4

34 3 0
                                    

"Thank you sebab belikan aku makanan, teman dan bawa aku pergi mengajar."

"Benda kecil je. Kau ni dah kategori tanggungjawab aku. Jadi aku kenalah jaga kau," balas Iskandar sambil memperbetulkan posisi motornya.

"Oh ya." Aku membuka kembali jaket miliknya yang disarungkan padaku tadi. Aku menghulurkannya kepada Iskandar. Apa pula rupanya aku mengambil barang miliknya. Nanti tidak memasal dicop 'gold digger' pula.

Iskandar menolak jaket itu ke arah aku semula. "Aku nak kau simpan. Anggaplah tu pemberian aku kepada kau," balasnya sambil memaparkan senyuman.

Wah, betul dia ambil serius tentang permainan 3 bulan ini ya. Dia ingat aku ni senang nak dipikat ke? Memang silap oranglah.

"Kau biar betul nak bagi aku ni. Bukan ke haritu kau cerita pasal kau bagi ex kau sweater mahal? Pastu kau menyesal sebab dia dengan kau tak sampai 3 bulan pun. Eh, ke 1 tahun? Erk, itu ex yang sorang lagi kot," gumamku, keliru. Iskandar menjeling aku.

"Kau nak sindir aku lah ni sebab ada 4 ex?"

"Eh, bukan. Aku cuma confused je," balasku dengan niat mempertahankan diri aku. Dia punya jelingan tu, macam nak terkam orang!

"Lagipun, what if after 3 bulan, aku tak sukakan kau dan kau tak sukakan aku? Tak ke sia-sia je apa yang kau bagi kepada aku? Aku bukanlah apa.., cuma, aku taknak jadi punca kau traumatized. Itu je," tambahku sambil menatap lama anak matanya yang kelihatan dingin.

Iskandar mengeluh. Dia menutup visor motornya sebelum menghidupkan enjin motornya. Lalu dia berkata, "Kenapa kau macam taknak dengan aku je?"

Lelaki berbaju hitam itu memerah minyak motornya dan berlalu pergi. Tangan kirinya melambai ke arah aku yang masih terkebil-kebil dengan perkara yang baru sahaja aku saksikan. Mengapa dia kelihatan begitu,.., sedih? Lebih-lebih lagi apabila aku mengungkit mengenai kontrak 3 bulan? Atau mungkin kerana aku mengungkit tentang keberangkalian yang akan berlaku sekiranya aku tidak jatuh cinta kepadanya?

Tetapi, mustahil. Aku dan Iskandar baru sahaja berkenalan 2 minggu. Mustahil jika dia benar-benar sudah jatuh hati terhadap aku? Aku ada buat apa sahaja yang mungkin menarik perhatiannya? Tiada.

Aku mengeluh. Mataku masih tertancap pada jaket hitam dan merah milik Iskandar. Warna kegemaran aku. Aku memegang erat jaket itu dan berlalu pergi ke bilikku. 

≪•◦ ❈ ◦•≫

Iskandar menyepi semenjak malas semalam. Mungkin aku ada buat dia terasa dengan ayatku? Aku juga tidak beberapa pasti. Seperti biasa, aku akan meroyan di status WhatsApp walaupun aku tahu, tiada siapa mahu membaca statusku.

'Demam.'

Aku membaca nota yang diberikan oleh pensyarah di dalam Google Classroom kerana ada tugasan tambahan yang telah diberikan olehnya. Aku mencuba untuk menghadam kehendak soalan lalu mencari jawapan di dalam nota yang diberikan.

"Hachoo!"

Hingus pun mengalir dengan laju. Aku mencapai sapu tangan kecil milikku dan menekapnya pada hidungku. Inilah masalah aku. Aku seorang yang mudah sakit, berpenyakit dan juga lemah. Itulah menjadi kunci kelemahan diriku yang membuatkan bekas tunang aku memanipulasi diriku dan menjadikan aku mangsanya.

"Aduh, kerja tak siap lagi ni. Time ni lah rasa nak demam pula," dengusku dengan geram. Dengan lemahnya aku cuba mencapai laptop yang aku tinggalkan di atas meja belajarku. Meskipun sakit, kerja harus tetap berjalan. Inilah kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MINEWhere stories live. Discover now