Mistakes

458 19 0
                                    

"Why are you wearing make-up?" Tanya Emilia, melihat kearah Angel di ruang tamu yang sedang pakai make-up depan telefon. Dia sedang buat live. Ini jadinya kalau kahwin dengan influenza macamni.

"... I'm wearing make-up because I wanna look better than you."

"Iya? Bukan sebab you nak keluar?"

"No, I don't know where to go. Kenapa you kat sini? Kenapa you tak pergi kerjerr?" Tanya Angel dengan slang omputih hauk dia tu. Emilia di dapur bercekak pinggang kanan sambil meneguk air jus oren itu.

"I'm gonna miss my wife so I need to stay here. Let's see what we have outside." Emilia berjalan ke tingkap. Ingatkan kalau bersandar ke pasu sebelah, pasunya boleh menampung berat Emilia namun tidak.

PRANGG!! Jatuh berkecau. Serta-merta pandangan Angel beralih ke Emilia. Angel laju bangun dab berjalan ke belakang. Kamera rakam semuanya apa yang jadi sebab Angel sempat alihkan kamera sikit tadi nak bagi nampak Emilia.

"EMILIA!"

"I- I'm sorry! It happens- in- not purpose!"

"This is the vase from Italy! Emilia, I hate you! Susah tau nak dapat pasu yang sama je satu ruang tamu!"

"I ganti! I cari dekat kedai-"

"KEDAI!? YOU NAK CARI DEKAT KEDAI? NAMPAK TAK TU SEKELILING PASU DEKAT SINI BENTUK APA? YOU BOLEH KE CARI YANG SAMA?"

"Angel, calm down. Your followers is watching."

Angel berpaling ke kamera. Dia menepuk dahi. Bukan kerana kamera tapi kerana Emilia. "I want you to clean this mess and put this vase away from me! I can't see anything messed up in front of my eyes. It hurts my eyes, ah." Angel menutup kedua-dua matanya. Dia berjalan semula ke telefon. Dilepaskan keluhan berat sebelum dia baca komen di telefon.

"Takpe, I bantai dia lepas Live. Jom sambung make-up. Okay, tadi kita dah pakai eyeshadow~" Macam tiada apa berlaku, mereka berdua buat hal sendiri. Sakit hati namun Angel hanya mampu berserah. Penat melayan sikap cuai Emilia.

"Angel, macammana nak kemas ni?"

"Ah, I taknak tahu. That's your fault and your responsibility to care." Balas Angel geram. Namun intonasinya buat orang dalam Live dia ketawa. Angel je yang masih serius muka dia.

"Angel~" Emilia memanggil lagi. Dia berjalan ke arah Angel dan duduk mencangkung disebelahnya. "Help me. Please."

"No."

Emilia mencium pipi Angel namun Emilia berkerut apabila foundation melekat di bibirnya. Tersenyum Angel ketika itu. Bahu Emilia ditepuk kuat.

"I'm wearing makeup! Setting spray pun I belum pakai Ya Allah!"

"Manalah I tahu make-up boleh kena macamni. Yuck!" Emilia terus ambil tisu. Mulutnya dilap sebelum dia terus duduk bersila disitu. Angel ketawa. Dia pun sudah siap, dia ambil setting spray dan sembur di mukanya.

"Dah. Dah siap. Senang je nak make-up actually. Dah, you pula sini!" Angel bangun, menarik telinga Emilia berjalan ke dapur. Angel biar je orang tengok kehidupannya ketika ini. Asalkan bukan yang privasi, okaylah.

Emilia tersenyum saat dibebel Angel. Bagi dia, Angel bebel ni best. Suara dia memang menarik untuk didengari.

Comel.

99'sWhere stories live. Discover now