Alisa - Babak 2

6.9K 62 3
                                    

Esok paginya selepas pukul 9 pagi, aku menerima message dari Lis.

"Salam. Selamat pagi abang Zek".

"Salam. Selamat pagi Lis".

"Abang dah sampai office, dah breakfast ke?".

"Dah sampai office pukul 7.30 pagi tadi dan tengah berjalan nak pergi breakfast dengan budak-budak office".

"Mmm ... ingatkan nak breakfast dengan Lis".

"Ehh ... jomlah Lis".

"Abang ni ... hehehe ... kan bulan puasa ni. Abang tak puasa ehh ...", balas Lis.

"Hahaha Lis, abang gurau je. Saja nak usik Lis", balas aku sambil aku tersenyum sendirian.

Kami saling berbalas message untuk beberapa ketika sebelum Lis meminta diri untuk masuk meeting. Bulan-bulan puasa ini, aku perlahankan sikit diri aku untuk menyiapkan tugasan yang ada. Bukan tidak mahu untuk siapkan semuanya segera, cuma aku tak hendak meletakkan diri aku dalam posisi untuk membantu orang lain yang nanti akan ambil kesempatan membantu mereka menyiapkan tugasan, tambahan pula hari dah nak dekat, tinggal 2 minggu sahaja lagi. Dah hampir 20 tahun aku bekerja di sini, aku masak dengan perangai dan peel semua orang. Bila tiba hujung tahun nanti, semasa penilaian prestasi, semua ini tak akan diberikan sebarang merit pun. Sudahnya, hanya KPI individu sahaja yang penting dan dinilai.

Hampir 4.00 petang, hand phone aku berdenting, menandakan ada message masuk. Aku jeling hand phone aku yang berada di kanan laptop di atas meja aku. Seperti yang aku jangka, ianya message dari Lis. Aku terus mencapai hand phone aku dan membuka message Lis.

"Abang jadi makan malam di rumah Lis malam ni?".

"Jadi Lis. 8.30 malam kan?".

"Kalau abang nak datang awal pun boleh. Boleh teman Lis masak".

"Abang takut nanti Lis tak boleh nak masak kalau abang ada nanti".

"Kenapa pulak bang?".

"Nanti Lis yang abang 'masak' dan 'makan' nanti", gurau aku.

"Kalau 'makan' Lis buat abang kenyang, Lis okay je bang".

"Hahaha ... abang datang nanti. Abang teringin nak rasa air tangan Lis".

"Air tangan Lis je? Lis abang tak nak rasa", balasnya, seolah-olah sengaja nak tease aku.

"Dua-dua abang nak Lis", balas aku ringkas.

Message antara aku dan Lis berhenti seketika apabila Lis mengatakan yang dia telahpun sampai ke keretanya. Lis hendak singgah ke kedai yang berada dalam laluan pulangnya untuk membeli sedikit barang untuk dimasak makan malam nanti.

Seketika aku terkebil-kebil di pejabat membayangkan apa yang akan jadi malam ini selepas kami makan malam. Adakah ia hanya sekadar makan malam? Atau nanti aku akan dapat menikmati tubuhnya di ranjangnya usai kami makan malam? Aku tersenyum sendirian membayang semua kemungkinan yang bakal terjadi malam ini.

Aku tidak berbuka dengan makanan berat malam ini kerana sebentar lagi aku akan makan malam bersama Lis di rumahnya. "Apalah menu malam ni agaknya", getus aku. Dan, aku juga terbayang dessert selepas makam malam nanti. Aku amat berharap dessert itu nanti adalah batang tubuh si Lis. Aku tersenyum sendirian. "Tak perlu gelojoh Zek, go with the flow", aku mengingatkan diri aku sendiri.

Aku baru sahaja menyarung selipar dan berhajat untuk menghantar message kepada Lis yang aku akan naik ke rumahnya, message dari Lis berbunyi.

"Abang ... pintu rumah Lis tak berkunci. Nanti abang terus masuk ya. Bawak masuk kasut tu".

Kisah SeApartmentWhere stories live. Discover now