55 : the room

43.8K 1.1K 55
                                    

Ivan lengkap memakai kemeja putih dengan lengan kemeja itu disinsing hingga ke paras sikunya. Tali leher  di kolar bajunya dikemaskan sambil dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur, di mana Arisha masih lagi lena di atas katil. Kakinya menapak untuk menghampiri katil dan punggungnya dilabuhkan di birai katil.

Peluang itu diambilnya untuk meneliti wajah lena Arisha. Senyuman kecil terukir di bibirnya sebelum dia merapatkan bibirnya dengan dahi Arisha. Dikucupnya lembut dahi gadis itu dan kemudiannya hujung hidung Arisha. Bibir Arisha dipandang sekejap sebelum dia menjatuhkan sebuah kucupan ringkas pada bibir isterinya itu.

"Hmm.." Lena Arisha jelas terganggu dengan kucupan demi kucupan daripada Ivan.

Ivan senyum kecil bila melihat gadis itu sudah menggeliat. "Good morning," ucap Ivan lembut apabila gadis itu akhirnya membuka matanya. Lagi sebuah kucupan dijatuhkan pada bibir Arisha.

Bibir Arisha serta-merta mengorak senyuman. "Morning," jawabnya lembut.

"Aku nak masuk office kejap lagi," beritahu Ivan ringkas sambil mengusap lembut pipi Arisha. Helaian rambut yang melekat pada wajah bersih Arisha dilarikan.

"Masuk office?"

Ivan angguk. "Ada kerja sikit aku nak kena siapkan. Kau okay ke duduk seorang dekat sini? If not, you can join me if you want."

Arisha berfikir sejenak sebelum dia akhirnya menggelengkan kepalanya. "Tak nak. Saya nak duduk dekat rumah je boleh?"

"You sure?" Ivan menyoal untuk mendapatkan kepastian daripada Arisha. Matanya tidak lepas dari memandang wajah isterinya.

Arisha angguk.

"Then, kau nak breakfast tak? Kalau nak aku tolong pesan sebelum aku pergi," kata Ivan sambil mengeluarkan telefon dari poket seluarnya namun tangan Arisha laju menarik lengan Ivan.

"Awak, saya bukan budak kecil semua benda awak nak buatkan untuk saya," beritahu Arisha dengan kerutan pada dahinya mengundang senyuman tipis daripada Ivan.

Ivan senyum tipis. "I'm doing things for you because you are my wife, princess." Bibirnya kembali menemui bibir Arisha usai menuturkan itu. Dikucupnya sekejap sebelum kembali ditariknya. "I'm ordering breakfast for you," tuturnya kemudian.

Arisha senyum dan hanya mengangguk, malas hendak berbalah dengan Ivan. "Awak balik lambat ke nanti?" soal Arisha sambil tangannya bermain dengan tangan kekar dan besar Ivan.

"Tak pasti lagi. Kalau takde kerja dah, aku balik awal," jawab Ivan sambil jarinya menekan-nekan skrin telefonnya, memesan makanan untuk isterinya. "Kenapa?" soalnya kemudian.

"Kita dinner dekat rumah, boleh?" Mata Arisha bulat pada Ivan, menunggu jawapan daripada suaminya itu.

Senyuman kecil terukir di bibir Ivan. "Isteri saya nak masak dinner ke ni?" Jarinya memicit pipi mulus Arisha membuatkan Arisha merengek, cuba melepaskan pipinya dari picitan jari Ivan. Tawa kecil keluar dari mulut Ivan sebelum dia mengenggam lembut tangan isterinya.

"I'll try to get home as soon as possible. Lepas tu kita keluar pergi grocery shopping. There's nothing to cook in this house anyway," beritahu Ivan biasa. Jam tangannya ditilik. "I need to go now princess. Makanan kau lagi 30 minit sampai. For now, bangun and get a shower, okay? I'll meet you after work." Seraya menuturkan itu, Ivan menjatuhkan bibirnya pada dahi Arisha. "I love you."

Arisha senyum kecil dan angguk. "I love you too."

~

"Good morning cousin!"

Ivan yang baru sahaja melangkah keluar dari lif menoleh pada Ilaria yang tersenyum lebar, menghampirinya. Rengusan kecil terhasil darinya sambil dia melangkah ke arah pejabatnya dengan sapaan selamat pagi daripada pekerja yang lain.

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now