DENNIZ AYLA | 4

1.5K 68 8
                                    

"ADUH!" Suara seorang gadis merintih sakit sambil menggosok punggungnya.

Denniz baru sahaja dapat mengimbangkan diri dia. Setelah rasa kembali di alam normal, barulah dia berpeluang untuk melihat siapa gerangan gadis itu. Nak kata Aufa memang Aufa tak nak balik Kelantan.

"Ayla?" Tegur Denniz.

Ayla mengangkat kepala. Terkejut apabila Denniz tiba-tiba ada di depan dia.

"D-Denniz?"

"Buat apa dekat sini?" Soal Denniz pelik.

"Kan saya dah kata saya balik rumah keluarga angkat," Jawab Ayla balik. Perlahan-lahan dia cuba bangun.

"Argh." Terjerit kecil Ayla apabila dia berjaya bangun tapi tangannya memegang pinggul. Mesti sakit sebab dia dahlah kecil daripada Aufa. Tulang tak kuat.

"Eh okay ke tak?" Cemas Denniz.

Tangannya gatal nak pegang Ayla tapi Ayla sempat dipegang oleh tangan yang baru sahaja tiba.

"Ya Allah anak mama ni! Dah kenapa ni?" Suara Puan Sri Kamelia agak kerisauan. Dia menilik Ayla kiri kanan depan belakang.

"Ayla jatuh. Terlanggar Denniz tadi." Denniz menjadi tukang jawab. Matanya melirik ke arah Ayla. Kesian juga Ayla asyik pegang pinggul. Mesti sakit.

Puan Sri Kamelia menggelengkan kepala.

"Dah jom kita pergi klinik. Anak mama sakit sangat ni."

"Tak apa mama. Ayla sapu minyak angin. Nanti eloklah tu.Tak naklah dia pergi klinik. Menunggu pun dah nak dekat sejam." Ayla mengelak dari ke klinik.

Puan Sri Kamelia bercekak pinggang.

"Nurayla Victoria! Mama kata pergi klinik!" Tegas Puan Sri Kamelia.

Terkejut Ayla dan Denniz. Denniz yang tak bersalah tahu-tahu dikejutkan dengan Puan Sri Kamelia.





"PUAN Nurayla Victoria. Sila ambil ubat di kaunter."

Berkerut dahi Ayla. Puan? Siapa? Dia ke? Sejak bila dia kahwin. Dia memandang ke sebelah kanannya.

Sah-sah staf di kaunter itu fikir Denniz ni suami dia. Cis. Puan Sri Kamelia sengaja suruh Denniz memandu kereta Ayla, tak dapat ikut konon nak siapkan makan di rumah.

Nasib baik sayang mama Lia dia tu.

"Tunggu sini." Denniz laju bangun ke kaunter untuk mengambil ubat.

Ayla melepaskan keluhan. Kak dah kata. Tak ada apa-apa pun. Doktor pun garu kepala nak bagitahu keputusan. Buat malu je.

"Ayla!" Tersentak lamunan dia. Aik dah siap Denniz ambil ubat. Cepat betul. Kalau tengok plastik ubat tu macam ubat tahan sakit je. Nak makan pun segan.

"Jom." Ajak Ayla. Denniz hanya menuruti.

Mereka berdua berjalan ke kereta. Jauh Denniz memarkir keretanya dah kalau masa macam ni memang penuhlah orang. Hari-hari sakit ke macam mana?

"Terima kasih. Susahkan awak pula." Ucap Ayla kekok. Mana pernah dia berjalan bersebelahan dengan lelaki secara berdua. Dekat Kuala Lumpur pun kalau keluar bertiga dengan Aufa dan Aayan.

"Sama-sama. No hal. Salah saya juga sebab sayalah awak jatuh. Sakit lagi ke?" Tanya Denniz prihatin. Pelik Ayla boleh berjalan seperti biasa.

Ayla mengangguk.

"Okay je. Mama Lia je over." Balas Ayla.

Sampai sahaja di kereta. Ayla baru perasan keretanya diparkir betul-betul hadapan 7 Eleven.

Denniz Ashraf: His Ayla (TERBIT)Where stories live. Discover now