78: chiara sarafina

25.8K 1K 35
                                    

Jam baru menunjukkan tiga pagi apabila Arisha merasakan tempat pembaringannya basah dan bahagian bawah perutnya terasa sakit. Matanya terkebil-kebil memandang siling bilik sambil dia menarik nafas dan dihembuskan perlahan kerana dia tahu air ketubannya sudah pecah. Maka dipusingkan kepalanya untuk memandang Ivan yang masih lena di sebelahnya.

"Ivan." Arisha memanggil perlahan suaminya itu. Namun tiada respons daripada Ivan. Malah hanya dengkuran halus yang kedengaran. Arisha ketap bibir. Tangannya mulai menyentuh lengan Ivan di sisi badannya dan digenggam kuat.

"Ivannnn, bangun!" Arisha tidak sedar dia betapa besarnya suara tika itu sehinggakan Ivan yang tadinya pulas tidur tersentak bangun. Bulat terus mata whiskey lelaki itu padanya.

"Kenapa ni?"

"Katil basah!"

"What?" Ivan pandang terus ke bawah.

"Ivan my water broke!" Sungguh Arisha rasa hendak menarik rambut Ivan tika itu bila Ivan masih tidak bergerak ke mana-mana.

"Oh God." Serentak itu Ivan terus turun dari katil dan memasang lampu bilik mereka. Hoodie yang terletak di hujung katil segera dipakaikan pada badannya dan telefon di atas meja dicapai. Nombor Arfan segera didail sambil dia melangkah kembali ke arah Arisha.

Dan bila talian bersambung, Ivan tidak memberikan peluang pun untuk Arfan membebel kerana menelefonnya di masa-masa seperti ini. Terus diberitahunya, "labour."

~

Depan ruang bersalin diisi dengan Airis, Rayyan, Ayyara dan Nevan. Masing-masing duduk dan kadang-kadang berdiri menilik jam di tangan, menunggu Arfan keluar untuk memberitahu Arisha baik-baik sahaja.

Dan apabila pintu dewan bersalin itu ditolak dari dalam, serentak mereka mengangkat kepala memandang pada Arfan yang masih dalam surgery gown. Arfan melepaskan penutup kepalanya.

"Arisha macam mana?" Ayyara bertanya pantas.

Arfan pandang sekejap pada Ayyara dan dioraknya senyuman. "Arisha dengan baby dua-dua okay. Nothing to worry about."

Satu-persatu kata syukur keluar daripada bibir masing-masing. Airis terus menerpa pada suaminya kerana dia sudah lama tidak melihat Arfan dalam persalinan seperti ini. Tetapi demi Arisha, Arfan mengambil keputusan untuk membantu doktor yang menguruskan prosedur bersalin Arisha. Dan kerana itulah mereka berada di New York sini.

Demi his baby sister.

"Kau akan jadi Pak Su lah ke?"

Nevan yang mendengar pertanyaan Rayyan itu menoleh padanya. "Pak.. Pak what?" Telinganya seperti tidak dapat memproses apa yang dikatakan oleh Rayyan sebelum dia menyebut, "nonsense."

Rayyan menepeuk-nepuk bahu Nevan. "Trust me, Pak Su is better than Pak Long. Also you couldn't escape it." Rayyan kenyit mata pada Nevan, sengaja ingin menyakitkan hati adik kawannya itu. Well, Ivan's little brother is my little brother. We're bestfriends, remember?

"Ha." Nevan geleng kepala sambil dia menolak tangan Rayyan di bahunya. "Aku prefer uncle."

"Hm." Rayyan geleng kepala berkali-kali. "Pak Su it is."

~

Pipi mulus dan lembut anaknya dicium lembut. Ivan sungguh rasa tidak mahu berkelip kerana dia tidak mahu terlepas walau sesaat pun untuk memandang his little princess yang selamat dilahirkan pukul 7:48 pagi tadi. Ivan langsung rasa momen tika mendengar tangisan bayinya pecah tadi sangat unreal. Bahkan tika dia memegang badan kecil anaknya itu untuk kali pertama, dia rasa sangat is this real?

Tika Arfan mengucapkan congratulations kepadanya bersama senyuman, dia tahu dia telah mendapat jawapan. This is real. This little princess is real. Barulah dia tersenyum dan memeluk erat Chiara Sarafina itu.

Dan Chiara Sarafina, seperti namanya, they made a perfect and beautiful girl. Mempunyai mata yang berwarna whiskey seperti Ivan, those golden eyes are glowing and bright. So beautiful. Sehinggakan Nevan tidak mampu menahan senyuman daripada terbentuk bila dia melihat anak buahnya yang pertama itu. Kerana this baby girl sangat cantik.

"Ivan."

Suara Arisha membuatkan Ivan terus menoleh pada isterinya yang terbaring di atas katil. Segera dia melangkah ke arah isterinya. Selepas selamat melahirkan Chiara pagi tadi, Arisha hanya sempat memeluk dan mencium sekejap Chiara sebelum dia kembali pengsan. Tetapi Arfan dan Dr. Violet sama memberitahunya nothing to worry about kerana semua vitals sign nya normal.

"Princess." Tangan Arisha diraih dan digenggamnya erat. Matanya redup pada wajah bersih Arisha. Walaupun sudah tidur selama tiga jam, masih terselit keletihan di raut wajah isterinya itu. Maka dikucupnya lembut dahi Arisha.

Arisha hanya senyum. Tangannya naik memeluk badan Ivan. Diambilnya kesempatan itu untuk menghidu wangian suaminya. Wanginya.

Ivan tarik sedikit badannya untuk melihat wajah Arisha. Keluhan dilepaskan. "I love you, Arisha." Tidak pasti hendak mengatakan apa, dia menuturkan itu kerana sekarang ini, there's no words to describe his feelings, no words can describe how happy he is right now, dengan adanya Arisha dan Chiara dalam hidupnya.

Arisha hanya senyum. Diciumnya ringkas bibir Ivan dan membisikkan, "saya pun cintakan awak, Ivan."

Dan barulah Ivan senyum. Dipeluknya sekali lagi isterinya itu dan kali ini kucupan lembut dan ringkas dihadiahkan pada sisi dahi Arisha. "Now and forever."

"Awak cintakan saya seorang je ke?" Arisha mulai hendak mengusik. "Habis tu Chiara awak nak letak mana?" sakatnya, kerana dia tahu betapa sayangnya Ivan itu pada anak mereka itu. Bahkan sebelum Chiara lahir lagi, Ivan tidak henti-henti membisikkan 'I love you' pada perutnya. Tidak cukup dengan itu, semua pembelian baju dan decorations bilik Chiara, dia yang melakukan semua itu.

Ivan kembali meleraikan pelukannya dan memandang pada Arisha sekejap. "This is not something we can discuss, princess. I'm going to take Chiara sekejap."

Arisha hanya tawa kecil. Dia hanya memandang Ivan yang kembali ke baby crib di tidak jauh dari katilnya untuk mengambil Chiara. Dan senyumannya serta-merta lebar bila Ivan memberikan Chiara padanya. Didukungnya cermat bayi kecil itu.

Mata hazel Arisha serta-merta berkaca bila mana matanya bertembung dengan mata bulat Chiara. This is my daughter. Our daughter. Bukti cinta dia dan Ivan. Jika dulu, tidak pernah terfikir dalam hidupnya untuk membina sebuah keluarga seperti ini kerana dia sudah cukup trauma dengan keluarganya sendiri. Tetapi sekarang, this is her family.

Ivan hanya mengambil kesempatan itu untuk menatap isteri dan anaknya. Having a wife is one thing, but having a daughter with this woman is just another thing that feels surreal and sentimental at the same time.

A miracle. Ivan tidak pasti hendak berterima kasih kepada siapa untuk apa yang dia ada sekarang ini. Adakah Arfan yang memintanya untuk menjadi bodyguard pada this client? Atau his late grandfather yang menyuruhnya datang ke Malaysia dan mengambil lukisan Laila Suraya daripada this painting artist? Atau his late mother yang meninggalkan lukisan terakhirnya dengan this princess?

Either way, everything lead him to this princess. Dan dia sangat bersyukur kerana dia menemui gadis ini. Kerana dia menemui cinta di seorang Puteri Arisha tika dia langsung tidak menginginkan apa-apa dalam hidupnya. Dan kini mereka ada Chiara.

Dia tidak pernah melihat parentsnya menunjukkan rasa cinta pada masing-masing which is why he once does not believe in love. Tetapi sekarang, he is determined to show what is love kepada Chiara. Kerana dia mahu anaknya itu tahu even in a midst of this cruel world, there is someone that would do everything to be with you.

"Ivan."

"Hmm?" Ivan hanya pandang pada Arisha yang matanya masih pada Chiara.

"Chiara got your eyes."

Ivan pandang pada Chiara dan senyum. Jarinya mengelus lembut sisi wajah Chiara dan menuturkan, "Daddy's little princess indeed."

••••••

Chiara Sarafina is here everyone !!!

My Sweetest DesireWhere stories live. Discover now