BAB 33

240 7 0
                                    


RAYSHA Adilla memerhati segenap ruang rumah yang dia pernah kunjungi suatu masa dulu. Ketika itu dia datang secara haram, sekarang sudah halal tapi hubungan mereka pula yang berantakan.

"Kau familiar dengan rumah ni kan? Jadi, pandai-pandai kaulah. Bilik kosong ada dua, pilihlah mana yang kau nak."

Seraya berkata demikian, Izham Hayqal menghilang ke dalam kamarnya.

Raysha Adilla sedih diberi layanan sebegini rupa, tapi mahu menangis pun dia sudah habis air mata. Tombol pintu dipulas sebelum beg rodanya ditarik saing masuk ke dalam bilik tidur yang sederhana luas itu.

Tidak membuang masa, Raysha Adilla mengemas barang-barang yang diangkut dari rumah sewa lamanya. Pakaian dikeluarkan dari beg dan disusun ke dalam almari.

Setelah penat mengemas, Raysha Adilla melabuhkan duduk di birai katil. Termenung dia mengenang takdir hidup. Ralit dibuai perasaan, mata Raysha Adilla tertancap pada jam dinding yang elok tersangkut.

Pukul 4.30 petang. Sudah masuk waktu asar.

Teringat akan hal itu, hatinya rasa sayu. Sudah lama benar dia tidak menunaikan kewajipan yang satu itu. Mungkin kerana itu jugalah hatinya acap kali berasa kosong dan tidak tenang.

Digagahkan kaki ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Telekung yang merupakan hadiah dari arwah nendanya dicapai. Dielus dan dicium sebelum memakainya.

Selesai solat dan berdoa, lama Raysha Adilla bertafakur di atas tikar sejadah. Mencari kekuatan dan petunjuk dari semua beban yang menghempap diri.

Setelah puas mengadu pada yang Maha Esa, hati Raysha Adilla terasa lapang sedikit. Telekung kemudiannya disangkut pada penyidai dan langkah dibawa ke katil. Baru saja ingin merebahkan badan bagi merehatkan segala tulang-temulang, pintu biliknya dibuka.

"Aku ada benda nak cakap sikit," Ujar Izham Hayqal serius.

"Pasal apa?" Soal Raysha Adilla bingung.

"Aku dah fikir... pasal hubungan dan perkahwinan ni."

Raysha Adilla merenung wajah Izham Hayqal. Menanti apa yang mahu diutarakan.

"I know we both don't want this, it just happened. Aku tak nak put blame on anyone dan aku pun dah malas nak fikir. It's just that, I want to clear things out. Disebabkan kita bersatu dalam keadaan terpaksa, aku tak nak kita rasa tersekat. For a long term, I don't think that this will work. So i'll file a divorce. Bukan sekarang obviously. But when the time is right. So dalam jangka masa tu, you can have your life as well as I do. We don't have the rights to interfere with each other businesses. Aku respect kehidupan kau sebelum aku, dan kau pun kena respect kehidupan sedia ada aku." Terang Izham Hayqal panjang lebar. Sebolehnya dia cuba bertindak waras. Tidak mahu terus menyalahkan, tapi mencari solusi.

"So... we're only on paper. Is that what you want to say?"

"Technically, yeah."

"Okay." Tidak mahu beriak seperti dia terasa hati, Raysha Adilla mengawal balasannya.

Mungkin ini semua terjadi memang bukan suatu keinginan, tapi lelaki itu masih pernah menghuni hatinya suatu ketika. Sekuat apapun dia menidakkan, tak akan boleh mengubah fakta bahawa Raysha Adilla masih mempunyai secalit rasa buat Izham Hayqal di sudut hati.

Tapi dia redha. Apa pun yang berlaku, dia hanya mengikut rentak. Biarlah masa yang menentukan ke mana arah perkahwinan ini berjalan.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now