4

21.4K 824 34
                                    

"Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil 'alamin, wassolatu wassalaamu 'alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa'alaa aalihi wasohbihi ajma'in. Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma'al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro, Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim 'alaina bi suu'il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba'daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab. Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa 'azaabannar, wasollallahu 'ala sayyidina muhammadin wa'ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil 'alamiin." Tengku Isa Ethan mengaminkan doa usai saja menunaikan solat fardhu subuh dua rakaat. Dia bertafakur lama di atas sejadah sebelum bangun. Dia menarik nafas dan menghembuskannya pelahan, sejadah di angkat dan di sidai pada tempatnya.

Isa membuka baju kurta yang dia pakai lalu di gantung didalam almari dan dia mencapai baju tshirt tanpa lengan jenis kain jersi dan seluar pendek paras lutut. Sebaik sahaja menukar pakaian, Isa melangkah keluar daripada bilik dan menuju ke bilik gym yang terletak di tingkat empat di dalam Villa Astana ini. Dia memasang earbuds pada lubang telinganya, lalu dia menghidupkan lagu rancak di telefon bimbitnya.

Isa menghidupkan alat senaman treadmill dan berlari di atas itu selama 30 minit sehingga peluh membasahi tubuhnya. Kemudian dia menuju ke arah alat palang tunggal, dia memegang alat itu dengan kedua-dua tangannya dan dia melakukan gerakan pull up. Semasa dia sedang leka melakukan gerakan pull up dia berasa seperti diperhatikan, Isa berhenti dan menoleh kebelakang.

"Abang, kenapa tak siap lagi?" Tanya Imani sambil mengerling jam tangannya.

"Siap? pergi mana?" Tanya Isa hairan sambil mengelap peluh di lehernya menggunakan tuala kecil. Dia meneguk air mineral sehingga tiada sisa air yang tinggal lalu dia mencampak botol kosong ke dalam tong sampah.

"Pergi H tower la, hari ini kan ada acara pembahagian harta pusaka arwah ayah. Abang kena pergi." Ujar Imani sambil mengekori Isa keluar daripada bilik gym ini.

" Tak minat." Balas Isa acuh tak acuh sambil melangkah laju menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Imani mendengus kasar mendengar kata-kata Isa, kenapa la abangnya ini sangat degil?

"Mana boleh macam tu abang, kalau abang tak ada acara tu tak boleh proceed. Abang wajib ada dekat sana, jom la abang." Pujuk Imani mengekori Isa sehingga ke dalam dapur.

"Kalau macam tu tak payah la proceed, biar je harta ayah tu." Imani menepuk dahi mendengar jawapan Isa yang sangat menyakitkan hati.

"Ila, ini anak kedua Puan Khalida ke? kacak sungguh ya?" Bisik Suri pembantu rumah yang baru saja mula bekerja beberapa minggu yang lalu tetapi ini kali pertama dia melihat anak lelaki tunggal Tengku Khalida.

"Gila tak handsome, kacukan Italian, pakistan, melayu. Badan pun sado, abang tentera ni." Balas Ila berbisik pada suri sambil memerhati dua orang anak majikannya yang sedang berperang dingin.

"Waduh, saya minat abang tentera, ini lagi saya minat. Ganteng bangat ya?" Ujar Suri teruja.

"Kau jangan nak berangan, potong bawang tu sampai habis." Kata Ila geram melihat Suri yang sudah mula berangan sambil memerhatikan Isa.

"Abang jangan la macam ni. Jom la pergi sana." Merayu Imani yang sudah hilang idea ingin memujuk Isa.

"Faham tak perkataan tak minat? Atau nak abang cakap bahasa Italian? non interessato." Balas Isa sinis, kemudian dia meneguk segelas air kosong.

"Abang ingat abang seorang ke yang pandai cakap italian adik pun pandai la. Per favore non farti sentire importante (tolong jangan pentingkan diri sendiri.)" Ujar Imani sambil mengekori Isa keluar daripada dapur ini.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now