35

1.9K 240 33
                                    


"TOKMA, ni ayam. Dah sembelih. Bulu pun dah cabut bersih," ujar Kasyaf sambil melangkah masuk mendekati Tokma yang berada di dapur.

"Ha, letak ja situ," jawab Tokma sambil menunjukkan besen kosong yang terletak di dalam singki.

Selesai meletakkan ayam, Kasyaf ingin berlalu masuk ke dalam bilik. Matanya mengerling seketika Dahlia yang sibuk membantu Tokma dan Auliya yang sedang menyiapkan lauk makan tengah hari. Isterinya itu tekun melakukan kerja dan langsung tidak melihat ke arahnya.

Langkahnya dilanjutkan semula untuk masuk ke dalam bilik. Dia ingin mandi. Badannya belengas!

Selesai sahaja membersihkan diri, Kasyaf ke dapur semula. Namun dapur sunyi. Tiada lagi bunyi kelentang-kelentung orang memasak di dapur. Dahlia dan isteri Hafiy Lutfan juga tidak lagi kelihatan di sana. Hanya Tokma yang sedang mengupas bawang merah.

Mata Kasyaf meliar mencari keberadaan Dahlia. Saat dia menjenguk ke arah ruang tamu, hanya kelihatan Delisha yang duduk bermain bersama dengan anak-anak Hafiy Lutfan.

"Hang awat ni? Cari bini hang ka?" soal Tokma apabila sedar yang Kasyaf seperti mencari seseorang.

"Tokma nampak Dahlia tak?"

"Bini hang keluaq dah aihh. Nak ambik angin luaq dengan suasana kampung dia kata,"

"Baru ka taksat tadi dia keluaq. Tak lama mana sangat pun. Pi la lekaih caqi dia, kang sesat susah pulak nanti," ujr Tokma panjang lebar.

Selesai membantunya di dapur tadi, Dahlia meminta izin untuk bersiar-siar di sekitar kampung. 

Dengar ujaran Tokma, Kasyaf lekas menuju ke pintu. Kemudian, selipar disarungkan dan berjalan kaki mencari keberadaan Dahlia.

"Langsung takleh nak renggang dengan bini nah. Tau nak melekat ja. Takut orang ambik bini dia latu," monolog Tokma sendirian sambil menggeleng kepala apabila melihat Kasyaf laju sahaja meninggalkan rumah apabila mendengar yang Dahlia keluar bersiar-siar.

Dahlia berjalan di tepi bendang. Dihirup udara segar itu. Jiwanya terasa tenang. Sukar untuk dia merasai suasana sebegini.

Dahlia berjalan tanpa tujuan. Sekadar ingin mendapatkan ketenangan. Ketika itu juga, suara riuh mula menyapa gegendang telinganya.

Kelihatan beberapa orang kanak-kanak lelaki sedang bermain basikal bersama-sama. Dahlia tersenyum sendiri. Terimbau kembali kenangan waktu kecil dia bersama dengan abang-abangnya.

"Adik! Sini kejap. Akak nak tanya." Dahlia melambaikan tangannya pada beberapa orang kanak-kanak itu. Ada sesuatu yang terbit di akalnya.

"Akak nak tanya sikit boleh?" Dahlia menyoal apabila kanak-kanak tersebut sudah merapatinya bersama dengan basikal. Dahlia ukirkan senyuman penuh makna. Kanak-kanak itu hanya mengangguk.

"Adik tahu tak kat sini, mana ada jual kepala budak?" Memucat terus wajah budak lelaki yang berada di hadapan Dahlia. Siapa je yang tak takut bila kena soal macam tu?

"Tak ada." Takut tapi, kanak-kanak itu masih menjawab.

Dahlia tahan senyum. Tangannya naik mengusap kepala budak lelaki itu.

"Kepala macam ni. Akak nak kepala korang boleh?" Dahlia menyoal lagi. Sedaya-upaya menahan daripada ketawanya meledak. Tanpa betah, semua kanak-kanak lelaki itu turun dari basikal mereka. Semua mereka mencicit lari.

"Hey, adik! Kat mana ada jual kepala budak?" Dahlia turut berlari mengejar langkah kanak-kanak itu. Langkahnya yang lebih besar dapat mengejar mereka.

"Kat mana ada jual kepala budak?" Semakin kanak-kanak itu berlari tak cukup tanah. Dahlia masih terus mengejar.

"Kepala budak. Akak nak kepala budak!" Dahlia mengejar. Hinggakan ada yang berlari ingin masuk ke dalam bendang.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now