09 | ESKANDAR'S Z

56 8 0
                                    

TENGKU NATHANIEL melangkah keluar dari kedai Lego selepas dia dapat membeli apa yang dia mahu. Matanya terpandang dua susuk tubuh yang amat dikenalinya.

Dia berjalan ke arah dua figura itu lalu tangan kanannya merangkul pinggang wanita itu secara tiba-tiba. Perbuatan Tengku Nathaniel itu membuatkan kedua figura itu memandang ke arahnya. Sengihan ditayangkan apabila mata mereka silih ganti melihatnya dan juga beg kertas Lego di tangan kirinya.

"Beli Lego lagi? Besar pula tu. Niel ada masa ke nak pasang semua tu?" Puan Sri Nadiya menyoal.

"Pandailah Niel cari masa nak pasang Lego ni nanti, mummy."

"Pasang, pasang juga. Jangan nanti sampai terleka sampai tak solat dengan study pula. Mummy campak lego-lego Niel tu nanti," tegas amaran yang diberikan oleh Puan Sri Nadiya.

"Yes, ma'am," jawab Tengku Nathaniel sambil menabik kepada Puan Sri Nadiya.

"Budak Niel ni dah banyak kali beli lego-lego dia tu, mummy. Tak adalah pula Isaac nampak dia leka sampai tinggal solat dengan tak study langsung. Dia pun bukannya selalu menghadap memasang benda tu aje. So, you don't need to worry, okay mummy?" Tengku Isaac membela adiknya. Bukan dia mahu menyelamatkan Tengku Nathaniel, tetapi apa yang dia kata itu memang betul semuanya. Tengku Nathaniel memang pandai bahagikan masanya.

Tengku Nathaniel dan Tengku Isaac melagakan penumbuk mereka di belakang Puan Sri Nadiya lalu merangkul semula bahu dan pinggang mummy mereka.

Tengku Isaac menyangkutkan tangan kanannya yang memegang beberapa beg kertas milik Puan Sri Nadiya di bahunya. Tangan kiri yang kosong merangkul bahu Puan Sri Nadiya. Mata Tengku Isaac melilau memandang deretan kedai yang mereka lalui.

"Mummy ada nak beli apa-apa lagi ke?" Tengku Nathaniel yang berada di sebelah kiri Puan Sri Nadiya sambil tangan kanannya merangkul pinggang Puan Sri Nadiya, menyoal. Wajah sisi mummynya dipandang sekilas.

Tengku Isaac juga turut memandang wajah sisi Puan Sri Nadiya.

Puan Sri Nadiya mematikan langkahnya membuatkan langkah Tengku Isaac dan juga Tengku Nathaniel turut mati. Puan Sri Nadiya perasan akan mata-mata yang memandang ke arah mereka. Bagaimana mereka tidak menjadi perhatian? Bahu dan pinggangnya dirangkul oleh kedua orang jejaka yang kacak.

Bangku yang berdekatan dengan mereka, Puan Sri Nadiya hampiri lalu duduk. Lenguh kakinya kerana lama sangat berjalan satu mall. Tengku Isaac dan Tengku Nathaniel bertindak untuk duduk di sisi kiri dan kanan Puan Sri Nadiya.

"Anak mummy dah ada baju ke nak pakai dekat event nanti?" Wajah anak sulung dan anak bongsunya dipandang silih ganti.

"Isaac dah tempah. Minggu depan rasanya dia hantar ke rumah." Puan Sri Nadiya mengangguk. Kini pandangan mereka dialihkan pula kepada Tengku Nathaniel.

"Niel?"

"Belum lagi, mummy. Niel malas nak keluar." Tengku Nathaniel tersengih seperti kerang busuk.

"Habis tu yang Niel selalu keluar dengan kawan tu? Kenapa tak pergi tempah terus?" soal Puan Sri Nadiya lagi. Kepala yang tiba-tiba rasa gatal membuatkan Tengku Nathaniel menggaru kepalanya.

"Niel selalu teringat time Niel dah sampai rumah. Malaslah Niel nak keluar balik. Itu yang asyik bertangguh aje." Sekali lagi Tengku Nathaniel tersengih. Puan Sri Nadiya menjegilkan matanya seraya mencubit peha Tengku Nathaniel.

"Lepas ni kita pergi butik yang selalu kita pergi. Isaac buat dekat butik tu, kan?" Tengku Isaac menjawab soalan Puan Sri Nadiya dengan anggukan. Tengku Nathaniel akur. Mulutnya dijuihkan sambil tangannya mengusap peha tempat yang dicubit mummynya tadi.

ESKANDAR'S Z | SUWhere stories live. Discover now