2

67 8 2
                                    

"Meh sini aku pakaikan kau helmet," kata lelaki tinggi di hadapanku sambil menghalakan helmet ke atas kepalaku. Aku masih terkebil sejujurnya apabila mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.

Iskandar, lelaki ini secara tiba-tiba menawarkan dirinya untuk menemani aku mengajar di HICOM sedangkan ini baru sahaja kali ketiga aku bertemu dengannya secara hadapan. Chat? Baru sahaja seminggu lebih dia menyapaku di Instagram setiap hari.

'Itupun sebab borak dengan dia pasal ex kitorang,' monolog fikiranku sendirian.

Sekarang, dia terpacak di asrama universitiku dengan jaket hitam dan motor hitam R15 miliknya pada jam 7 pagi. Pada badannya, dia sedang memakai beg galas berwarna hitam. Menarik.

Mataku melirik ke kiri dan kanan, memastikan bahawa tiada sesiapa dari universitiku melihat adegan memalukan ini. Bukannya apa, tapi aku pasti, aku akan difitnah dan namaku naik ke pihak Hal Ehwal Pelajar. Ngeri.

"Em, aku boleh pakai sendiri," balasku dengan perlahan dan segera mengambil topi keledar dari tangan Iskandar. Segera aku menyarungnya dan memanjat motornya itu. Lelaki itu sekadar menjongketkan bahunya lalu memusingkan tubuhnya kehadapan untuk memulakan perjalanannya.

"Sorry do, aku susahkan kau," ujarku ringkas sebaik sahaja melabuhkan punggung ke atas motor besar miliknya. Iskandar menghidupkan enjin motornya sebelum menoleh ke belakang untuk melihatku.

"Santailah kau ni. Sekarang ni, kau duduk diam-diam. Pegang beg aku ni. Aku tahu kau mesti tak selesa nak pegang aku."

Aku terkedu mendengar balasannya. Jadi, Iskandar telah menyediakan semua ini demi keselesaan aku?

Kelakar apabila aku teringat semula tentang kisah semalam yang membawa kepada kejadian hari ini. Tanpa Iskandar, sudah pasti aku terkapai untuk kelas hari ini.

- ͙۪۪̥˚┊❛ ❜┊˚ ͙۪۪̥◌

Beberapa hari yang lalu....

"Kau pahal call aku?" soalku sebaik sahaja mengangkat panggilan Iskandar. Kedengaran suaranya tertawa di hujung talian mendengar ungkapanku. "Garang betul," komennya.

"I like it feisty."

Aku sekadar eye roll mendengar ayatnya itu. Walaupun sekarang dia bergelar sebagai pasangan kekasihku, tapi aku masih tidak dapat menyesuaikan diri kerana hatiku bukan pada lelaki ini. Tetapi, mengingat kembali katanya, lidahku menjadi kelu.

'Buat apa kau nak bazirkan waktu dengan lelaki yang tak hargai kau?'

"Tch."

"Aku call kau sebab nak ajak kau main game ni."

"Oh, lupa," balasku.

Mataku melirik ke arah rakan-rakanku yang sedang merenung ke arah aku. Nadiah mengesot tubuhnya dan membisikkan ke telingaku, "Apa kata try tanya Iskandar if dia boleh teman you nanti?"

'Hmm, dari aku seorang diri, baik aku ada orang teman yang ada kenderaan. Tak payah aku fikir mana nak cari grab,' monologku sendirian.

"Um, Is?"

"Yes, my Queen?" balasnya dengan tenang. Aku dapat merasakan bahawa jantungku seperti terhenti seketika. Sangat tidak ramah! Ianya terlalu asing untukku membiasakan diri dengar gelaran seperti ini.

"Sabtu ni sepatutnya aku ada kena mengajar di HICOM dengan roommate aku. Tapi, dia ada hal kat Melaka and aku takde kawan lain yang boleh teman aku. Kau boleh teman aku tak?"

"Yeah, sure. I'll clear my schedule for you."

Aku tergamam. Sebegitu sahaja? Without hesitation?

"Kau biar betul?" soalku, agak ragu-ragu dengan jawapannya tadi.

MINEDove le storie prendono vita. Scoprilo ora