DENNIZ AYLA | 6

1K 52 1
                                    

BERJAM-jam Tan Sri Mustafa Halim dan Puan Sri Kamelia termenung. Begitu juga Denniz. Sebab apa? Sebab ducati Denniz hilang.

"Tadi elok je ada tersadai dekat depan rumah tu. Tapi pelik juga tiba-tiba hilang. Kawasan ni susah jumpa pencuri." Kata Tan Sri Mustafa Halim. Dia juga hairan sebab tak pernah berlaku kecurian di kawasan rumahnya. Security pun boleh tahan ketat.

Denniz mengeluh perlahan. Dahlah hari ni dia kena balik sebab esok ada meeting dengan Aidan.

"Rasanya kita dah boleh bagitahu pak Amin. Suruh dia check CCTV kawasan ni kalau-kalau ada penceroboh." Cadang Puan Sri Kamelia lembut.

"Kejap abang check CCTV rumah kita." Terus kaki Tan Sri Mustafa Halim meluru ke arah komputernya. Mereka berada di bilik kerja Tan Sri Mustafa Halim.

Sedang mereka menanti, terdengar suara gadis memberi salam.

"Mama bukakan pintu kejap eh." Puan Sri Kamelia bangun ke pintu untuk membuka.

"Mama! Tengok ni ada goreng pisang." Ceria suara Ayla. Kalau dilihat pakaian sudah tentu Ayla pergi jogging. Bertuah punya anak.

Puan Sri Kamelia memandang Ayla dengan mata yang dipincingkan.

"Ayla..." Meleret suara Puan Sri Kamelia. Instint dia sebagai ibu tak pernah salah kalau melibatkan anak-anaknya, walaupun Ayla sekadar anak angkat.

Ayla mula tak senang nak berdiri. Kenapalah mudah sangat kantoi ni?

Mudah sangat.

Kalau Aufa tak pernah tak kantoi.

"K-Kenapa mama?" Masih lagi nak berdalih. Selagi boleh awak.

"Mama tahu anak mama tahu. Jadi, bagitahu mama mana ducati Denniz? Dia nak balik petang ni."

Okay.

"Tapi Ayla tak tahu mama..."

"Nurayla Victoria..." Sekali lagi Puan Sri Kamelia meleret tegas. Saliva ditelan. Ni kalau mama angkatnya dah mula ni, hanya tuhan sahaja yang tahu.

Sementara Denniz dan Tan Sri Mustafa Halim menonton video rakaman CCTV halaman rumah. Tergeleng kepala mereka berdua.

Siap kau Ayla.

Denniz menahan marahnya dalam hati. Tunggulah nanti dia balas balik.

"Papa minta maaf dengan kenakalan anak papa tu." Malu pula Tan Sri Mustafa Halim.

"Tak apa papa. Tapi tulah pelik juga badan macam lidi tapi larat pula gelek ducati Denniz." Sempat lagi dia mengejek badan Ayla yang terlebih kurus itu.

Ketawa Tan Sri Mustafa Halim.

"Ayla tu memanglah kurus. Dia jenis tak suka makan banyak. Lebih kepada minum air. Boleh dikatakan nasi tu dua hari sekali."

Terbuntang mata Denniz? Nasi dua hari sekali. Kalau dia ni dah pengsan. Orang lain tak boleh tak ada nasi tapi Ayla? Fuh. Kalau jadi bini pun senang nak bela. Tak makan banyak.

Denniz menggaru lehernya. Pertama kali jumpa perempuan tak suka makan banyak. Adik dia pun nasi tu kalau boleh satu periuk nak makan. Rasa rindu pula dekat adik dia.

"Haha. Kalau jadi bini Denniz ni, makan banyaklah si Ayla ni papa." Seloroh Denniz.

"Ayla susah nak berkawan dengan lelaki ni Denniz. Maklumlah dia bukannya jenis sosial sangat." Terang Tan Sri Mustafa Halim.

Eh nanti dengan Denniz je dia sosial. Tawa Denniz dalam hati.

Saat itu dua-dua hanya gelak.

Entah kenapa dia tiba-tiba rasa lain kalau dengan Ayla. Tak pernah pun dia kenal dengan mana-mana perempuan alih-alih muncul si kecil Ayla.

Petanda nak suruh kahwin ni Denniz. Mama kau tunggu menantu.





AIDAN, Aayan, Faiq dan Khairul memandang pelik ke arah Denniz. Ajak ke Nasken Coffee konon nak lepak tapi sekarang mereka berempat nak tonton si Denniz yang tengah angau.

Termenung sambil senyum.

Sejak semalam Denniz sampai depan rumah, tak henti langsung senyum. Tanya makan pun senyum. Biasanya beku je memanjang.

Pap!

Bahu Denniz ditampar Aidan.

"Oi kau ni kena sampuk ke?" Soal Aidan pelik.

Denniz tak hiraukan tamparan itu lalu menegakkan dirinya.

"Percaya tak kalau aku kata aku dah jatuh cinta pandang pertama?" Tiba-tiba itu yang keluar dari mulut Denniz.

Semua membulatkan mata. Macam nak keluar dah anak mata tu. Buat sup mata pun sedap juga. Terliur.

"Whoah! Bercakap dengan perempuan pun tak. Dating pun tak. Bercinta apatah lagi. Tup tup kata fall in love bro." Ejek Faiq.

"Kan. Aku rasa dia kena sampuk dekat Kelantan semalam. Itu yang jadi macam tu." Khairul pula menambah.

Dua bala ni memang tak boleh duduk diam. Nama pun sepupu.

Tergeleng kepala Denniz, Aidan dan Aayan. Baik minum kopi sedap sikit. Sejuk tekak.

"Siapa perempuan tu bro?" Tanya Aayan.

Setelah selesai menyedut air, baru Denniz menjawab. "Adik angkat kaulah, abang Aayan." Jawab Denniz sambil mata dikerdipkan.

"Ayla?" Teka Aayan. Rasanya sorang tu je adik angkat dia.

Denniz menganggukkan kepalanya. Sengih masih tak putus.

"Kau ni. Banyak-banyak perempuan, adik angkat aku juga kau nak." Herdik Aayan perlahan. Tak marah pun saja nak panaskan Denniz.

"Alah. Orang kata afdal member jadi adik-beradik ipar. Apa orang cakap, cara mengeratkan silaturrahim." Pandai pula Denniz menjawab.

"Dengan kau bukan silaturrahim dah, sirat dan mizan terus," Aayan menjeling Denniz.

Aayan tak menghiraukan ketawa Denniz. Kopi yang dipesan pun tak sejuk dah. Gara-gara Denniz.

"Alah abang ipar angkatku..." Kedua-dua tangan disatukan. "Izinkan aku menjadi adik ipar angkatmu."

Aayan membuat muka nak muntah. Kalau dah namanya Denniz, kau halang pun dia tak kisah. Jenis apa yang dia nak dia dapat.

"Tapi aku rasakan kau... Kena fikir panjang kalau dengan Ayla." Kata Aayan. Seharusnya dia abang angkat pun dia lebih tahu kisah Ayla.

Berkerut dahi Denniz.

"Kenapa?" Soalnya.

"Ayla bukan macam perempuan lain. Dia pendiam. Nampak gembira tapi dia simpan luka tanpa had. Dia tak kuat kalau sendirian, tapi kuat kalau ada orang dekat isekeliling." Ayat Aayan ini dah cukup membuat Denniz faham tentang Ayla. Walaupun tak tahu sepenuhnya tapi dia memang nekad nak memiliki Ayla.

Aayan menyedut airnya.

"Ayla memang savage. Dia bergantung dengan ayat savage dia untuk pertahankan diri dia. Dia lemah tapi dia tetap bertahan untuk kuat. Aku tahu dia walaupun dia adik angkat aku." Terang Aayan lagi. Dia sebolehnya nak yang terbaik untuk Ayla.

"In Shaa Allah. Aku usaha semampu aku untuk dia. Entahlah bila aku ada perasaan dekat dia. Tapi yang penting jujur aku kata, aku ikhlas dengan Ayla." Serius nada Denniz menyatakan isi hatinya.

Walaupun dia beku, tak pernah bergaul dengan perempuan, tapi dia masih ingat didikkan mama dan papa dia supaya jangan sakiti perempuan dan halalkan jika mahukan seseorang perempuan yang kita cintai.

Sekarang dia rasa dah tiba masanya. Dia mahukan Ayla.

"Aayan. Kau tahu tak sejarah hidup Ayla. Yang dulu-dulu. Boleh kau ceritakan dekat aku? Sekurang-kurangnya aku boleh jaga percakapan aku kalau dengan Ayla. At least aku tak sakitkan dia." Pinta Denniz.

"Betul juga Aayan. Bagitahulah sikit-sikit. Kalau Denniz kita nak borak dengan Ayla at least dia tahu batas mana dia perlu jaga supaya Ayla tak terasa," Faiq menyatakan pendapatnya. Khairul hanya angguk.

Aidan juga bersetuju. "Kan. Kau ceritakan je. Lagipun Denniz ni serius dengan Ayla so kau tak perlu risau."

Aayan menarik nafasnya sebelum menghembuskan perlahan-lahan. Dia perlu menenangkan dirinya supaya boleh menceritakan dengan tenang.

Bimillah dibaca.

Denniz Ashraf: His Ayla (TERBIT)Where stories live. Discover now