Alisa - Babak 1

7.8K 63 2
                                    

Aku ingat lagi kejadian itu atau lebih tepatnya lagi, pertemuan itu. Pertemuan ini berlaku dalam bulan puasa. Aku tak ingat secara tepat, tapi ia berlaku dalam lingkungan pertengahan 2 minggu dalam bulan puasa. Aku keluar rumah lebih kurang selepas maghrib malam itu untuk keluar beli barang. Aku tak bercadang nak terawih malam itu kerana badan aku rasa penat sangat. Seharian hari ini aku memandu untuk menyelesaikan tugasan kerja aku. Jadi malam ini aku nak ponteng terawih.

Hampir separuh perjalanan aku ke medan parkir letak kereta, aku nampak seorang wanita berkurung moden kain satin dan bertudung lilit kain satin sedang berjalan membawa 2 beg plastik berisi barangan dapur di kedua-dua tangannya. Aku andaikan barang itu barang dapur kerana plastiknya tertera nama AEON. Kelihatan barang yang dibawa itu sepertinya berat kerana aku melihat dirinya seperti sukar untuk mengimbangkan badan.

Orangnya kecil molek, mempunyai susuk tubuh yang cantik, pinggangnya kecil namun dadanya kelihatan agak bidang, seperti kena dengan potongan badannya. Aku dapat mengagak susuk tubuhnya kerana baju kurung modennya mengikut bentuk badannya walaupun baju kurungnya tidak begitu ketat. Kelihatan baju kurungnya terletak dan tersarung cantik di tubuh badannya.

Sebaik tubuh kami berselisihan, kami sama-sama menguntumkan senyuman. Benar sangkaanku, wanita ini kecil molek orangnya. Ketinggiannya cuma setakat bahu aku sahaja. Tiga langkah aku berselisih dengannya, aku berpatah balik dan berlari anak ke arahnya. Aku memberi salam apabila aku berada di sisi tubuh sebelah kanan wanita itu.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam", balasnya lembut.

"Berat beg tu, mari saya bawakan barang itu", sambil aku hulurkan tangan untuk mengambil beg plastik yang berada di tangan kanannya.

Wanita ini berpaling sedikit ke arah aku dan menghulurkan beg plastik yang berada di tangan kanannya. Tangan kami berdua sedikit bersentuhan. Aku lihat bibirnya menguntumkan senyuman. Kami berjalan ke arah lif beriringan. Mujur pada ketika itu tiada orang di lif. Yelah, mana tahu kalau-kalau terserempak orang yang mengenali aku, jenuh pula nak berjawab nanti.

Kami berdua melangkah masuk ke dalam lif dan wanita ini terus menekan butang lif ke tingkat 11. Dalam lif kami tidak bercakap, hanya tersenyum sahaja. "Manis", getus aku apabila aku melihat senyumannya. "Tingggg", bunyi dentingan lif menandakan kami telah pun sampai ke destinasi yang dituju.

Wanita ini mendahului aku berjalan di hadapan aku. Aku hanya mengekorinya dari belakang. Mata aku tidak lepas dari memandang susuk tubuhnya dari belakang. Balutan baju kurung modennya mempamerkan punggungnya yang bulat dan sedikit lentik. Pinggangnya kecil. Sesekali aku nampak bentuk buah dadanya dari sisi tubuhnya. Kelihatan buah dadanya tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, begitu cantik nampaknya. 

Khayalan aku akan tubuhnya terhenti apabila aku terdengar dentingan kunci rumahnya. Baru aku sedar unit rumahnya terletak di hujung bangunan dan terlindung oleh dinding yang mempunyai tangga untuk turun-naik ke tingkat lain di apartment ini. Aku hanya berdiri di muka pintu sambil wanita ini melangkah masuk sebaik pintu rumahnya dibuka. Wanita ini kemudiannya berpaling ke arah aku dan mengajak aku masuk ke rumahnya.

"Masuklah dulu. Saya buatkan air", pelawanya.

"Ehhh ... tak apa ke? Nanti apa pula kata suami", aku menolak ajakannya, namun dalam hati aku meronta nak masuk ke dalam rumahnya.

Sambil tersenyum dia berkata, "masuklah dulu, tak apa. Selipar letak kat dalam, takut hilang nanti".

Aku pun melangkah masuk dan terus berjalan ke meja makan yang terletak berhampiran dengan ruang tamu dan meletakkan barangnya yang aku bawa tadi ke atas meja yang berlapikkan lapisan kaca. Wanita itu pula terus ke dapur dan kedengaran bunyi sudu berlaga dengan kaca. Setelah meletakkan beg plastik yang aku bawa tadi, aku terus melangkah ke sofa dan melabuhkan diri di sofa yang jauh sedikit dari pintu. Aku tak mahu orang melihat aku berada di situ, walaupun aku tahu rumahnya berada di hujung koridor. Masakan mungkin ada orang yang saja suka-suka berjalan ke hujung koridor ini. Seketika kemudian aku melihat wanita ini datang ke arah aku sambil di tangannya memegang segelas air yang kukira teh ais melihatkan kepada warna air tersebut.

Kisah SeApartmentWhere stories live. Discover now