami janda anak empat. Adik bongsu kami lelaki. Dia yang menjaga adik kami setelah empat tahun kematian arwah abah dengan alasan ingin menunaikan amanah terakhir arwah abah. Iaitu menjaga zuriatnya.Sehingga kini kami tidak begitu rapat dengan adik bongsu kami. Kami juga sering diejek olehnya.Ma selalu pesan jangan bergaduh adik-beradik nanti terseksa abah di dalam di alam sana.

"Assalammualaikum, sudah siap ke? Jom kita pergi ke KFC dekat Kota Bahru sebelah Mydin tu. Kita raikan Tina" ucap Paksu setelah membunyikan hon kereta kancil merahnya. Kami bersorak keriangan lalu memasuki perut kereta. Kereta Paksu santai bergerak menuju ke Kota Bahru.

MaWhere stories live. Discover now